Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac ini


Muhyiddin pada sidang akhbar itu.

8 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju dengan cadangan supaya sempada negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac depan tanpa keperluan kuarantin wajib.


Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan sepenuhnya sempadan itu bagi menyokong pemulihan negara dan perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa.


“MPN hari ini mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara.


“Dalam hubungan ini, majlis bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.


“Bagaimanapun ujian saringan Covid-19 sebelum dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang akhbar yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Muhyiddin Yassin.


Terdahulu itu beliau mempengerusikan mesyuarat MPN kedua tahun ini dan mendengar taklimat daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai situasi dan perkembangan terkini Covid-19, terutamanya mengenai penularan varian Omicron.


Muhyiddin berkata, walaupun terdapat peningkatan kes harian Covid-19, strategi pemberian dos penggalak vaksin dan langkah kawalan Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya menurunkan kemasukan kes Kategori 3 hingga 5 ke hospital.


“Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan tertinggi lengkap vaksin di dunia dengan 98 peratus populasi dewasa dan lebih 78 peratus populasi negara lengkap menerima dos vaksin.


“Lebih 50 peratus populasi dewasa pula telah menerima dos penggalak. Ini telahpun dapat membantu meringankan beban keatas sistem kesihatan awam negara.


“Pemberian vaksin penggalak remaja dan kanak-kanak akan dipertingkatkan setelah mengambil kira kemunculan varian Omicron,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page