top of page
Search


BUDI95: Kuota 300 liter mencukupi, purata rakyat guna 98 liter sebulan
11 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Had kelayakan subsidi sebanyak 300 liter sebulan di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) adalah mencukupi dan wajar bagi menampung keperluan penggunaan peribadi majoriti rakyat Malaysia. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, berdasarkan data kerajaan sebelum pelaksanaan penyasaran subsidi berkenaan, 99 peratus rakyat menggunakan kurang daripada 300 liter petrol sebulan. “Sejak pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, penerima BUDI
nabalunews


Malaysia salur sumbangan RM500 kepada pelajar Indonesia terkesan bencana
11 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menyalurkan sumbangan RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia serta terkesan akibat bencana banjir di Aceh dan Sumatera Utara. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, pemberian itu sebagai tanda ihsan dan persahanatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan. “Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan
nabalunews


1,065 miskin tegar, miskin dan B40 Sabah sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
11 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Seramai 1,065 golongan sasar membabitkan miskin tegar, miskin dan B40 di Sabah menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), setakat 20 November 2025. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, terdapat tiga inisiatif utama IPR iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Program Basmi Miskin Tegar (BMT). Menurut beliau, melalui IPR-INTAN, seramai 770 peserta sudah diluluskan untuk melaksa
nabalunews


Kelonggaran etika pemakaian di kaunter kerajaan dibenar untuk kes kecemasan
11 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Kelonggaran etika pemakaian dibenarkan bagi urusan kaunter dan pejabat kerajaan dalam situasi kecemasan dan luar norma biasa untuk memastikan hak pelanggan mendapat perkhidmatan segera tidak dinafikan. Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata urusan kecemasan dan di luar norma biasa merangkumi laporan kemalangan, kebakaran serta urusan berkaitan bencana yang boleh mengancam nyawa dan harta benda. “Langkah ini dibuat mengambil kir
nabalunews


Putrajaya perlu nilai semula pendekatan terhadap Sabah
11 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menilai semula pendekatannya terhadap Sabah dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan memastikan rakyat negeri itu menikmati hasil nyata yang benar-benar memberi impak. Menegaskan perkara itu, Senator Datuk Nelson Wences Angang berkata, tanpa perubahan menyeluruh dalam perancangan dan pelaksanaan belanjawan, jurang pembangunan bukan sahaja akan terus melebar, malah keyakinan rakyat terhadap keupayaan
nabalunews


Anwar hubungi PM Kemboja dan Thailand, hargai keterbukaan untuk terus berunding
10 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul bagi membincangkan pergolakan yang tercetus di kawasan sempadan kedua-dua negara itu. Anwar berkata, beliau menghargai keterbukaan dan kesediaan pemimpin Thailand serta Kemboja untuk terus berunding bagi meredakan ketegangan serta mengelakkan sebarang salah anggap yang boleh memburukkan
nabalunews


Tiket penerbangan AirBorneo mula dijual hari ini
10 Disember 2025 KUCHING: AirBorneo, syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak hari ini melancarkan laman web serta pusat panggilannya, sekali gus memulakan jualan tiket susulan proses pengambilalihan MASwings yang dijadual dimuktamadkan pada akhir bulan ini. Dalam kenyataannya, syarikat itu memaklumkan bahawa pelancaran tersebut merupakan langkah penting dalam peralihan operasi, khususnya melibatkan urusan pembelian tiket serta penyelarasan perjalanan penumpang. “Be
nabalunews


Tuntutan 35 peratus kerusi parlimen Sabah, Sarawak tidak wajar dipertikai
9 Disember 2025 KUALA LUMPUR: Tuntutan pengembalian 35 peratus kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak tidak sewajarnya dipertikaikan, sebaliknya perlu dilaksanakan selaras dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Senator Datuk Edward Linggu Bukut. Beliau berkata, adalah amat mengecewakan apabila asas dan keabsahan isu pengagihan kerusi berkenaan terus dipertikaikan, meskipun setelah lebih enam dekad kedua-dua wilayah Borneo itu menyertai Malaysia. Menurutn
nabalunews
bottom of page
