Johari Ghani Ambil Alih Tugas, Fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
- nabalunews
- Jul 11, 2025
- 1 min read

11 Julai 2025
PUTRAJAYA: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada Jemaah Menteri yang bersidang pada 9 Julai lalu bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” katanya.
Tanggungjawab baharu Johari itu susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen PKR Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, awal bulan ini.
Johari, merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Naib Presiden UMNO.















Comments