top of page
Search


Madius, Fadhlina Bincang Isu Pendidikan di Tuaran
16 Julai 2026 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi membincangkan beberapa isu dan cadangan berkaitan pembangunan pendidikan di kawasan Parlimen Tuaran. Madius berkata, antara perkara utama yang dibangkitkan ialah cadangan mewujudkan semula Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tamparuli bagi melancarkan urusan pentadbiran pendidikan di kawasan berkenaan. Beliau turut mengem
nabalunews


RUU Kerja Sosial 2026 Perkukuh Perlindungan Pekerja & Klien
15 Julai 2026 KOTA KINABALU - Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 oleh Dewan Rakyat kelmarin merupakan satu pengiktirafan bersejarah yang bakal menstrukturkan semula landskap kebajikan dan khidmat kemanusiaan negara secara total. Pakar Kerja Sosial daripada Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Peter Voo, menyambut baik kelulusan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu anjakan penting ke arah profesio
nabalunews


Jamil beri laluan, Pillexson terajui UPKO Kota Marudu
Oleh : Romie Stanley DGuns KOTA MARUDU, 14 Julai – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu secara rasminya melantik ketua bahagian baharu apabila Pillexson James menerima mandat untuk memimpin sesi 2026-2029, dalam satu Mesyuarat Agung Tri-Tahunan (MAT) yang berlangsung di GL Hotel Kota Marudu, pada 12 Julai lalu. Peralihan kepimpinan ini disifatkan sebagai satu kitaran sihat dalam organisasi, dengan mantan Ketua Bahagian, Jamil Majingkin, secara suk
nabalunews


39 Rumah Setinggan Diroboh DBKK & JPS Di Likas Square
Oleh : Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 14 Julai 2026 – Sebanyak 39 buah rumah setinggan di belakang Likas Square dirobohkan dalam Operasi Bersepadu Perobohan Struktur Haram pada 9 Julai lalu bagi memulihkan fungsi rizab parit dan sungai serta mengurangkan risiko banjir di bandaraya ini. Operasi yang bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini, melibatkan 25 anggota daripada pelbagai agensi diketuai oleh Ja
nabalunews


Sembilan RUU Bakal Dibentangkan Pada Sidang DUN Sabah
14 Julai 2026 KOTA KINABALU: Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 yang berlangsung selama empat hari bermula 20 Julai ini akan membahaskan sembilan Rang Undang-Undang (RUU), termasuk tiga RUU baharu. Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya berkata, daripada sembilan RUU itu, tiga merupakan RUU baharu, manakala lima lagi melibatkan pindaan kecil termasuk satu RUU Perbekalan Tambahan (2026) 2026. "Tiga RUU
nabalunews


Perlindungan Data Peribadi Perkukuh Ekosistem Kesihatan Digital Sabah
14 Julai 2026 KOTA KINABALU : Perlindungan data peribadi perlu terus diberi perhatian serius bagi memastikan transformasi sektor kesihatan berlaku secara selamat, bertanggungjawab dan dipercayai rakyat. Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib berkata, kemajuan teknologi, data dan inovasi kini menjadi pemacu utama perubahan dalam pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, namun ia perlu disokong dengan tadbir urus data yang baik, keselamatan makl
nabalunews


Tun Musa Berangkat Ke Brunei Darussalam
14 Julai 2026 KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berangkat ke Brunei Darussalam bagi menghadiri majlis ulang tahun Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Pesawat khas yang membawa Tun Musa dan Toh Puan Faridah berlepas pada jam 10:45 pagi melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), pada Selasa. Turut berangkat sama ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif be
nabalunews


UMS Erat Kerjasama Komuniti Melalui Projek Denai Pendidikan Dan Rumah Hijau
14 Julai 2026 PENAMPANG: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui pelaksanaan Projek Denai Pendidikan Lokos-Borot dan Rumah Hijau Kampung Tampasak Babagon yang memfokuskan aktiviti pemindahan ilmu, pendidikan serta pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pendekatan Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM), iaitu kaedah pembelajaran berasaskan perkhidmatan yang
nabalunews
bottom of page
