top of page

Universiti Al-Azhar tawar biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang

  • nabalunews
  • Nov 11, 2024
  • 1 min read



11 November 2024


KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Universiti Al-Azhar Al-Sharif bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang untuk menuntut di universiti itu dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi.


Menurut Anwar, inisiatif ini juga merupakan sebahagian usaha memperluaskan akses pendidikan bagi pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar Al-Sharif.


“Saya juga menekankan perlunya Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif memperkukuh kerjasama di rantau ASEAN, terutama dalam bidang teknologi dan penyebaran ilmu pengetahuan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Al-Azhar Conference Centre di Kaherah pada Ahad.


Ceramah Anwar yang bertajuk ‘Teguh Bersama: Visi Umat Islam Menerusi Pemerkasaan Teknologi, Sosial dan Ekonomi’ dihadiri oleh lebih 1,500 pelajar dari Al-Azhar.


Sebelum itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, selepas lawatan hormat kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya, bersempena lawatan rasmi beliau selama empat hari ke Mesir.


Dalam perbincangan bersama Prof Ahmad, Anwar turut menyampaikan cadangan memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif.


Juga turut dibincangkan adalah rancangan kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif untuk mempererat hubungan Malaysia dan Mesir dalam bidang pendidikan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page