top of page

Kadar kenaikan gaji penjawat awam bakal diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 – PM Anwar

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 27, 2024
  • 1 min read


27 Jun 2024

Oleh Wartawan News

 

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober depan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan bahawa pengumuman ini adalah selaras dengan peningkatan beban kerja dan situasi ekonomi semasa.

 

"Saya anggap adil bagi kerajaan, seperti saya sebut semalam, saya seperti bapa dalam kerajaan ini dan kita lihat berapa lama tiada kenaikan gaji penjawat awam," kata Anwar ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini.

 

"Sedangkan kita beri tekanan lebih kuat, kerja mesti kuat, pemantauan lebih kuat dan penguatkuasa SPRM itu lebih hebat," tambahnya.

 

Pada 1 Mei lalu, Anwar telah mengumumkan bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara bermula 1 Disember tahun ini.

 

 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page