top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia tidak akan mempunyai kasino kedua, tegas PM Anwar


15 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


DOHA: Bercakap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di sini pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata "tidak" kepada idea kemungkinan kasino kedua di Malaysia.


Jelas beliau, di bawah pentadbirannya, tiada keperluan untuk (lesen) kasino kedua di Malaysia.


"Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).


"Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan," katanya ketika menjawab soalan moderator Haslinda Amin dalam sesi pleno dalam sesi bertajuk "In Conversation with the Prime Minister of Malaysia.


Anwar ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan (lesen) kasino kedua di bawah Kerajaan MADANI.


“Dalam sesi ini saya dapat membincangkan tarikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan.


“Malaysia juga saya tegaskan sedang memberi tumpuan khusus kepada sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).


“Kesemua sektor ini, antara lain, memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan Malaysia,” katanya dalam satu perkongsian di akaun Facebook.

Comments


bottom of page