Sabah perlu diberi lebih peruntukan pembangunan dalam Bajet 2022Sabah perlu diberi lebih peruntukan pembangunan dalam Bajet 2022
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Sabah perlu diberi lebih peruntukan pembangunan dalam Bajet 2022


2 November 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sabah sepatutnya mendapat 33 peratus tambahan peruntukan bagi tujuan pembangunan infrastruktur dalam pembentangan Bajet 2022, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datau, Azhar Matussin.


Beliau berkata, ini kerana Sabah masih memerlukan peruntukan lebih besar untuk melaksanakan program infrastruktur di negeri ini.


Katanya, peruntukan besar itu boleh digunakan untuk menyalurkan bekalan air bersih, kemudahan jalan raya, jambatan serta bekalan elektrik yang masih memerlukan dana besar untuk dilaksanakan tahun depan.


“Peruntukkan yang diberikan kepada Sabah terlalu jauh berbanding semangat MA63. Sabah perlu diberikan tambahan 33 peratus daripada jumlah bajet yang diumumkan. Malangnya kita lihat hanya sedikit peningkatan 1.59 peratus diberikan kepada Sabah pada tahun depan.


“Peningkatan ini selaras dengan kenyataan Almarhum Tunku Abdul Rahman semasa pilihan raya umum 1963, bahawa pengagihan hasil Negara perlu dikongsi bersama-sama antara tiga wilayah yang membentuk Malaysia, iaitu Malaya, Sarawak dan Sabah,” katanya, di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan media Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin di mana, Sabah memerlukan Peruntukan untuk pembangunan infrastruktur di Sabah sekali gus ditambah 10 hingga 15 peratus dalam Bajet 2022.


Bajet yang diumumkan kepada Sabah sekitar RM5.2 bilion masih tidak mencukupi berdasarkan keluasan Sabah selain berdepan banyak masalah infrastruktur.


Azhar berkata, peruntukan RM5.2 bilion untuk bajet pembangunan sudah pasti tidak mencukupi bagi sebuah negeri besar sekali gus memperlihatkan Sabah masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia.


“Begitu juga peruntukkan RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak sangat jauh dari mencukupi berdasarkan hakikat keadaan infrastruktur di Sabah dan Sarawak, bukan sekadar tidak baik malahan ada yang masih tidak wujud,” katanya.


Merujuk kepada peruntukkan RM746 juta bagi sekolah daif di Sabah sangat tidak munasabah iaitu dengan melibatkan sebanyak 112 sekolah dengan secara puratanya setiap sekolah akan mendapat peruntukkan sebanyak RM6.7 juta.


“Saya yakin pihak kerajaan persekutuan masih berada pada kaedah lama iaitu belum memahami keadaan kedaifan sekolah-sekolah di Sabah. Mereka perlu tahu kebanyakan sekolah daif yang ada di negeri ini adalah sangat daif,” katanya.


Azhar menambah, begitu juga dengan keadaan geografi serta infrastruktur yang sangat buruk memungkinkan kos pembinaan atau pembaikan sekolah-sekolah daif ini menjadi mahal berlipat kali ganda daripanda kos yang sepatutnya.

bottom of page