Tan Sri Azam Baki kekal sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
- Wartawan Nabalu News
- May 11, 2023
- 1 min read

11 Mei 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Tan Sri Azam Baki akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pelantikannya diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pelantikan semula Azam berkuat kuasa pada 12 Mei ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
"Pelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023,” katanya.
Azam, yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM dan Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) sebelum ini, mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.















Comments