PEMVAKSINAN COVID-19: SINGAPURA MULAKAN DENGAN PEKERJA KESIHATAN DI NCID PADA 30 DISPEMVAKSINAN COVID-19: SINGAPURA MULAKAN DENGAN PEKERJA KESIHATAN DI NCID PADA 30 DIS
top of page
  • nabalunews

PEMVAKSINAN COVID-19: SINGAPURA MULAKAN DENGAN PEKERJA KESIHATAN DI NCID PADA 30 DIS


27 DIS 2020


SINGAPURA: Singapura akan mula melaksanakan pemvaksinan COVID-19 dengan pekerja kesihatan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Dis ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini.

Menurut kenyataan MOH di sini, pemvaksinan akan turut dilaksanakan di lebih banyak institusi penjagaan kesihatan pada minggu berikutnya.

Singapore menerima penghantaran pertama vaksin daripada Pfizer-BioNTech pada 21 Dis lepas dan menjangkakan menerima stok vaksin COVID-19 berikutnya dalam tempoh beberapa bulan.

MOH berkata ia berhasrat memulakan pemvaksinan dengan golongan warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas pada Februari 2021.

"Selepas itu kita akan memvaksin rakyat Singapura lain dan penduduk tetap yang sudah lama berada di negara ini serta layak dari segi perubatan untuk pemvaksinan,” menurut kenyataan itu.

MOH berkata kerajaan Singapura hari ini menerima syor Jawatankuasa Pakar mengenai Pemvaksinan COVID-19 yang dikemukakan pada 24 Dis lepas berhubung strategi keseluruhan pemvaksinan.

Antaranya ialah semua individu yang menetap di Singapura termasuk warganegara dan penduduk tetap serta pemegang pas jangka panjang yang layak dari segi perubatan hendaklah divaksin.

Bagi memastikan akses kepada vaksin itu dan membolehkan republik tersebut mencapai kadar lebih tinggi pemvaksinan populasi, ia akan dilakukan secara percuma, menurut MOH.


Kementerian itu berkata Jawatankuasa Pakar juga telah mengendors penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Singapura bagi individu berusia 16 tahun dan ke atas.

Jawatankuasa itu juga mencadangkan bahawa pemvaksinan hendaklah dilakukan secara sukarela. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page