top of page
Search


271 kenderaan diperiksa dalam Operasi Bersepadu JPJ Sabah di Jalan Kuhara
Mohd Harris memeriksa salah sebuah kenderaan yang melalui Jalan Kuhara dalam Operasi Bersepadu, semalam. 21 Januari 2026 TAWAU: Sebanyak 271 kenderaan diperiksa dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah bersama rakan strategik selama dua jam di Jalan Kuhara, malam tadi. Pengarah JPJ Negeri Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, hasil pemeriksaan itu, 22 notis saman dikeluarkan melibatkan tujuh kenderaan, manakala tiada sitaan dibuat sepanjang operas
nabalunews


FPEP Bersama Industri: Mendekatkan Kurikulum kepada Dunia Kerjaya Sebenar
21 Januari 2026 KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan sesi Town Hall khas bagi membincangkan semakan kurikulum program-program pengajian yang ditawarkan, sejajar dengan keperluan industri dan cabaran dunia pekerjaan semasa. Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim, berkata sesi libat urus tersebut merupakan platform strategik untuk memastikan kurikulum fakulti kekal relevan serta memenuhi kehen
nabalunews


DBKK Keluarkan Kompaun Terhadap Empat Penjaja
21 Januari 2026 KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan kompaun terhadap empat peniaga selepas didapati gagal mempamerkan lesen perniagaan dalam operasi yang dijalankan, semalam. Dalam kenyataan yang dikeluarkan DBKK menegaskan, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan tahap pematuhan penjaja terhadap peraturan yang ditetapkan. Katanya, operasi yang dilaksanakan Jabatan Pelesenan itu dijalankan di sekitar kawasan D’Walai Mutiara, D'Walai Mata Biru
nabalunews


Pacu Adrenalin, Menelusuri Keindahan Dan Berakit Redah Jeram Kadamaian
21 Januari 2026 KOTA BELUD: Di sebalik kemegahan puncak Gunung Kinabalu dan kehijauan hutan hujan tropika Sabah, mengalir satu denyut nadi yang pantas dan penuh jiwa jeram-jeram sungainya. Sabah bukan sekadar syurga untuk pendaki dan pencinta alam, ia juga merupakan gelanggang semula jadi untuk pengembaraan lasak yang mendebarkan hati. Antara pengalaman yang paling mustahak untuk dicuba ialah Berakit Redah Jeram atau 'White Water Rafting', satu aktiviti yang menggabungkan kek
nabalunews


KPDN WP Labuan Keluarkan Dua Notis Kompaun
21 Januari 2026 LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan mengeluarkan dua notis dalam pemeriksaan pematuhan perundangan seliaan KPDN di sekitar kawasan luar bandar Labuan, di sini, semalam. Pemeriksaan yang dilaksanakan dengan kekuatan tujuh anggota penguat kuasa itu melibatkan pemeriksaan ke atas 53 premis perniagaan sektor peruncitan termasuk restoran dan gerai buah-buahan luar bandar yang menjadi tumpuan pengguna. Pengarah KPDN WP Labu
nabalunews


Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Viviantie Sarjuni, Dinobatkan Anugerah Public Social Innovator Tahun 2026 Oleh Schwab Foundation
21 Januari 2026 CYBERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), Viviantie Sarjuni dinobatkan Anugerah Public Social Innovator Tahun 2026 untuk Keusahawanan Sosial oleh Schwab Foundation, dengan kerjasama World Economic Forum, WEF. Anugerah itu disampaikan bersempena dengan Mesyuarat Tahunan World Economic Forum yang berlangsung di Davos, Switzerland. Anugerah itu mengiktiraf individu yang membuat perubahan luar biasa dalam sektor awam termasuk
nabalunews


Sedco Terus Pantau Anak Syarikat
21 Januari 2026 KOTA KINABALU: Operasi anak syarikat di bawah Kumpulan Sedco yang gagal mencapai keuntungan dalam tempoh setahun akan melalui proses 'managermant byout' atau ditutup, menurut pengerusinya, Datuk Masiung Banah. "Jika kita pertahankan syarikat yang rugi dan membebankan agensi induk, umpama kita bermain bola 'gol sendiri.' "Kita mau lihat peristasi mereka, sama ada sasaran tercapai atau tidak. Jika tidak tercapai kenapa? .... Jika tercapai kita perlu pertingkatka
nabalunews


KARKUMS platform pelajar jelajah potensi diri, bina keyakinan, dan teroka idea baharu
20 Januari 2026 KOTA KINABALU: Karnival Kokurikulum Universiti Malaysia Sabah (KARKUMS) terus menjadi wadah penting dalam membentuk mahasiswa yang holistik apabila dijadikan platform untuk pelajar menjelajah potensi diri, membina keyakinan serta meneroka idea baharu di luar bilik kuliah. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, berkata karnival yang dianjurkan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) itu selari dengan aspirasi universiti
nabalunews
bottom of page
