top of page

PM kagum pencapaian luar biasa Bonnie

  • nabalunews
  • Sep 6, 2024
  • 1 min read

6 September 2024


KUALA LUMPUR: “Tahniah! Pencapaian saudara luar biasa!”.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kagum dengan pencapaian luar biasa atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang menghadiahkan Malaysia pingat emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024.


Perdana Menteri berkata, lebih membanggakan Bonnie turut berjaya memecahkan rekod dunia.


“Kita beroleh pingat emas kedua di #Paralympic2024 dan lebih membanggakan, saudara Bonnie Bunyau berjaya memecahkan rekod dunia,” katanya melalui media sosial.


Bonnie menepati ramalan untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024 dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena.


Bertanding dalam kategori 72 kilogram (kg) lelaki, Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232kg pada cubaan ketiganya.


Isnin lalu, Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).


Menariknya, kejayaan Liek Hou turut berlangsung di gelanggang sama.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page