top of page
Search


1,000 Graduan Kolej Vokasional Bakal Diraikan
14 April 2026 KOTA KINABALU: Seramai 1,000 graduan diploma daripada sembilan Kolej Vokasional (KV) di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bakal diraikan dengan penuh gilang-gemilang pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Kali Ke-10. Acara yang dijadualkan berlangsung pada 16 April depan itu akan diadakan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Pengerusi Majlis Pe
nabalunews


Lelaki Bawa Senjata Berbahaya Ditahan di Tawau
Oleh : Romie Stanley DGuns 14 April 2026 TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 59 tahun ditahan oleh polis bersama empat bilah taji ayam yang diklasifikasikan sebagai senjata berbahaya dalam satu operasi di Kampung Bukit Kukusan, Jalan Tanjung Batu, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin memaklumkan bahawa suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau. Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak memil
nabalunews


Mesyuarat Pelaksanaan Sawah Satelit Benih Padi Sah di Tambulion Ulu Lancar, Perkukuh Ekonomi Pesawah
Oleh : Romie Stanley DGuns 14 April 2026 KOTA BELUD: Mesyuarat pelaksanaan penanaman Sawah Satelit Benih Padi Sah di Blok Melontop, Kampung Tambulion Ulu, telah diadakan hari ini bagi menyelaras perancangan program penanaman padi secara sistematik dan berkesan. Program ini dijangka dapat meningkatkan pengeluaran benih padi sah serta memperkukuh ekonomi pesawah setempat. Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Tambulion Ulu itu melibatkan pelbagai pihak, termasuk P
nabalunews


DBKK rangka pelan tindakan hadapi lonjakan warga emas
14 April 2026 KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan merangka Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia sebagai langkah proaktif menghadapi peningkatan populasi warga emas di bandar raya ini. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, inisiatif itu selari dengan jangkaan Malaysia menjadi negara menua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus penduduk berusia 60 tahun ke atas, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia. Katanya, pelan berk
nabalunews


Gagal Letak Tanda Harga, Beberapa Premis Bandar Tawau Kena Kompaun Serta-Merta
Oleh : Romie Stanley DGuns 14 April 2026 TAWAU: Beberapa premis di kawasan bandar Tawau dikenakan tindakan kompaun serta-merta kerana gagal meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual, dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan semalam. Operasi yang melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (
nabalunews


Dua Maut Motosikal Langgar Kereta di Jalan UMS
Oleh : Romie Stanley DGuns 13 April 2026 KOTA KINABALU: Dua individu lelaki maut di tempat kejadian selepas motosikal yang mereka naiki melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan UMS, berhadapan Mini Putrajaya, awal pagi ini. Dalam kejadian sekitar jam 4.40 pagi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang sebuah Proton Saga yang sedang membuat pusingan U di lampu isyarat. Akibat pelanggaran itu, p
nabalunews


Jalan Kodupi Kampung Gaur Kini Selesa dan selamat dilalui
Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd 13 April 2026 KOTA BELUD: Semangat gotong-royong penduduk Kampung Gaur meletup apabila mereka bergotong-royong menyimen Jalan Kodupi yang sebelum ini berlubang dan menyusahkan pergerakan harian. Program komuniti ini menyaksikan penyertaan meriah pelbagai lapisan usia, dari anak muda hingga warga emas, yang berpasukan melapis simen untuk keselesaan bersama. Bukan sahaja infrastruktur kampung bertambah baik, tapi silaturahim rakyat pun kian erat.
nabalunews


DBKK lancar Roadmap Pembangunan EA dan Super App, pacu transformasi digital
13 April 2026 KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melancarkan secara rasmi Roadmap Pembangunan Enterprise Architecture (EA) dan Super App DBKK sebagai langkah proaktif memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan awam di bandar raya ini. Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pelan hala tuju berkenaan menjadi rangka kerja induk yang menyelaraskan komponen teras organisasi meliputi sumber manusia, proses, data, sistem dan tekn
nabalunews
bottom of page
