top of page
Search


RS Athletic Championship 2026 Mula Hari Ini, 24 Acara Dipertandingkan di Stadium Likas
Oleh : Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 29 Ogos – Sebanyak 24 acara olahraga dipertandingkan dalam RS Athletic Championship 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 31 Ogos di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Kejohanan anjuran RS Athletics Club (RSAC) itu terbuka kepada penyertaan individu, kelab, pasukan baharu, dan sekolah dari seluruh kawasan, dengan objektif utama mencungkil bakat muda di peringkat akar umbi serta menyediakan platform persaingan kompe
nabalunews


Lebih 1,600 Peserta Dari 30 Negara Sertai TMBT Ultra Trail Marathon Ke-14
Oleh : Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 29 Ogos – Seramai lebih daripada 1,650 peserta dari lebih 30 buah negara menyertai edisi ke-14 Borneo The Most Beautiful Thing (TMBT) Ultra Trail Marathon yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini hingga 30 Ogos 2026. Acara tahunan yang diiktiraf sebagai ultra-trail marathon pertama dan terulung di Malaysia itu menawarkan enam kategori larian dengan jarak antara 7.5 kilometer hingga 109 kilometer. Upacara pelepasan rasmi disempur
nabalunews


Pesawah Piasau Harap Sistem Pengairan Dipulihkan Segera
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 28 Ogos: Lebih 300 pesawah di Kampung Piasau berharap kerja pemulihan sistem pengairan di kawasan berkenaan dapat diselesaikan bagi membolehkan aktiviti penanaman padi diteruskan. Pengerusi Persatuan Kebajikan Pesawah Kampung Piasau, Fidelis Boyogo berkata, sistem pengairan merupakan kemudahan penting bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan secara berkesan ke petak-petak sawah. Menurutnya, beberapa komponen sistem pengairan termasuk
nabalunews


112 Pegawai, Anggota PDRM Sabah Ikuti Latihan Pemantapan Bahasa Kebangsaan
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU, 28 Ogos: Seramai 112 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pemantapan Bahasa Kebangsaan bagi meningkatkan penguasaan bahasa dalam urusan rasmi dan komunikasi perkhidmatan. Program selama dua hari pada 26 dan 27 Ogos itu berlangsung di Auditorium Sayat-Sayat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan merupakan kerjasama strategik antara PDRM Sabah dengan Dewan Bahasa dan Pust
nabalunews


Wanita Terselamat, Ativa Rempuh Struktur Besi Pusat Cuci Kereta
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 28 Ogos: Seorang wanita berusia 61 tahun terselamat tanpa mengalami kecederaan selepas kenderaan dipandunya merempuh struktur besi sebuah pusat cuci kereta automatik di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Khairul Shah Peri berkata, kemalangan kendiri kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sebuah Perodua Ativa yang dipandu wanita berkenaan. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kenderaan terbabit dipercayai hilan
nabalunews


Lelaki Ditahan, Polis Rampas 53.37 Gram Syabu di Kota Belud
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 28 Ogos: Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan selepas polis menemukan dadah disyaki syabu seberat 53.37 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Wokok Kinuta, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Khairul Shah Peri berkata, suspek ditahan kira-kira jam 12.15 tengah hari dalam operasi yang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Belud. Menurutnya, hasil pemeriksaan
nabalunews


Karnival Bakat Platform Cungkil Potensi Diri Kanak-Kanak – Ewon
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 28 Ogos: Karnival Bakat dan Kreativiti Kebangsaan 2026 bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya menjadi platform penting dalam mencungkil bakat serta mengembangkan potensi diri kanak-kanak. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, program seumpama itu turut membantu membina keyakinan diri, mengembangkan kreativiti serta memupuk interaksi p
nabalunews


Pesawah Tomboilik Bergotong-Royong Lancarkan Sistem Pengairan Sawah
Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA BELUD, 28 Ogos: Komuniti pesawah Kampung Tambulion Ulu mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong bagi melancarkan aliran air ke kawasan sawah padi Tomboilik, baru-baru ini. Gotong-royong pada 22 Ogos lalu melibatkan kerja mengorek serta mengalihkan batu di sungai bagi memastikan aliran air dapat disalurkan dengan lebih baik ke kawasan sawah. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambulion Ulu, Boniface @ Boni
nabalunews
bottom of page
