THOMAS TUCHEL DILANTIK PENGURUS BAHARU CHELSEATHOMAS TUCHEL DILANTIK PENGURUS BAHARU CHELSEA
top of page
  • nabalunews

THOMAS TUCHEL DILANTIK PENGURUS BAHARU CHELSEA



27 Jan 2021

ISTANBUL: Kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea pada Selasa melantik Thomas Tuchel sebagai ketua jurulatih baharu menerusi kontrak selama 18 bulan, lapor Agensi Anadolu.


"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan pasukan baharu saya dan menyertai liga bola sepak paling menarik. Saya bersyukur dapat menjadi sebahagian keluarga Chelsea - satu perasaan yang luar biasa!.


"Kita semua sangat menghormati sumbangan Frank Lampard dan legasi yang diciptanya di Chelsea," kata Tuchel dalam satu kenyataan.


Tuchel, 47, sebelum ini melatih kelab Paris Saint-Germain (PSG).


Beliau pernah membantu PSG merangkul gelaran Ligue 1 sebanyak dua kali dan mara ke final Liga Juara-Juara UEFA musim lalu.


Chelsea pada Isnin memecat pengurus Frank Lampard selepas 18 bulan bersama kelab itu. Lampard dilantik pada Julai 2019 menerusi kontrak tiga tahun. - Bernama

bottom of page