SABAH FC KEMBALI SEMULA DENGAN MASKOT ‘SANG BADAK'SABAH FC KEMBALI SEMULA DENGAN MASKOT ‘SANG BADAK'
top of page
  • nabalunews

SABAH FC KEMBALI SEMULA DENGAN MASKOT ‘SANG BADAK'


Sabah FC dengan jersi baharu mereka pada musim ini

1 Mac 2021


KOTA KINABALU: Sabah Football Club (Sabah FC) kini kembali semula dengan maskot ‘Sang Badak’ atau ‘The Rhinos’ mengantikan maskot ‘Tambadau’ bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.


Maskot itu diperkenalkan semula pada majlis pelancaran jersi baharu Sabah FC musim 2021 daripada Lotto, secara maya menerusi platform media sosial rasmi Sabah FC iaitu Facebook Sabah Football Association, yang menyaksikan jersi utama berwarna merah tampil dengan rekaan berbentuk kepala badak dinamakan ‘The Rhinos’.



Jersi kedua atau jersi 'away' yang dikenali sebagai ‘Blue Kinabalu’ dengan rekaan lebih santai turut menampilkan kelainan, apabila simbol kemegahan rakyat Sabah iaitu gunung Kinabalu kelihatan pada jersi tersebut.


Pengurus Pasukan Sabah FC Marzuki Nasir berkata, pihaknya menggunakan kembali maskot sang badak adalah disebabkan permintaan ramai peminat bola sepak di Sabah.


“Saya mendengar banyak suara-suara peminat di luar sana, yang mahu kita membawa kembali maskot badak dan bagi saya sendiri sang badak ini lebih dekat kepada pemain-pemain kita, serta sang badak sudah diperkenalkan sejak dahulu,” katanya ketika mengulas penggunaan semula maskot sang badak, semasa majlis pelancaran itu, kelmarin.


Pasukan Sabah pada saingan Liga Malaysia musim lepas, telah tampil dengan identiti baharu dengan memperkenalkan maskot ‘Tambadau’ bagi menggantikan maskot badak.


Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam perutusan ringkas pada majlis itu berharap, pihak pengurusan serta pemain dapat memberikan komitmen tinggi dengan menjulang nama Sabah dalam pembangunan sukan bola sepak, di negara ini.


“Kita saya yakin kita boleh, maju The Rhinos, maju Sabah FC, yakin akan mendapat tempat dalam kancah Liga Malaysia tahun ini,” katanya.



bottom of page