top of page

SAMPEL TANAH BULAN DISERAH UNTUK PENYELIDIKAN DI STESEN BUMI

  • nabalunews
  • Dec 21, 2020
  • 1 min read

ree

19 DIS 2020


BEIJING: Upacara penyerahan sampel tanah bulan yang dibawa pulang kapal prob penyelidikan Chang'e-5 diadakan di Beijing hari ini, sekali gus menandakan misi angkasa lepas itu kini memasuki fasa penyelidikan saintifik.

Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas Negara China (CNSA), Zhang Kejian menyatakan kaedah kawalan mengenai sampel dari bulan akan diperkenalkan.

Saintis dari dalam dan luar negara dialu-alukan mengambil bahagian dalam penyelidikan itu supaya dapat mencapai lebih banyak kemajuan dalam kajian saintifik.


Pakar penyelidikan planet dari Universiti Geosciences (Wuhan), Profesor Xiao Long menjelaskan bahawa lokasi pendaratan Chang'e-5 di bulan kali ini berbeza dengan pendaratan terdahulu.

Gunung berapi di lokasi itu mungkin yang paling muda. Penyelidikan terhadap sampel itu amat signifikan bagi mengetahui umur bulan yang sebenar.

Prob Chang'e-5 yang dilancarkan pada 24 November, menyelesaikan misi beralih dari orbit bumi ke orbit bulan, mendarat, mengambil sampel tanah dan batu, serta mengelilingi bulan.


Chang'e-5 berjaya menyelesaikan semua misinya apabila selamat mendarat di daerah Siziwang, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada Khamis.

Menurut timbangan awal, sampel tanah bulan yang diambil prob Chang'e-5 seberat 1,731 gram. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page