top of page

VAKSINASI COVID-19: SINGAPURA MULAKAN DENGAN 30 PEKERJA KESIHATAN DI NCID

  • nabalunews
  • Dec 30, 2020
  • 1 min read

30 DIS 2020


SINGAPURA: Singapura mula melaksanakan proses vaksinasi hari ini, dengan pekerja kesihatan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) menjadi kumpulan pertama mendapat suntikan vaksin.

Kementerian Kesihatan republik itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lebih daripada 30 kakitangan NCID akan menerima suntikan hari ini.

"Ia termasuk kakitangan klinikal, kejururawatan, perkhidmatan berkaitan kesihatan, kakitangan sokongan dan pentadbiran," menurut kenyataan itu.

Menurut Kementerian itu, kakitangan berkenaan akan diberikan suntikan dos kedua vaksin pada hari ke-21, yakni pada 20 Jan.

"Kakitangan NCID yang lain akan diberi vaksin secara berperingkat dan dimulakan dengan pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) bermula Januari 2021," menurut kenyataan itu.

Singapura menerima penghantaran vaksin pertama dari Pfizer-BioNTech pada 21 Dis dan menjangka stok vaksin COVID-19 berikutnya akan tiba secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan.

Pada 27 Dis Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan bahawa pelaksanaan vaksinasi itu akan turut dilaksanakan di lebih banyak institusi penjagaan kesihatan pada bulan-bulan berikutnya.

Ia juga menyasarkan untuk mula melaksanakan vaksinasi terhadap golongan warga emas yang berusia 70 tahun dan ke atas pada Februari 2021.

Kemudian menurut kementerian itu ia akan mula proses vaksinasi terhadap rakyat Singapura yang lain, serta penduduk tetap jangka panjang layak dari segi perubatan untuk vaksinasi.


Vaksinasi adalah percuma. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page