top of page

RTM SEDIA SALURAN PENDIDIKAN KHAS BANTU PROSES PDPR - SAIFUDDIN

nabalunews


22 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan satu saluran khas berbentuk pendidikan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR) semasa dan pasca-COVID-19.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata RTM sememangnya sudah ada pengalaman dalam menyediakan TV Pendidikan sejak 1972 hingga 2008 dan pihaknya menjangkakan saluran baharu itu dapat disediakan pada suku pertama tahun ini.


"Semasa (pelaksanaan) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama juga kita ada kelas di rumah dua sesi iaitu dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu petang menggunakan saluran TV Okey.


"RTM sebenarnya sekarang ini pun sedang bersedia dan sudah pun membuat ujian saluran baharu. Isi kandungan dalam saluran televisyen itu akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media penutupan Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) yang berlangsung secara maya, di sini hari ini. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page