top of page
Search


Sambutan Pesta Kaamatan Kg. Melangkap Tomis Meriah Dengan Pelbagai Pengisian Tradisi
Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd 29 Mei 2026 KOTA BELUD: Sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Melangkap Tomis berlangsung meriah dan penuh semangat perpaduan apabila pelbagai aktiviti kebudayaan serta pertandingan tradisional berjaya menarik penyertaan penduduk kampung dan komuniti sekitar. Program yang bermula pada jam 3.45 petang hingga 9.30 malam itu dirasmikan oleh Hadlee Panchai, Pemaju Mukim daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian,
nabalunews


Pesta Kaamatan 2026 di Kampung Pinolobuh Meriah, Tekad Perpaduan Masyarakat
Oleh : Romie Stanley DGuns 29 Mei 2026 KOTA BELUD: Penduduk dan pengunjung telah membanjiri Dewan Terbuka Tamu Desa Tradisi Kampung Pinolobuh sejak jam 8.00 pagi bagi menyambut Pesta Kaamatan 2026 yang berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kekitaan. Perasmian pesta itu diwakili oleh Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan Dan Pengangkutan, Carlye Lajimin, mewakili Datuk Ewon Benedick yang tidak dapat hadir akibat komitmen lain
nabalunews


Hari Kedua SAR: Mangsa Jatuh Sungai Kampung Paka-Paka Belum Ditemukan
Oleh : Romie Stanley DGuns 29 Mei 2026 KOTA BELUD: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Paka-Paka, Kota Belud, memasuki hari kedua pagi ini dengan pencarian difokuskan di kawasan hilir sungai, manakala mangsa masih belum ditemukan setakat laporan terakhir. Ketua Koordinasi memulakan semula operasi pada jam 8:00 pagi tadi selepas operasi hari pertama tamat pada 12:30 tengah malam tanpa sebarang penemuan. M
nabalunews


Tujuh Pelajar Ditahan Berhubung Video Tular Pukul Pelajar Perempuan di Kota Kinabalu
Oleh : Romie Stanley DGuns 29 Mei 2026 KOTA KINABALU: Tujuh orang pelajar sekolah menengah berusia antara 15 hingga 17 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung video tular menunjukkan seorang pelajar perempuan dipukul di daerah ini. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu, mangsa yang juga seorang pelajar perempuan dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan. Mangsa kemudian membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
nabalunews


UPKO MOHON SERTAI GRS
29 Mei 2026 KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini mengemukakan permohonan menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi parti tersebut mengada pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga merupakan Pengerusi GRS dan seterusnya menyampaikan permohonan tersebut. Ewon menyatakan, UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan dan kerjasama parti-parti te
nabalunews


Dewan Serbaguna OT Kunong Usang, Berisiko Hakisan Tanah – JKKK Mohon Dana Segera
Oleh : Romie Stanley DGuns 29 Mei 2026 KOTA BELUD: Dewan Serbaguna OT Kunong di Kampung Pinasang Moroulu, Kota Belud, dikategorikan sebagai usang dan berisiko tinggi akibat hakisan tanah, mendorong Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinasang Moroulu memohon dana naik taraf secara segera. Permohonan itu disampaikan terus kepada Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III, Carlye Lajimin, semasa majlis perasmian Pesta Kaamatan peringkat kampu
nabalunews


"Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian": Majlis Kaamatan Kampung Nahaba Jadi Lambang Kesyukuran & Perpaduan Masyarakat
Oleh : Romie Stanley DGuns 29 Mei 2026 KOTA BELUD: Majlis Kaamatan Kampung Nahaba yang berlangsung semalam di Dewan Tamu Desa Kampung Nahaba berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh keakraban. Program itu dirasmikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) bagi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Fandhy Rajin, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick. Dalam ucapan beliau, Fandhy
nabalunews


Ibadah Korban Sebagai Satu Pengorbanan Sesama Insan Dan Mampu Eratkan Silaturrahim: Victor
29 Mei 2026 TAMBUNAN: Sambutan Hari Raya Aidiladha adalah hari yang terbaik untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri sendiri selain mampu mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama insan walau datang dari pelbagai suku dan fahaman agama. Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Datuk Victor P. Paut berkata, Aidiladha adalah masa yang sangat istimewa bagi seluruh umat Islam di serata dunia dan tidak terkecuali di negara kita khususnya di Sabah, di mana ianya mengingatkan kita semua tentang ert
nabalunews
bottom of page
