top of page
  • nabalunews

Sebahagian besar sekolah daif di Malaysia siap dibaik pulih – Fadhlina




20 Ogos 2024

 

SABAK BERNAM: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 710 daripada 1,075 sekolah daif di seluruh negara telah berjaya dibaik pulih setakat Ogos tahun ini.

 

Jelas beliau, usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif bagi murid-murid.

 

Fadhlina menjelaskan bahawa 164 buah sekolah sedang dalam fasa pembinaan, manakala 201 lagi masih dalam proses prapembinaan.

 

Beliau menekankan bahawa pemantauan ketat terhadap projek ini adalah keutamaan kementerian bagi memastikan semua pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

"Kita memang pantau ketat khususnya sekolah daif ini kerana ia adalah antara keutamaan kita dan pastinya ia sentiasa dipastikan mengikut status prabina 'sedang berjalan'," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek milik Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, di sini, semalam.

 

Fadhlina turut menambah bahawa kementeriannya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan penularan wabak mpox (cacar monyet) dan akan menggunakan input daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai panduan dalam membuat keputusan berkenaan langkah-langkah pencegahan di sekolah.

Comments


bottom of page