top of page

Kerajaan komited pulihkan maruah bangsa, tolak rasuah – PM

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 22, 2023
  • 1 min read

22 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen mereka untuk memulihkan maruah dan integriti bangsa dengan menolak kebobrokan, rasuah dan penyelewengan.


Dalam perutusan sempena Aidilfitri, Anwar berkata langkah itu perlu diambil supaya nasib rakyat dapat terjamin dan maruah bangsa dapat ditebus semula.


"Mana-mana negara yang mahu meningkat maju harus berteraskan kepada keyakinan, harus berteraskan kepada nilai, harus berteraskan kepada ihsan dan rahmah," katanya.


"Ini yang dipupuk tetapi yang integral dalam semua ini yang menjadi paksi adalah keluhuran jiwa kita, keinginan membawa perubahan dengan menetapkan suatu prinsip disiplin dan rahmah yang kita lalui dalam latihan bulan Ramadan," tambah beliau.


Beliau juga menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di negara ini dan mengharapkan ibadah puasa yang disempurnakan dapat mencapai tahap ketakwaan.


"Jadikan semangat pengorbanan, keikhlasan dan disiplin pada bulan Ramadan sebagai bekalan untuk menjamin kesejahteraan hidup diri, keluarga, masyarakat serta negara," pesannya.


Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam di dalam dan luar negara yang berkhidmat dengan gigih termasuk pasukan pertahanan yang menjaga keselamatan serta mengangkat martabat negara.


Beliau berharap usaha dan khidmat mereka akan memberi kekuatan baharu kepada negara yang seharusnya diangkat martabatnya.


"Bagi pihak saya, (isteri) (Datuk Seri Dr. Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, saya ucapkan Selamat Eid Mubarak kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia," katanya.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page