Dos penggalak mula diberi kepada warga emas, pekerja barisan hadapanDos penggalak mula diberi kepada warga emas, pekerja barisan hadapan
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Dos penggalak mula diberi kepada warga emas, pekerja barisan hadapan


13 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Dos penggalak Covid-19 akan mula diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, individu yang layak akan dimaklum melalui aplikasi MySejahtera manakala mereka yang tidak memilik aplikasi MySejahyera akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksinasi (PPV).


"Dos penggalakan ini akan diberikan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK) bagi memastikan penerima vaksin memperolehi tempoh yang perlindungan optimum.


"Dos tambahan ini harus diberikan kepada individu yang perlindungan vaksinasinya menurun (penurunan imuniti)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Khairy, pemberian dos penggalak ini akan diketuai oleh klinik swasta di bawah koordinasi ProtectHealth Corp Sdn Bhd.


Tambahnya, mereka yang menerima vaksin Cormirnaty yang keluaran Pfizer-BioNTech akan menerima dos penggalak vaksin yang sama.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga merancang untuk memulakan kajian mengenai pemberian dos penggalak untuk pelbagai jenis vaksin (vaksinasi heterologi).


“Kajian itu akan dilaksanakan di Sarawak pada November tahun ini dan akan diperluas ke negeri-negeri lain setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Penyelidikan dan Etika Perubatan.


"Dos tambahan akan diberikan kepada individu dengan imuniti rendah seperti pesakit barah, penerima organ, pesakit ginjal yang menjalani rawatan dialisis dan sebagainya, di mana dos lengkap tidak cukup untuk memberikan perlindungan optimum kepada mereka.


"Dos tambahan ini diberikan sekurang-kurangnya 28 hari setelah menerima dos lengkap vaksin Covid-19," jelasnya.


Menteri itu turut menyatakan bahawa pemilihan vaksin bergantung pada indikasi kelulusan untuk digunakan oleh doktor yang merawat serta bekalan vaksin yang ada, samada yang sama jenis (homolog) atau berbeza (heterologi) dengan dos terakhir.


"Dos tambahan ini akan diberikan di kemudahan kesihatan terpilih di bawah pengawasan doktor.”

bottom of page