Search Results
23994 results found with an empty search
- Kaamatan Festival highlighted as Sabah’s key tourism draw at MATTA Fair
4 April 2026 KUALA LUMPUR: The Kaamatan Festival is being positioned as Sabah’s next major tourism draw as the state strengthens its presence at the MATTA Fair, held at the Malaysian International Trade and Exhibition Centre (MITEC) here. The Sabah Tourism Board (STB) is participating in the fair alongside 37 Sabah-based travel agents, operating more than 100 booths and offering a wide range of travel packages aimed at boosting forward bookings, particularly for the upcoming Kaamatan season in May. The focus on Kaamatan took centre stage today (April 4) with the presence of Huguan Siou, the paramount leader of the Kadazan-Dusun, Murut and Rungus communities, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, who appeared in traditional Kadazan-Dusun attire to launch the Kaamatan invitation video at the Sabah Pavilion. Earlier, Sabah Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Jafry Ariffin launched the refreshed Explore Sabah destination brand as part of efforts to strengthen the state’s tourism positioning. The Explore Sabah campaign highlights the state’s unique offerings, promoting its world-renowned natural attractions and community-based tourism experiences, including packages designed to complement the Kaamatan festival, Sabah’s premier cultural event. “Kaamatan is one of Sabah’s strongest cultural assets and a key reason for visitors to plan their trips to the state. “The presence of the Huguan Siou today underscores the cultural significance of this harvest festival as a cornerstone celebration for our indigenous communities, while also reinforcing its growing appeal among visitors seeking authentic cultural experiences,” said Jafry. He added that Kaamatan offers travellers a valuable opportunity to engage more deeply with Sabah’s people, traditions and way of life. Celebrated annually across the state, Kaamatan features a month-long programme of cultural performances, traditional rituals, local cuisine and the Unduk Ngadau pageant, with its main highlights taking place on May 30 and 31. With strong participation at the three-day MATTA Fair, which concludes on April 5, Sabah aims to convert on-ground interest into confirmed travel bookings, particularly for the mid-year period anchored by Kaamatan. Other packages on offer include visits to iconic destinations such as Kundasang for views of Mount Kinabalu, Semporna for island and diving getaways, as well as a variety of nature and wildlife experiences. A teaser for the upcoming Visit Sabah 2027 campaign was also unveiled at the Sabah Pavilion, offering a preview of the state’s longer-term tourism direction. Also present at the launch were Assistant Minister to the Chief Minister and STB Chairman Datuk Joniston Bangkuai; Assistant Minister of Tourism, Culture and Environment Dr Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal; Permanent Secretary to the Ministry of Tourism, Culture and Environment Datuk Josie Lai; and STB Chief Executive Officer Julinus Jeffery Jimit.
- 5 Pemain B-20 Tawau Sertai Latihan Pusat Sabah FC II Menjelang Piala Presiden 2026
Oleh: Romie Stanley DGuns 4 April 2026 TAWAU: Seramai 5 pemain bawah 20 tahun dari Daerah Tawau bakal mewakili Sabah FC II (B-20) dalam saingan Piala Presiden 2026, selepas sedang menjalani latihan persiapan pusat ketika ini. Kesemua mereka ialah Mohammed Samuddin Erwan, Muhammad Arash Iskandar Mustafah, Muhammad Zailen Bekri, Mohamad Fikri Firdaus Sabtari, dan Muhammad Yusmawi Pang Kin En (dari Semporna, mewakili Tawau). Sementara itu, bagi skuad Sabah FC III (Bawah 18 Tahun), tiga pemain berasal dari Tawau turut menjalani sesi latihan persiapan pasukan: Muhammad Hafiz Hazriq Arie, Muhammad Farid Syazwan Bambang, dan Aliff Ramadan Farid. Untuk rekod, saingan Piala Presiden 2026 (B-20) akan membuka tirai pada 18 April 2026, manakala Piala Belia 2026 (B-18) pada 2 Mei 2026. Pihak pengurusan memohon agar pemain-pemain daerah ini terus didoakan agar berjaya diserap ke dalam pasukan masing-masing dan seterusnya beraksi dengan cemerlang.
- Operasi Bersepadu KPDN Tawau: Premis Gunakan Alat Sukat Luput Tempoh Dikenakan Tindakan
Oleh: Romie Stanley DGuns 4 April 2026 TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau melalui operasi bersepadu selama tiga hari bermula 1 hingga 3 April 2026 telah mengesan beberapa premis di bandar Tawau menggunakan alat sukatan yang telah tamat tempoh untuk tujuan perdagangan. Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap premis berkenaan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Operasi bersepadu ini dilaksanakan bersama Bahagian Penguatkuasaan Kawal Selia Padi (KPB) Tawau, Pasukan Gerakan Am (PGA), serta Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Ia merupakan inisiatif berterusan KPDN untuk memperkukuh pematuhan peraturan perniagaan, termasuk pemantauan bekalan barang kawalan, pencegahan penyelewengan, penandaan harga, serta ketepatan alat timbang. Selain memastikan kepatuhan peniaga, pemeriksaan turut bertujuan menjamin bekalan barang kawalan berjadual di pasaran Tawau kekal mencukupi, terutamanya menjelang musim perayaan. Bagi kesalahan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972, individu yang sabit kesalahan pertama boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda boleh meningkat sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat, denda sehingga RM100,000 dikenakan untuk kesalahan pertama dan sehingga RM250,000 untuk kesalahan berikutnya. Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta untuk kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta untuk kesalahan berikutnya. KPDN Tawau dan agensi yang terlibat akan terus mempertingkatkan pemantauan dari semasa ke semasa, khususnya menjelang musim perayaan, bagi memastikan aktiviti perniagaan berjalan secara beretika dan mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan pengguna. Sebarang aduan boleh disalurkan melalui portal e-aduan.kpdn.gov.my, menghubungi talian 089-776690 (KPDN Tawau) atau melalui WhatsApp di 019-279 4317 dan 019-848 8000 (Aduan Pengguna).
- Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN
3 April 2026 KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hassan, yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkaitan isu Asia Barat. “PPPK ini pula mempunyai sekretariat yang dipengerusikan oleh Penasihat Kanan bagi Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hassan. "Dua struktur ini akan membantu MTEN yang sekarang bersidang setiap minggu untuk menyelaraskan maklumat secara harian,” katanya. Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama mengekang aktiviti penipuan (scam), antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), di sini hari ini. Fahmi menjelaskan bahawa tugas pasukan dipimpin Hassan tidak bertindih dengan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berperanan meneliti perkembangan ekonomi semasa susulan konflik tersebut. “Apa yang penting usaha kita ialah pertama secara keseluruhannya mengenai bekalan, bukan sahaja bahan api, bahan bakar, tenaga bagi negara kita kekal terjamin untuk bulan-bulan yang akan datang, tapi juga bekalan makanan. "Pada masa yang sama (juga) untuk memastikan harga barang terkawal dan aktiviti menyeludup atau menyeleweng bahan api, bahan makanan, dapat dikekang,” katanya. Sejak 28 Feb lepas, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan operasi ketenteraan terhadap Iran yang mengakibatkan ribuan nyawa telah terkorban. Tehran bertindak balas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan AS di beberapa negara Arab. -Bernama
- Ketua Menteri zahir ucapan Good Friday, Easter kepada umat Kristian Sabah
3 April 2026 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menzahirkan ucapan sempena Good Friday dan Easter kepada seluruh umat Kristian di Sabah, sambil menekankan kepentingan keharmonian dan perpaduan rakyat. Beliau berkata, perayaan berkenaan wajar disambut dalam suasana penuh damai dan kasih sayang bersama keluarga serta komuniti gereja. “Kepada umat Kristian di seluruh Sabah dan di mana jua anda berada, semoga perayaan ini disambut dalam suasana penuh kedamaian, kasih sayang dan keberkatan bersama ahli keluarga serta komuniti gereja,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Hajiji turut berharap agar cuti umum yang diraikan di negeri ini dapat dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama insan tersayang di samping memperkukuhkan hubungan sesama masyarakat. Katanya lagi, sambutan Good Friday dan Easter juga diharap terus menyemarakkan semangat perpaduan serta saling hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Sabah.
- KPDN Beaufort Perkukuh Ops Tiris 4.0 OPS TIRIS 4.0
3 April 2026 BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Beaufort dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Operasi Bersepadu (Ops Tiris 4.0) terhadap beberapa stesen minyak di sekitar daerah ini, hari ini. Operasi melibatkan Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort itu bertujuan memastikan pematuhan undang-undang serta membanteras sebarang aktiviti penyelewengan bahan api. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, pemeriksaan tertumpu kepada semakan rekod penyelenggaraan stok bagi menjamin ketelusan urus niaga pembelian dan penjualan bahan api. Selain itu, katanya, penguat kuasa turut memberi perhatian terhadap pematuhan larangan penjualan petrol RON95 hanya kepada warganegara Malaysia melalui sistem BUDI MADANI. “Ia termasuk pematuhan had kuantiti penjualan mengikut kategori kenderaan, serta pengesanan kenderaan mencurigakan yang berpotensi terlibat dalam penyelewengan khususnya melibatkan diesel. “Hasil pemeriksaan mendapati semua premis yang diperiksa mematuhi peraturan yang ditetapkan, dan tiada sebarang tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, pihak KPDN Beaufort akan terus mempergiatkan operasi pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang kekal tinggi. Katanya, ia selaras dengan komitmen KPDN dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan jelas kepada pengguna, di samping membendung aktiviti penyelewengan bahan api yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat serta negara. “KPDN Beaufort turut mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga untuk tindakan penguatkuasaan,” katanya. Sementara itu, pihak PDRM turut memberi amaran sebarang bentuk ancaman terhadap pegawai yang menjalankan tugas rasmi tidak akan dikompromi. Menurutnya, operasi bersepadu itu akan terus diperkukuh dengan penglibatan pelbagai agensi penguat kuasa. “Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kehadiran pihak berkuasa di lapangan, malah memperkukuh keyakinan orang awam terhadap usaha kerajaan dalam memastikan pematuhan undang-undang serta kestabilan bekalan bahan api,” katanya.
- Ewon sertai ribuan penganut Kristian dalam Jalan Salib
3 April 2026 KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, meluangkan masa menyertai ribuan penganut Kristian dalam upacara Jalan Salib sempena Jumaat Agung dan Minggu Suci yang berlangsung dalam suasana penuh penghayatan. Program keagamaan itu diadakan di pelbagai lokasi, menghimpunkan penganut dari kawasan sekitar untuk bersama-sama memperingati penderitaan dan pengorbanan Yesus Kristus melalui perarakan serta doa di 14 hentian yang telah ditetapkan. Ewon, yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, bersama-sama umat Katolik dalam perarakan Jalan Salib di Kampung Kiau, hari ini. Beliau berkata, penyertaan dalam acara tersebut mencerminkan penghayatan terhadap kisah hidup dan kesengsaraan Juruselamat, di samping menghargai nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat. “Jalan Salib bukan sahaja satu tradisi keagamaan, tetapi juga membawa mesej mendalam tentang pengorbanan, kasih sayang dan keinsafan yang wajar dihayati,” katanya.
- TERAJU Aspirasi Outreach Sabah 2026 Tawar Peluang Kolaborasi dan Pertumbuhan Perniagaan
3 April 2026 KOTA KINABALU: Program TERAJU Aspirasi Outreach Sabah 2026 dijadual berlangsung pada 9 April depan di Sabah International Convention Centre (SICC), menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa agenda pembangunan ekonomi Bumiputera. Inisiatif anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ini bakal menjadi platform penting bagi membuka ruang kolaborasi strategik, perkongsian inisiatif serta jaringan perniagaan dalam kalangan usahawan, syarikat dan agensi berkaitan. Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meneroka potensi kerjasama baharu serta memperluas dan menskalakan penciptaan nilai syarikat masing-masing selaras dengan aspirasi pembangunan ekonomi negara. Menurut penganjur, penyertaan adalah terhad dan orang ramai khususnya komuniti usahawan Bumiputera digalakkan untuk mendaftar segera m. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran melalui laman sesawang rasmi TERAJU di teraju.gov.my atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada bahan promosi. Penganjuran program ini dijangka memberi impak positif dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera di Sabah, selaras dengan agenda memperkasa ekonomi negara.
- Creative talents from Keningau shines
3 April 2026 KENINGAU: A work titled “Keningau – The Hinterland Gem of North Borneo”, directed by Elvin Liging, emerged as the champion at the Keningau District Tourism Creative Industry Awards 2026, held at Ficus Hall, Bandukan Resort, on 2 April. The victory underscores the capability of local creative practitioners in showcasing the beauty and uniqueness of Keningau through impactful visual storytelling. Second place was awarded to “Keningau Menunggu” (Keningau Awaits) , directed by Ira Ivanna Lunjin, while third place went to “The Scent of Kayu Manis”, directed by Kennedy Ang Chee Ming. The awards ceremony was organised by the Keningau Tourism and Culture Association (KeTCA) in collaboration with the Sabah Ministry of Education, Science, Technology and Innovation (KPSTI), Tourism Malaysia Sabah, and the Sabah Film and Visual Association (SAFVA), serving as a platform to empower the local creative industry. KeTCA Chairman and Organising Chairman, Rafie Datuk Robert, said the tourism-themed short film competition serves as a strategic medium to promote Keningau to a wider audience. According to him, creative approaches through filmmaking not only attract tourists but also help strengthen the district’s image as a destination rich in heritage and natural beauty. “This also creates opportunities for new talents to be highlighted, while driving the overall growth of the local creative industry,” he said. He added that more than 20 entries were received, with 10 of the best works shortlisted as finalists based on storytelling quality, creativity, and their ability to highlight Keningau’s tourism elements. The prize-giving ceremony was officiated by a representative of the Director of Tourism Malaysia Sabah, Nasrul Hadi Menan, accompanied by Rafie and SAFVA President Chester Pang. In addition to the main categories, special awards were presented to Ceritera Alam dan Jiwa, directed by Rosli Pitri, which won Best Actor/Host and Most Popular Film. Meanwhile, the Creative Film Award was also won by Keningau – The Hinterland Gem of North Borneo, further reinforcing its recognition. Seven consolation awards were also presented to several other works, including Langkah Pulang, Chasing Dawn, Keningau, Kampung Rantai – A Hidden Gem, Keningau Wonderland, Surat Untuk Keningau, and Ceritera Alam dan Jiwa. Rafie expressed hope that the programme would serve as a catalyst for the development of both the creative and tourism industries in Keningau through more effective digital and innovative approaches. At the same time, he also on extended appreciation to all ministries, departments, and agencies involved, particularly KPSTI, Tourism Malaysia Sabah, and SAFVA, for their support in making the programme a success. “KeTCA remains committed to expanding strategic collaborations to advance the tourism and creative industries sustainably in this district,” he stressed.
- Tugu Sempadan Bukan Pemisah – Penduduk Tambulion Ulu dan Laut Rukun Selesai Pertikaian Tagal
Oleh: Romie Stanley DGuns 3 April 2026 KOTA BELUD: Penduduk Kampung Tambulion Ulu dan Kampung Tambulion Laut telah bergotong-royong membina tugu sempadan sebagai simbol perpaduan dan penyelesaian diplomatik terhadap isu persempadanan yang telah lama wujud antara kedua-dua buah kampung. Aktiviti berlangsung secara harmoni semalam turut menamatkan pertikaian berkaitan kawasan Tagal yang sebelum ini memerlukan persefahaman bersama. Perasmian aktiviti itu disempurnakan oleh wakil Ketua Daerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, merangkap Ketua Anak Negeri (KAN), Darren Malun. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tugu sempadan tersebut harus dilihat sebagai simbol perdamaian, bukannya pemisah, serta memuji pendekatan rundingan damai yang diambil oleh kedua-dua komuniti tanpa menjejaskan hubungan silaturahim. Menurut penganjur, Daiman, tugu ini akan menjadi rujukan rasmi dan lambang sejarah kepada generasi akan datang bahawa sebarang perbezaan boleh diselesaikan melalui dialog, toleransi dan semangat kekitaan. Kesepakatan yang dicapai membolehkan kawasan Tagal diurus secara lebih teratur dan dipersetujui bersama, sekaligus mengelakkan pertindihan atau salah faham pada masa hadapan. Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Kampung Tambulion Ulu, Daiman Basinau, Ketua Kampung Tambulion Laut, Robertson @ Neklos Jiran, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merangkap Pengerusi Tagal Tambulion Ulu, Boniface @ Doni Jiran, Pengerusi Tagal Tambulion Laut, Rebin Basinau, serta Ketua Kampung Tambulion Sorob, Sulidan Satang sebagai tanda sokongan. Aktiviti gotong-royong yang disertai komuniti kedua-dua kampung itu bukan sahaja memperkukuh hubungan sosial, malah mengangkat nilai warisan budaya tempatan yang menitikberatkan musyawarah dan kebersamaan. Program diakhiri dengan harapan agar semangat perpaduan ini menjadi contoh kepada komuniti lain dalam mengurus isu secara berhemah, berintegriti dan berlandaskan semangat kekitaan.
- DBKK roboh 23 struktur haram setinggan di Bukit Sepanggar
Oleh : Romie Stanley DGuns 3 April 2026 KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merobohkan 23 struktur sementara haram di kawasan hutan berbukit berhampiran Taman Bukit Sepanggar dan Kampung Bandulan, dalam satu operasi bersepadu pada 1 Februari 2026. Struktur yang diperbuat daripada kanvas dan batang kayu itu dipercayai dijadikan tempat persembunyian oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengelak daripada tindakan penguatkuasaan. Sepanjang operasi, seorang lelaki dewasa telah ditahan PDRM untuk siasatan lanjut. Operasi bermula jam 1.45 petang itu melibatkan 11 anggota DBKK diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, serta 6 anggota PDRM dari Balai Manggatal dan IPK diketuai Sarjan Teddy. Tiada kejadian tidak diingini sepanjang tempoh operasi yang berakhir sekitar jam 6.00 petang. Hasil pemeriksaan mendapati kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik, berada dalam keadaan tidak terurus, tidak selamat untuk didiami, serta berisiko dari aspek keselamatan dan kebersihan. Justeru, semua struktur telah diroboh dan dialihkan sepenuhnya. DBKK menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan bandaraya bebas daripada penempatan haram, selaras dengan aspirasi Bandaraya Pintar dan Lestari.
- MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu bahan api, tarif elektrik
3 April 2026 CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial. MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, setakat ini sebanyak lapan rakaman percakapan terhadap suspek telah selesai dijalankan. Katanya, ia termasuk lima kes berkaitan maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api dan tiga kes berkaitan tarif elektrik baharu. “Daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini manakala dua lagi selesai dirakam semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini. “Daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini manakala dua lagi selesai dirakam semalam. “Selain itu, terdapat tiga lagi kes berkaitan penyebaran maklumat palsu mengenai tarif elektrik, manakala baki sembilan suspek masih dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu. Menurut suruhanjaya itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial bagi tujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu. "Penyebaran maklumat sedemikian boleh menimbulkan panik dan kebimbangan dalam kalangan pengguna. “Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.












