Tiga Pusat Rehabilitasi Perkeso bakal dibina di Sabah, Sarawak
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga Pusat Rehabilitasi Perkeso bakal dibina di Sabah, Sarawak


17 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


AYER KEROH: Kerajaan merancang untuk membina tiga Pusat Rehabilitasi Perkeso di Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun lagi, selepas melihat keberkesanan dan manfaat yang diterima oleh pencarum perkeso yang menjalani proses pemulihan.


Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata, kerajaan akan meninjau dan bina sekurang-kurangnya tiga buah lagi pusat rehabilitasi di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.


"Belum ada lagi di Sabah dan Sarawak. Setakat ini, ketiga-tiga buah yang sama sedang dibina dan dirancang adalah di Semenanjung Malaysia iaitu di Melaka kemudian di Perak yang akan siap hujung tahun ini dan di Terengganu yang telah diumumkan pada tahun lepas," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak di Ayer Keroh baru-baru ini.


Tambah beliau, sejak dibuka pada Oktober 2014, Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak, yang merupakan pusat rehabilitasi pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, telah memberi rawatan kepada 15,214 individu.


Daripada jumlah tersebut, kira-kira 70 peratus telah berjaya kembali ke tempat kerja selepas menjalani rawatan pemulihan intensif di pusat rehabilitasi tersebut.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page