top of page
Search


UMS Anjur Program Pertukaran Pelajar University of Kochi, Jepun
24 April 2026 KOTA KINABALU: Program Pemakanan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tuan rumah kepada International Exchange Program melibatkan pelajar dari University of Kochi (UoK), Jepun, yang berlangsung baru-baru ini. Program selama lima hari itu merupakan penganjuran julung kali sebagai susulan kepada Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal dimeterai antara UMS dan UoK, sekali gus menandakan permulaan kerjasama akademik d
nabalunews


PPM Wilayah 4 Sabah Rampas 10,000 Liter Diesel, Tahan Seorang Di Lahad Datu
Oleh : Romie Stanley DGuns 24 April 2026 LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas kira-kira 10,000 liter minyak diesel bernilai RM51,200 serta menahan seorang lelaki tempatan dalam Op Tiris di Jalan Paris 3, Lahad Datu, semalam. Pemandu lori tangki minyak diesel jenama Nissan yang disyaki terlibat gagal mengemukakan dokumen penghantaran (delivery order) serta tiada pelekat dari depot sah. Menurut kenyataan PPM, rampasan ini dipercayai berjaya membendung
nabalunews


Mekanik Diberkas Dengan 27 Liter Air Ketum Di Putatan
Oleh :Romie Stanley DGuns 24 April 2026 PUTATAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dalam serbuan di Kampung Seberang Ulu, tengah malam tadi selepas disyaki memasak dan menjual ketum. Dalam operasi 'Ops Gempur Khas' kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, sepasukan JSJN menyerbu sebuah rumah tanpa nombor di Jalan Ramayah sebelum menahan suspek yang bekerja sebagai mekanik. Pemeriksaan menemukan lebih lima kilogram daun ketum m
nabalunews


MINDET, KPDN muktamad kerjasama perkasa perlindungan harta intelek di Sabah
24 April 2026 PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah memuktamadkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memperkasa perlindungan harta intelek dalam kalangan usahawan serta komuniti di Sabah. Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan pendaftaran harta intelek menjadi komponen utama dalam pembangunan s
nabalunews


Kerajaan kaji kebolehlaksanaan sistem kereta api moden dari Putatan ke KKIP, Pelabuhan Sepanggar
23 April 2026 KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan sistem kereta api moden dari Putatan ke Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan Pelabuhan Sepanggar bagi memperkukuh sistem logistik di negeri ini. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata pelaksanaan kajian itu merupakan antara tumpuan kerajaan negeri untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan sebagai usaha memperkasa keterhubungan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Saba
nabalunews


Beberapa laluan utama ditutup sempena Hari Etnik Sabah 6.0
23 April 2026 KOTA KINABALU: Beberapa laluan utama di sekitar ibu negeri akan ditutup bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Etnik Sabah 6.0 yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sabtu ini. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, DSP Khazrul Shah Annuar Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan or
nabalunews


Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17 Berlangsung Lancar
23 April 2026 KOTA KINABALU: Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan penuh istiadat rasmi. Istiadat bermula sejurus ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman pada 9.15 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya. Beliau kemudian menerima tabik hormat daripada Pegawai Baris, DSP Mohd Afefe Nazreen Mohd Seri, diiringi nyanyian lagu Negar
nabalunews


Sabah perkenal RAER 2025-2030 pacu ekonomi luar bandar, sekuriti makanan
23 April 2026 KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperkenalkan Inisiatif Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (RAER) 2025-2030 sebagai langkah strategik memperkukuh sekuriti makanan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi luar bandar. Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan selaras dengan usaha meningkatkan keterjaminan makanan melalui pemodenan sektor pertanian. "Tumpuan akan diberikan kepada pelaksanaan Program Revolusi Padi serta pembanguna
nabalunews
bottom of page
