top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO Perak sertai mesyuarat PH kali pertama

5 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Perak menyertai mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Perak buat pertama kalinya, hari ini.


Mesyuarat itu yang diadakan di Pejabat Parti Amanah Perak dihadiri oleh ketua-ketua UPKO cawangan Tanjung Malim (Datuk Suki Mee), Tapah (Bah Elwan), Gopeng (Batin Ismail) dan Parit (Anjang).

PH dianggotai beberapa parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan UPKO.


Kehadiran parti-parti komponen PH dalam mesyuarat itu jelas membuktikan perpaduan dan kerjasama erat dikalangan mereka.

bottom of page