top of page

Sukan Paralimpik Paris 2024: Zahid Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Atlet

  • nabalunews
  • Aug 28, 2024
  • 1 min read

28 Ogos 2024


KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.


Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara dalam acara sukan berprestij itu.


“Selamat berjuang #TeamMAS. Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 telah membuka tirainya dan selamat maju jaya saya ucapkan buat 30 orang atlet luar biasa yang mewakili Malaysia dalam acara sukan berprestij ini.


“Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!” katanya seperti dilaporkan Bernama.


Hari ini, obor perjuangan kontinjen negara terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan misi memburu empat lagi emas bagi melengkapkan kutipan 10 emas secara keseluruhan dalam temasya sukan berprestij dunia itu.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page