top of page
Search


Lebuh Raya Pan Borneo Bandar Serra – Bulatan Berungis Siap Suku ketiga Tahun 2026: KKR
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah bagi jajaran dari Bandar Serra ke Bulatan Berungis, Tuaran dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2026. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), jajaran sepanjang 11.7 kilometer itu merupakan sebahagian daripada Pakej Kerja (WP)08 melibatkan laluan Sepanggar ke Bulatan Berungis, dengan status kemajuan fizikal semasa direkodkan pada 87.78 peratus dan berjalan mengikut jadual yang dirancang. Perkara itu dim
nabalunews


SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Februari
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 bermula 13 hingga 21 Februari ini. Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan tempoh empat hari sebelum perayaan sehingga empat hari selepas Tahun Baharu Cina yang disambut pada 17 Februari. Menurut beliau, kementeriannya telah mengenal pasti 16 je
nabalunews


Kurikulum baharu subjek Sejarah untuk Tahun 1, Tingkatan 1 diperkenal tahun depan
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah bermula tahun depan, membabitkan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelaksanaan akan dijalankan secara berperingkat dengan diperluas kepada Tahun Dua dan Tingkatan Dua pada 2028. "Berkenaan kurikulum (mata pelajaran Sejarah) yang sedang diguna pakai KPM, ia sememangnya akan digunakan untuk satu tempoh dan
nabalunews


Hajiji iringi Tun Musa sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 yang berlangsung di Istana Negara pada Rabu. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlim
nabalunews


Pembinaan rumah ibadat perlu ikut undang-undang, jangan politikkan isu agama – Agong
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Semua pihak diingatkan supaya tidak mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Malaysia dibina atas asas keharmonian dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan terhadap undang-undang. Justeru, baginda mengingatkan bahawa setiap rakyat bertang
nabalunews


BUDI95: Kerajaan sasar jimat RM2.5 bilion tahun ini
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Langkah penyasaran subsidi petrol RON95 di bawah Program Budi Madani (BUDI95) diunjur mampu menjana penjimatan sehingga RM2.5 bilion pada 2026. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu juga hasil daripada ketirisan subsidi yang berjaya dikekang termasuk membendung aktiviti sindiket penyeludupan ke negara jiran. Jelasnya, penjimatan itu sekali gus membolehkan kerajaan menyalurkan semula dana kepada program bantuan bersasa
nabalunews


Kejayaan Norcy Beauty Lab Jadi Inspirasi Kepada Usahawan Sabah
11 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata kejayaan Norcy Beauty Lab wajar dijadikan inspirasi kepada usahawan Sabah untuk berani berkembang dan bersaing di peringkat nasional. Beliau berkata, produk keluaran Norcy Beauty Lab bukan sahaja berada di pasaran Sabah tetapi kini menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan Brunei, menggaji sehingga 15 pekerja
nabalunews


Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai kemajuan 86.98 peratus, Fasa 1B 13.68 peratus
10 Februari 2026 KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 86.98 peratus, manakala Fasa 1B berada pada tahap 13.68 peratus, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, Fasa 1A melibatkan 16 pakej kerja dengan kos keseluruhan RM10.9 bilion termasuk Pakej Kerja WP09 bernilai RM569 juta, manakala Fasa 1B merangkumi 19 pakej kerja dengan jumlah peruntukan RM13.989 bilion. Setakat ini, jelas
nabalunews
bottom of page
