- Farah Salim
Badan bebas perlu siasat isu rasuah Azam Baki - MUDA
6 Jan 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendesak agar sebuah badan bebas menyiasat isu berkaitan Tan Sri Azam Baki bagi menjaga nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA dalam kenyataan media hari ini berkata, badan bebas itu perlulah dikawal selia di bawah Parlimen Malaysia.
“Sementara siasatan dijalankan, Tan Sri Azam Baki perlulah 'berehat’ agar proses siasatan dapat dijalankan dengan telus,” kata kenyataan itu, hari ini.
Menurut Jawatankuasa Eksekutif PusT Muda, kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkaitan isu rasuah Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki amat mengecewakan.
“Penjelasan yang diberikan jelas bertentangan dengan Pekeliling Perkhidmatan bagi pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam serta SICDA (Securities Industries Depository Act).
“lanya langsung tidak membantu memelihara integriti institusi tersebut. Lebih buruk, kepercayaan orang ramai semakin terhakis kepada SPRM yang sepatutnya menjadi lambang kepada usaha pencegahan rasuah di Malaysia,” katanya.
Comments