Search Results
24079 results found with an empty search
- BNM: BANK KOMITED BANTU PEMINJAM TERJEJAS SUSULAN SEKATAN PERGERAKAN AKIBAT COVID-19
23 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Peminjam terutamanya yang terjejas susulan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan akibat lonjakan kes COVID-19 di Malaysia masih boleh mendapatkan bantuan pembayaran balik pinjaman daripada bank masing-masing. “Peminjam tidak perlu bimbang. Bantuan pembayaran balik masih dilaksanakan dan akan dilanjutkan sehingga 2021. Kami faham keadaan dan ketidakpastian boleh berubah pada masa depan dan orang ramai boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa,” kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Jessica Chew kepada Bernama kelmarin. Walaupun moratorium penangguhan pinjaman secara automatik, bantuan pembayaran balik dan moratorium bersasar yang selanjutnya tidak pernah berlaku sebelum ini, bank telah menggerakkan kesemua sumber mereka untuk menguruskan situasi ini. “Bank-bank dalam kedudukan yang baik untuk memberi maklum balas mengenai keperluan peminjam. Semua bank mempunyai sumber khusus dan merekayasa semula proses untuk mengkaji kembali permohonan peminjam,” kata Chew. Peminjam boleh menghubungi bank secara dalam talian atau panggilan telefon walaupun berada di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). “BNM mempunyai laman khas (www.bnm.gov.my/tra) yang mana peminjam yang memerlukan bantuan pembayaran balik, boleh mendapatkan lebih banyak maklumat. “Peminjam juga boleh mengisi borang di laman web http://bnm.my/RAsurvey berserta sedikit maklumat ringkas yang boleh kami gunakan untuk menguruskan panggilan semula daripada bank-bank mereka,” kata Chew. Sebanyak 640,000 permohonan bantuan telah diterima setakat 9 Oktober lepas. Kadar kelulusan berjumlah 98 peratus dengan 40 peratus daripadanya menerima lanjutan moratorium dan 60 peratus lagi mendapat pengurangan ansuran. Malah, Chew berkata permohonan bantuan pembayaran semula telah mula diterima meskipun sebelum moratorium menyeluruh tamat. Beliau menegaskan bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar adalah paling sesuai buat masa ini kerana ia membolehkan bank melanjutkan bantuan sementara kepada peminjam yang sangat memerlukan. Bank juga telah lebih bersedia dengan menyediakan infrastruktur untuk membantu peminjam berbanding ketika pandemik ini kali pertama berlaku. “Pada Mac tahun ini...ketika segala aktiviti terhenti secara tiba-tiba, tiada siapa menyangka situasi seperti itu akan terjadi. Dalam situasi berkenaan, terdapat keperluan untuk menyediakan bantuan segera kepada para peminjam. “Kini, bukan hanya sistem penjagaan kesihatan kita yang lebih bersedia, malah bank juga begitu,” katanya. Bantuan bayaran balik bersasar turut menambah baik kebolehlihatan prestasi pinjaman bank. “Masih banyak ketidakpastian memandangkan kita belum tahu berapa lama pandemik ini akan berakhir, sekurang-kurangnya sehingga vaksin dibangunkan. Oleh itu, adalah penting untuk menjimatkan sumber dan diberikan kepada perniagaan dan mereka yang memerlukan sahaja,” katanya. Pinjaman baharu turut penting untuk menyokong pemulihan ekonomi dan bank perlu selesa untuk memberikan pinjaman, kata Chew. “Sekiranya sumber digunakan di tempat lain, ia mungkin menjejaskan aliran kredit kepada sektor yang memerlukan pembiayaan untuk memulakan semula aktiviti perniagaan. Ini seterusnya boleh menjejaskan ekonomi dan kadar pemulihan ekonomi,” katanya. - Bernama
- PNB'S MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA GOES DIGITAL
23 OCTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) has introduced Minggu Saham Digital, a digital adaptation of Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), in keeping up with the digital transformation. In a statement, PNB said it is set to host its first-ever Minggu Saham Digital (MSD) (Digital Shares Week) from Nov 18-24, 2020 through Facebook and YouTube. This seven-day livestream digital event would be broadcast daily between 12.30 pm and 10.30 pm. “PNB has successfully positioned the MSAM as a much-awaited annual event with family-friendly and educational activities for two decades. "MSD is a testament as to how PNB is constantly evolving and embracing new and interesting ways of engaging with our valued unit holders and with Malaysians at large, in our aim to strengthen financial literacy through easily navigable digital platforms,” said PNB group chairman Tan Sri Dr Zeti Aziz. Every year, for two decades, PNB has provided a face-to-face in-person platform for the Malaysian public to become acquainted with the institution and its investee companies, as well as a way for PNB’s unit holders to be able to visualise how their investments contribute towards the strength of Malaysia’s economy. Zeti said the digital event represents an important step towards PNB’s broader organisational transformation journey. "By taking our flagship event online, Malaysians of all ages and different walks of life, will be able to enjoy exciting content from the comfort of their own homes or anywhere they may be where everything now can be at their fingertips,” she said. PNB’s corporate partners for MSD consist of three tiers. In the Rakan Premier category are Maybank Bhd, Sime Darby Plantation Bhd and UMW Holdings Bhd. In the Rakan Utama category are Sime Darby Bhd, Sime Darby Property Bhd, S P Setia Bhd, MIDF Bhd and Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Bhd (Perodua). Whilst MNRB Holdings Bhd, CCM Bhd, Duopharma Biotech Bhd, Velesto Energy Bhd, Sapura Energy Bhd and Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) are all in the Rakan category. Over the course of the seven days, Malaysians would be able to experience different types of content, from educational forums and webinar series, to entertaining segments such as a virtual concert. Through this one-of-a-kind digital livestream, participants would also be able to take part in game shows, cooking shows, science experiments, a virtual treasure hunt called ‘Eh, Mana Kod?’ and the face mask design competition called #LakaranJuara. Participants would have the opportunity to win prizes worth over RM500,000 by tuning in to MSD. PNB would announce the full line-up of speakers, personalities and schedule of the programmes in the coming weeks. For more information, visit www.minggusahamdigital.com.my or @minggusahamdigital on Instagram and Facebook. PNB is the largest fund management company in Malaysia with assets under management (AUM) currently valued at RM300 billion. - Bernama
- MUHYIDDIN PENGERUSI MESYUARAT KHAS KABINET
23 OKTOBER 2020 PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang dijangka bermula 9.30 pagi. Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, dan sebelum memasuki perkarangan bangunan tersebut, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu. Antara yang kelihatan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Perdana Putra pada kira-kira 9 pagi. - Bernama
- MUHYIDDIN CHAIRS SPECIAL CABINET MEETING
23 OKTOBER 2020 PUTRAJAYA: Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today chaired a special meeting with his Cabinet at Perdana Putra here, believed to discuss current issues. Muhyiddin's vehicle was seen entering the Perdana Putra compound at about 8.57 am. The meeting was scheduled for 9.30 am. Several vehicles carrying Cabinet ministers were also seen entering Perdana Putra, and before entering the compound of the building, they were required to undergo a temperature check. Among those who were seen entering the building this morning were Communications and Multimedia Minister Datuk Saifuddin Abdullah, Foreign Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Environment and Water Minister Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man as well as Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin. The vehicle carrying Chief of Defence Force Gen Tan Sri Affendi Buang was also seen entering Perdana Putra at about 9 am. - Bernama
- 500 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA PEKERJA B40 KPI
23 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sebanyak 500 bakul makanan diagih-agihkan kepada kakitangan Kementerian Pembangunan Insfrastruktur (KPI) khususnya pekerja B40 yang terpaksa bertugas dan terkesan dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sumbangan tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi meringankan beban kakitangan B40. Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan Awam Menteri JKR Alfian Sambas yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri JKR Dr.Fadilah Fadilah Sarbi di Dewan serbaguna JKR Sembulan kemarin. Menurut Bung dengan sedikit sumbangan tersebut diharap dapat membantu meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan penularan wabak ini. "Kita menghargai komitmen mereka yang terpaksa bertugas walau dalam cabaran berhadapan dengan wabak ini dan PKPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan," katanya. Dalam pada itu Bung yang juga Wakil Rakyat Lamag mengingatkan para perkerja kementerian itu supaya sentiasa mengamalkan SOP ketika menjalankan tugas. "SOP harus diutamakan semasa bertugas, ini termasuklah sentiasa memakai pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan,” katanya.
- 72,823 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN KEPADA 17 DAERAH SELURUH SABAH
23 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sebanyak 72,823 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di 17 buah daerah seluruh Sabah, setakat kelmarin. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya berkata, pengagihan makanan sedang giat dilaksanakan dan akan diteruskan bagi membantu penduduk Sabah yang memerlukan bantuan. “Setakat 22 Oktober (kelmarin), bakul makanan telah diagihkan di 17 daerah seluruh Sabah iaitu di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu dan Kota Marudu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. Shahelmey berkata, sebanyak 4,094 bantuan bakul makanan diagihkan kelmarin melibatkan 12 daerah iaitu Lahad Datu (440), Semporna (967), Kunak (222), Tawau (842), Sandakan (365), Penampang (59), Putatan (25), Papar (83), Tuaran (738), Ranau (107), Tambunan (20), Kuala Penyu (149) dan Kota Marudu (77).
- JABATAN METEOROLOGI KELUARKAN NASIHAT TAUFAN SAUDEL
KUALA LUMPUR: Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam. Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Berdasarkan pencerapan 11 malam semalam, MetMalaysia menyatakan jarak taufan itu kira-kira 1,164 km ke barat laut Kudat, Sabah. - Bernama
- COVID-19: KES HARIAN SEBENAR SABAH DIKETAHUI SELEPAS 6,653 UJIAN TERTUNGGAK SELESAI
22 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Jumlah sebenar kes harian COVID-19 di negeri ini hanya akan diketahui selepas 6,653 ujian tertunggak diketahui keputusannya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Negeri Sabah bagi COVID-19 berkata jumlah diumumkan setakat ini tidak menggambarkan jumlah kes harian yang tepat kerana ia adalah campuran bagi kes harian sebenar dan kes daripada ujian tertunggak yang didapati positif. Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata tiada tarikh ditetapkan untuk menyelesaikan ujian tertunggak itu dan pihaknya berharap ia dapat diselesaikan dengan kadar segera. "Mudah-mudahan bila dapat selesaikan kes tertunggak ini kami dapat angka lebih realistik dan suatu cerminan tepat kes Sabah...kami harap diselesaikan segera, tiga hospital swasta dilantik untuk bantu dan ia (ujian) dihantar terus ke Kuala Lumpur untuk proses," katanya pada sidang media di sini malam ini. Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Sabah kekal mencatat kes tertinggi COVID-19 hari ini dengan 578 kes daripada keseluruhan 847 kes seluruh negara. Sementara itu, ditanya tentang kejadian seorang wanita berusia 63 tahun yang disahkan positif COVID-19 ditemukan mati setelah dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I di sini malam tadi, Masidi berkata siasatan tentang kes itu masih dijalankan. Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan merupakan penghuni sebuah rumah kebajikan di sini dan pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. "Pihak polis masih siasat punca sebenar kes ini, setakat yang kami tahu mendiang betul dimasukkan (ke hospital) akibat COVID-19 tetapi discaj hari ini (setelah disahkan bebas COVID-19) kerana itu polis masih siasat punca kejadian ini," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata semua pusat rawatan untuk COVID-19 di negeri ini masih mempunyai jumlah katil yang mencukupi bagi memenuhi keperluan rawatan penyakit itu walaupun katil di hospital kini digunakan pada kadar yang maksimum. "Selain hospital, kerajaan ada 23 pusat rawatan yang ditempatkan pesakit COVID-19 berisiko rendah tahap satu dan dua, ini sedikit sebanyak memberikan ruang buat hospital merawat pesakit yang lebih serius," katanya. Masidi berkata setakat ini seramai 13 guru, 27 pelajar dan dua petugas Jabatan Pendidikan Sabah telah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani rawatan. "Punca jangkitan guru, pelajar dan petugas ini masih disiasat, buat masa ini punca jangkitan ini kami tidak kesan daripada mana-mana kluster yang dilaporkan," katanya. - Bernama
- COVID-19: KLUSTER PENJARA KEPAYAN, SUMBANG PENINGKATAN MENDADAK DI KOTA KINABALU
22 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 233 kes disebabkan bilangan kes Kluster Penjara Kepayan sebanyak 156 kes. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya kes positif baharu Covid-19 di negeri ini pada hari ini adalah 578 kes dan bilangan kematian empat orang. “Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 9,868 kes. Sehingga hari ini, seramai 4,168 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala 5,624 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata daerah kedua yang mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 ialah Sandakan (81 kes) diikuti daerah Tawau (65 kes), Tuaran (43 kes), Semporna (35 kes), Penampang (31 kes), Papar (24 kes), Putatan (17 kes), Lahad Datu (15 kes), Kinabatangan (10 kes), Kudat (lapan), Kunak dan Kota Marudu masing-masing empat kes, Ranau (tiga kes), Keningau (dua kes), Kota Belud, Pitas dan Beaufort masing-masing mencatatkan satu kes baharu. Daerah-daerah lain seperti Sipitang, Tambunan, Kuala Penyu, Nabawan, Telupid, Tenom, Beluran dan Tongod tidak mencatatkan kes pertambahan pada hari ini, katanya. Masidi berkata, dua kluster baharu dilaporkan di Sabah pada hari ini iaitu Kluster Sauh dengan 31 kes dan Kluster Tinusa sebanyak 33 kes di Kg. Tinusa 2 Sandakan. Beliau berkata, pada hari ini dua lokaliti akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu satu di Sandakan dan satu di Lahad Datu. “Lokaliti berkenaan ialah, PPR Taman Harmoni, Sandakan mulai 23 Oktober hingga 05 November, Anjung Teduh, Felda Sahabat, Lahad Datu mulai 24 Oktober hingga 06 November. “Tempoh PKPD di enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di daerah Kunak dilanjutkan mulai 24 Oktober hingga 06 November. Pengoperasian kedai runcit di tujuh lokaliti tersebut adalah dibenarkan mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang,” katanya. Masidi berkata, PKPD bagi Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau pula tidak dilanjutkan kerana kes jangkitan Covid-19 di dua lokaliti tersebut adalah terkawal.
- COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH, ENAM KLUSTER SELURUH NEGARA
22 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Enam kluster baharu dilaporkan pada hari ini iaitu dua di Sabah melibatkan Sandakan dan Papar serta Miri Sarawak, dan empat di Semenanjung Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Tinusa melibatkan Sandakan dan Kluster Sauh pula melibatkan Kota Kinabalu dan Papar serta Miri Sarawak. “Kes indeks bagi kluster Tinusa (iaitu kes ke-12844) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. “Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 22 Oktober jam 12 tengah hari, sejumlah 586 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif, 486 individu negative dan 67 individu masih menunggu keputusan,” katanya. Beliau berkata, Kluster Sauh pula melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Papar serta daerah Miri Sarawak. “Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16540 dan kes ke-17508) dikenal pasti positif hasil saringan bergejala pada 13 Oktober dan kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Miri, Sarawak. “Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lagi 15 kes positif. Sehingga 22 Oktober jam 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif dan 132 individu negatif,” katanya.
- COVID-19: LIMA KES KEMATIAN DI SELURUH NEGARA, EMPAT DI SABAH
22 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, empat kes berlaku di Sabah iaitu masing-masing satu kes di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Tuaran dan dua kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan serta satu kes di Hospital Sultanah Bahyah Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 204 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. “Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. Noor Hisham berkata, kes kematian ke-200 melibatkan seorang wanita warganegara berumur 67 tahun mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Kedah. “Kes ke-201 juga melibatkan seorang wanita tempatan berumur 65 tahun dan menainggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. “Dua kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 88 dan wanita bukan warganegara berumur 60 tahun. “Satu lagi kes kematian di Hospital Tuaran melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 78 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit strok,” katanya.
- COVID-19: SABAH CATAT 578 KES BAHARU DARIPADA 847 KES SELURUH NEGARA
22 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 578 kes atau 68.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes 847 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 23,804 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 8,183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Beliau berkata, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi hasil usaha gigih yang dijalankan di Sabah, di mana lebih banyak petugas kesihatan telah dimobilisasikan daripada semenanjung Malaysia dan juga dari dalaman negeri Sabah untuk terus menjalankan saringan di lapangan, “Pada masa yang sama, lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah dan dihantar ke Semenanjung Malaysia, di samping pertambahan ujian saringan RTK Antigen untuk ujian segera dijalankan di lapangan,” katanya, pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. Noor Hisham berkata, negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan pertambahan sebanyak 164 kes (19.4 peratus dari jumlah keseluruhan kes). “Daripada 164 kes baharu, 71 kes (43.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Negeri-negeri ini telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 yang dilihat semakin serius. Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak 13 kes (1.6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Reman, Kluster Tembok dan saringan di Penjara Taiping dan Penjara Tapah. “Kes-kes ini sememangnya terasing dan tidak menjangkiti masyarakat. Sebanyak 11 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September adalah sebanyak 465 kes. Noor Hisham berkata, daripada 578 kes baharu di Sabah pada hari ini, 223 kes adalah daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tinusa dan Kluster Sauh, 210 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 145 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.












