top of page

UPKO mahu MCMC siasat video hina bangsa dan Batu Sumpah Keningau

  • nabalunews
  • 5 days ago
  • 1 min read

ree

29 Ogos 2025


PUTRAJAYA: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan segera terhadap penyebaran video tular yang menghina kaum di Sabah dan menyeleweng fakta sejarah Batu Sumpah Keningau.


Setiausaha Politik kepada Presiden UPKO, Carl Moosom berkata, video tersebut mengandungi unsur penghinaan melampau terhadap etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, selain memutarbelitkan sejarah Batu Sumpah yang menjadi simbol penyatuan dan hak rakyat Sabah.


“Kami meminta MCMC menyiasat punca dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menerbitkan video ini.


“UPKO mahu tindakan tegas diambil terhadap individu atau pihak yang cuba menanam sentimen kebencian kaum dan merosakkan keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Carl turut menggesa MCMC menurunkan video berkenaan dan menghalang penularannya di semua platform media sosial termasuk WhatsApp, TikTok, Facebook dan Instagram.


Beliau menegaskan bahawa UPKO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kebencian, perpecahan kaum dan mengganggu keharmonian masyarakat majmuk Sabah.


“Batu Sumpah Keningau adalah simbol perjanjian penting yang dibuat di Keningau, berkaitan hak-hak dan autonomi masyarakat Kadazan-Dusun, terutamanya berkaitan dengan kedudukan agama dalam konteks pembentukan Malaysia.


“Ia bukan sekadar batu peringatan, tetapi mewakili janji dan ikrar yang dibuat oleh para pemimpin masyarakat Momogun untuk mempertahankan hak keistimewaan mereka,” katanya.


Turut sama membuat laporan tersebut ialah Pegawai Khas kepada Presiden UPKO, Billy Joe Dominic.


Video tiktok berdurasi 1.26 saat itu mengandungi unsur-unsur penghinaan kaum dan memutarbelitkan fakta sejarah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page