UNITED TERSINGKIR, CITY MARA KE PUSINGAN AKHIR PIALA LIGA INGGERIS UNITED TERSINGKIR, CITY MARA KE PUSINGAN AKHIR PIALA LIGA INGGERIS
top of page
  • nabalunews

UNITED TERSINGKIR, CITY MARA KE PUSINGAN AKHIR PIALA LIGA INGGERIS


7 JAN 2021


MANCHESTER: Manchester City mara ke peringkat akhir Piala Liga Inggeris buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Manchester United 2-0 di Stadium Old Trafford awal pagi tadi.


Jaringan golJohn Stones dan Fernandinho pada babak kedua perlawanan memberikan kemenangan bergaya kepada pasukan pimpinan Pep Guardiola 2-0 ke atas Manchester United.


Manchester City akan bertemu Tottenham Hotspur kendalian Jose Mourinho di Wembley pada final 25 April dalam usaha mereka mencari kemenangan Piala Liga keempat berturut-turut.


Sebaik wisel permulaan permainan ditiup, kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol namun gagal membuahkan hasil.


Kedua-dua pasukan berjiran itu mempamerkan permainan menarik yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan City kelihatan lebih tajam di gawang gol manakala United didorong oleh semangat daya saing tinggi untuk membalas dendam atas kekalahan mereka pada tahun lalu kepada City dalam pertandingan yang sama.


City mendahului dalam lima minit selepas rehat apabila tendangan Foden menerusi sepakan percuma dari kiri berjaya dirembat oleh Stones, sekaligus membolosi gawang lawan.


Penjaga gol United, Dean Henderson mempamerkan aksi cemerlang untuk menidakkan serangan dari Riyad Mahrez, setelah pemain Algeria itu membuat larian dari garisan tengah untuk meledakkan bola ke gawang.


Fernandinho memastikan kemenangan City tujuh minit sebelum permainan tamat apabila menghasilkan satu lambungan yang menakjubkan ke gawang gol setelah merembat bola yang ditanduk keluar oleh Aaron Wan-Bissaka.


United tewas di peringkat separuh akhir dalam empat kempen terakhir Piala tersebut yang menyaksikan pengurus Ole Gunnar Solskjaer masih gagal membawa pasukannya ke pertandingan akhir sejak mengambil alih jawatan di kelab itu. - Reuters

bottom of page