top of page
Wartawan Nabalu News

Amaran Ribut Petir di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia


6 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir pada petang, ini yang melibatkan beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak.


Menurut amaran tersebut, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri di Malaysia sehingga 6:00 petang pada hari yang sama.


Negeri-negeri yang terlibat termasuk Sabah (Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan dan Kudat), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang), Perak (Kerian, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Kuantan dan Pekan), serta Selangor (Gombak dan Hulu Langat),


"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.


"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.


Penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi cuaca buruk ini.



Comentarios


bottom of page