top of page
  • nabalunews

10,000 tandas awam berjaya dinaik taraf


27 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menaik taraf 10,000 tandas awam setelah kempen ‘Bersih, Menawan dan Wangi’ (BMW) dilancarkan.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kejayaan berkenaan dapat diraih setelah bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi menaiktaraf kebersihan tandas awam.


Sejak KPKT mengisytiharkan ‘jihad’ terhadap kekotoran dan melancarkan kempen tandas BMW, kami telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menaiktaraf kebersihan tandas awam.


“Ia termasuk sekolah, 10,000 tandas awam telah berjaya dinaik taraf,” katanya

seperti dilaporkan Sinar Harian.


Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di laman sosial, X hari ini.


Pada 9 September tahun lalu, Kor Ming mencadangkan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf BMW di seluruh negara.


Menurutnya, ia adalah antara cadangan agenda reformasi kemudahan awam negara yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2024.

Kommentarer


bottom of page