top of page

Sabah FC Dan JDT Bakal Berental di Final Piala FA 14 Disember Depan

  • nabalunews
  • Dec 1, 2025
  • 1 min read

30 November 2025


KOTA KINABALU: Pentas Final Piala FA 2025 kini rasmi menemukan Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kedua-dua pasukan mengesahkan tiket masing-masing dalam aksi separuh akhir yang dramatik.


Sabah FC mara ke final selepas menewaskan Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti dengan keputusan 5–4, selepas perlawanan sebenar berakhir 3–3.


Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan skuad Sang Badak bermain cemerlang oleh aksi tangkas penjaga gol menyelamatkan dua tendangan penalti lawan.


Sementara itu, juara bertahan JDT meneruskan dominasi mereka dalam saingan Piala FA apabila menempah slot ke final buat musim keempat berturut-turut.


Pasukan JDT mara ke pentas final selepas menewaskan Kuching City FC dengan agregat 4–1 dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim.


JDT mencatat kemenangan selesa 2–0, mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan yang sukar digugat di laman sendiri.


Kemenangan itu turut memberikan keyakinan kepada skuad bimbingan Xisco Muñoz, yang kini bersedia mempertahankan kejuaraan menentang Sabah FC dalam aksi final yang dijangka sengit dan sarat emosi.


Final Piala FA 2025 bakal berlangsung pada 14 Disember ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dengan kedua-dua kelab membawa misi besar.


JDT akan cuba mengekalkan kejuaraan, manakala Sabah FC memburu trofi Piala FA kedua selepas kali terakhir memenangi piala berkenaan pada tahun 1995.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page