top of page

Ziarah Prihatin: Pusat Khidmat Kadamaian Santuni Keluarga Mendiang di Kampung Tuguson

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

10 Oktober 2025


KOTA BELUD: Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, Caryle Lajimin, bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Saikom Watis serta staf Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, menziarahi dan menyampaikan sumbangan Touch Point Takziah kepada keluarga mendiang Giluk @ Junan Aduan di Kampung Tuguson, semalam.


Ziarah tersebut diadakan bagi mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga mendiang.


Mendiang Giluk @ Junan Aduan, yang dilahirkan pada 13 Ogos 1947, telah meninggal dunia pada 9 Oktober 2025. Pemergiannya turut dirasai oleh keluarga serta komuniti setempat.


Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif program Touch Point Takziah oleh Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, yang bertujuan menzahirkan simpati dan meringankan beban waris penduduk yang kehilangan ahli keluarga di kawasan berkenaan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page