top of page
Search


Ahli Bersatu diseru perkukuh perpaduan, tutup ruang perpecahan
2 Januari 2026 KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh ahli parti itu agar memperkukuh kerjasama, memperteguh perpaduan dan menutup segala ruang yang boleh mencetuskan perpecahan dalam parti. Bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan, beliau masih menerajui Bersatu sebagai Presiden dan meskipun beliau tidak lagi memimpin Perikatan Nasional (PN), parti itu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia
nabalunews


Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi – PM Anwar
1 Januari 2026 KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata kerajaan akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini. "Inilah komitmen Kerajaan Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya dalam
nabalunews


MCMC kuat kuasa ONSA, tingkatkan keselamatan dalam talian
1 Januari 2026 KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang berkuat kuasa hari ini menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna khususnya kanak-kanak dan keluarga. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, ONSA menetapkan tanggungjawab dan kewajipan ke atas pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talia
nabalunews


ONSA bantu kekang penyebaran kandungan berbahaya, jenayah siber - KPN
1 Januari 2026 KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) merupakan langkah penting memastikan platform digital bertanggungjawab mengekang penyebaran kandungan berbahaya. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ONSA juga dapat menutup ruang operasi penjenayah siber serta memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti dan kandungan ekstremisme. Menurut beliau, berdasarkan rekod P
nabalunews


KWSP naikkan had pengeluaran haji kepada RM10,000, perkenal i-Saraan Plus
31 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar dan produk berkuat kuasa mulai esok, bagi memperkukuh simpanan persaraan, meluaskan perlindungan sosial serta menambah baik pengalaman keseluruhan ahli. KWSP dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan merangkumi langkah-langkah di bawah Belanjawan 2026 yang diumumkan pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi itu untuk memenuhi kepe
nabalunews


Tahun baharu 2026: PM Anwar ajak rakyat bersama perkukuh perpaduan, terus maknai reformasi
31 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama melangkah ke tahun baharu 2026 dengan semangat kebersamaan kukuh dan tekad jitu untuk terus memperkukuh perpaduan. Menerusi mesej tahun baharu yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengajak semua rakyat untuk bersama memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai
nabalunews


UMS Sertai Inisiatif Pemerkasaan Pendidikan Tahfiz Melalui MoU Bersama JAKIM
31 Disember 2025 BAGAN DATUK: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai usaha pemerkasaan pendidikan tahfiz negara menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara baru-baru ini. UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dalam pemeteraian MoU tersebut yang melibatkan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM–UMS yang akan dilaksanakan oleh Fakult
nabalunews


Murid tidak lagi wajib pakai tali leher mulai tahun depan
30 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa murid tidak lagi diwajibkan memakai tali leher ke sekolah bermula sesi persekolahan tahun hadapan. Keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Profesional KPM Khas Tahun 2025 pada 8 Disember lalu dan disahkan menerusi surat siaran yang ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, bertarikh 17 Disember 2025. Bagaimanapun, KPM menetapkan pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan kep
nabalunews
bottom of page
