Search Results
24093 results found with an empty search
- PKPB: ‘RAK KONGSI REZEKI’ BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN DI KUDAT
Oleh Rohana Nasrah KUDAT: Cakna dengan kesusahan dihadapi penduduk sekitar terutamanya golongan kurang berkemampuan yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seorang usahawan wanita di daerah ini menggerakkan projek ‘Rak Kongsi Rezeki’ bagi memastikan mereka mendapat bekalan makanan. Inisiatif itu digerakkan Norlizah Gurahman, 33, yang menyediakan pelbagai keperluan bekalan makanan seperti tepung, beras, gula, minyak masak, telur, susu, biskut dan makanan dalam tin yang diletakkan di 15 masjid serta surau di sekitar daerah ini. Beliau dibantu tiga rakannya, Anati Lattif, 33; Siti Syabira Izzati Mohd Safee, 26; dan Marhain Muhammad, 23, serta beberapa sukarelawan bagi menjayakan projek tersebut. “Saya memulakan inisiatif ini sejak dua hari lepas dengan niat untuk membantu meringankan beban ditanggung penduduk sekitar daerah ini. Sebelum ini, saya turut melakukan aktiviti sama dengan menyediakan bakul makanan dan diserahkan kepada golongan memerlukan dari rumah ke rumah pada Mac lepas. “Namun, kali ini sedikit berlainan, sebuah rak dengan pelbagai keperluan makanan disediakan di masjid dan surau sebagai alternatif bagi memastikan penduduk ada bekalan memandangkan keadaan sekarang tidak begitu sesuai melakukan aktiviti serahan dari rumah ke rumah susulan peningkatan kes COVID-19,” katanya kepada Bernama. Norlizah berkata beliau bersama rakan-rakannya akan memantau dan menambah stok keperluan barang makanan di semua ‘Rak Kongsi Rezeki’ tersebut bagi memastikan bekalan yang berterusan untuk kemudahan penduduk yang memerlukan. Beliau turut mengalu-alukan individu atau pihak lain yang mahu menyumbang barangan keperluan untuk diletakkan di rak itu. "Jika lebih ramai yang tampil memberi sumbangan, pastinya akan lebih ramai dapat dibantu dan mereka dapat mengharungi tempoh mencabar ini,” katanya yang turut mengajak anak-anak muda di Kudat tampil berkhidmat dan membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. ‘Rak Kongsi Rezeki’ itu disediakan di Masjid Al Akmal Landung Ayang, Masjid An-Nur Kampung Ayer, Masjid Nurul Hikmah Kampung Gumpa, Masjid Nurhidayah Perpaduan Ria, Masjid Ar Riyasi Tanjong Kapor, Masjid Jamek Kampung Pengaraban, Masjid Asyakirin dan Masjid Ubudian, Pekan Sikuati. Masjid lain ialah Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan, Masjid Ar Rahman Kampung Muhibbah, Masjid Imam Hj Dusaan Kampung Korina Sikuati, Masjid Tun Mustapha Kampung Limau-Limauan, Masjid Al-Badar Kampung Parapat Laut, Surau Kampung Milau dan Surau Nur Budiman, Kampung Pantai. - Bernama
- MARKETS, REFLEXOLOGY CENTRES AMONG SECTORS THAT ARE NOT ALLOWED TO OPERATE DURING CMCO
15 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Economic sectors that are not allowed to operate throughout the Conditional Movement Control Order (CMCO) period are night and agriculture markets, tamu, entertainment outlets as well as beauty and reflexology centres, said Local Government and Housing Minister Datuk Masidi Manjun. Entertainment outlets that temporarily cease operation include night clubs, pubs and cinemas. He said, there have been confusions among the public over which sectors are allowed to operate during the 14-day CMCO. “The state government received many inquiries from the public because there have been confusions, especially on the permission to operate for all economic, industry and business sectors. “This confusion surfaced because the standard operating procedures (SOP) for the CMCO for districts in red zones previously only allowed essential services to operate only. “I would like to clarify that the SOP used throughout Sabah is currently based on the SOP issued by the National Security Council dated October 14," he said in a statement here, Thursday. "The previous SOP is not applied, except for the existing SOP of the Enhanced Movement Control Order (EMCO) in 10 localities." Masidi who is also the Finance Minister ll stated that those in the economic, industrial and business sectors no longer need to send in application to the State Disaster Management Committee (COVID-19) for permission to operate. "In line with the implementation of CMCO throughout Sabah starting October 13, all previous CMCO instructions that involved 11 districts are automatically cancelled," he said. On another note, he said a total of 26,178 food baskets have been distributed to the targeted groups. Ends
- WANITA 100 TAHUN ANTARA TIGA KEMATIAN DI SABAH
15 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Tiga lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negeri ini, termasuk seorang wanita bukan warganegara berusia 100 tahun di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 170 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Beliau berkata, kes kematian ke-168 melibatkan wanita warganegara berusia 54 tahun di Hospital Queen Elizabeth yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung serta pesakit kelenjar tiroid. “Kes kematian ke-169 pula melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 68 tahun dari Hospital Tawau yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan kematian ke-170 melibatkan wanita bukan warganegara berusia 100 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent (Sandakan),” katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. Mengenai perincian kes baharu mengikut negeri yang dilaporkan pada hari ini, Noor Hisham berkata, Sabah mencatat angka tertinggi iaitu 304 kes, diikuti Selangor (150 kes), Perak (52 kes), Kedah (31 kes), Pulau Pinang (16 kes), Negeri Sembilan (11 kes), Kuala Lumpur (sembilan kes), Labuan (enam kes), Sarawak, Melaka dan Kelantan masing-masing dua kes dan Putrajaya mencatat satu kes. Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu positif di Sabah, 165 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19, 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada, 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Olive dan 101 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- COVID-19: EMPAT KLUSTER BAHARU HARI INI TERMASUK KLUSTER OLIVE DI SABAH
15 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Empat Kluster baharu dilaporkan hari ini, masing-masing satu di Sabah, Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster Olive Sabah, Kluster Bah Pasir Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kluster Bah Pengkalan Perak, dan Kluster Saguking Wilayah Persekutuan Labuan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Olive Sabah melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang. Beliau berkata, kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di negeri ini. “Kes dikesan positif Covid-19 pada 2 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif Covid-19,” katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. Noor Hisham berkata, Kluster Bah Pasir melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan dan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Katanya, kes indeks bagi kluster itu dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di negeri ini. “Kes dikesan positif Covid-19 pada 8 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat lagi kes positif Covid-19. “Sehingga 15 Oktober sejumlah 82 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif, 74 individu negatif dan tiga individu masih menunggu keputusan,” katanya. Beliau berkata bagi Kluster Bah Pengkalan, ia melibatkan daerah Hulu Perak di negeri Perak dan kes ini dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di negeri ini. “Kes dikesan positif pada 8 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima lagi kes positif. Sehingga 15 Oktober sejumlah 330 individu telah disaring iaitu enam kes positif, 47 individu negatif dan 277 individu masih menunggu keputusan,” katanya. Noor Hisham berkata, Kluster Saguking pula melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan kemasukan ke Hospital Labuan pada 11 Oktober. “Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat lagi kes positif Covid-19. Sehingga 15 Oktober, sejumlah 43 individu telah disaring di mana lima kes dikesan positif, tiga individu negatif dan 35 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
- ADUN KUNAK POSITIF COVID-19
15 OKTOBER 2020 KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital. Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif. "Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama. Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19. Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas. - Bernama
- PASAR, PUSAT HIBURAN, REFLEKSOLOGI DAN PANGGUNG WAYANG TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PKPB: MASIDI
15 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Pasar malam, pasar tani, tamu, pusat-pusat hiburan dan pusat refleksologi dan rawatan muka tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata, pusat hiburan termasuk kelab malam, pub, panggung wayang dan aktiviti perjudian juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB. “Kerajaan negeri banyak menerima pertanyaan daripada orang awam kerana terdapat kekeliruan terutamanya kebenaran beroperasi bagi semua sektor ekonomi, industri dan perniagaan “Kekeliruan ini timbul kerana SOP PKPB yang dikeluarkan bagi daerah-daerah dalam zon merah sebelum ini hanya membenarkan perkhidmatan perlu (essential service) sahaja. “Saya ingin menjelaskan bahawa SOP yang digunakan di seluruh Sabah ketika ini adalah berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh MKN bertarikh 14 Oktober. SOP sebelum ini tidak terpakai kecuali SOP PKPD yang sedia ada untuk 10 lokaliti yang sedang melaksanakan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Masidi turut memaklumkan bahawa para peniaga dalam sektor ekonomi, industri dan perniagaan tidak perlu lagi memohon kebenaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) untuk kebenaran beroperasi. “Selaras dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah bermula 13 Oktober, maka semua arahan sebelum ini yang melibatkan PKPB di 11 daerah adalah dengan sendirinya terbatal,” katanya. Mengenai bantuan bakul makanan, beliau berkata, ia berjalan lancar dan sehingga hari ini 26,178 bakul makanan diagihkan kepada golongan sasar.
- COVID-19: 409 KES PULIH, JUMLAH TERTINGGI DICATATKAN SETAKAT INI
15 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Walaupun kes baharu COVID-19 masih mencatatkan angka membimbangkan iaitu 589 namun khabar gembiranya ialah 409 kes sembuh dicatatkan iaitu jumlah kes pulih tertinggi pernah direkodkan di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika memperincikan perkara itu berkata, ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 12,014 kes atau 66.3 peratus dari keseluruhan kes. Mengulas lanjut mengenai kes baharu, Dr Noor Hisham berkata daripada 589 kes baharu, 586 kes merupakan penularan tempatan manakala bakinya tiga kes import dibawa daripada individu yang pulang dari Indonesia dua kes dan satu kes dari Ukraine. "Daripada penularan tempatan pula, 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes adalah bukan warganegara dengan Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes atau 51.6 peratus," katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini. Dengan perkembangan ini katanya, jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini melepasi angka 18,000 iaitu 18,129 dengan kes aktif kebolehjangkitan 5,945 kes. Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkurangan kepada 103 kes dengan kes memerlukan bantuan pernafasan juga menurun kepada 31 kes. Terdapat pertambahan tiga kes kematian yang semuanya melibatkan kes di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kepada 170 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dan pertambahan empat lagi kluster baharu. "Kes kematian ke-168 melibatkan wanita warganegara berusia 54 tahun di Hospital Queen Elizabeth yang mempunyai sejarah darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung serta pesakit kelenjar tiroid," katanya. Kes kematian 169 pula melibatkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 68 tahun dari Hospital Tawau yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan kematian ke-170 pula melibatkan wanita bukan warganegara berusia 100 tahun yang dirawat di Hospital Duchess of Kent (Sandakan). Sementara itu dalam perincian kes baharu mengikut negeri hari ini, Sabah mencatat angka tertinggi iaitu 304 kes, diikuti Selangor (150 kes), Perak (52 kes), Kedah (31 kes), Pulau Pinang (16 kes), Negeri Sembilan (11 kes), Kuala Lumpur (sembilan kes), Labuan (enam kes), Sarawak, Melaka dan Kelantan masing-masing dua kes dan Putrajaya mencatat satu kes.- Bernama
- PKPB DI LABUAN BERKUAT KUASA 17 HINGGA 30 OKT – ISMAIL SABRI
15 OKTOBER 2020 KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 17 hingga 30 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan COVID-19 di kawasan tersebut. “Bagi prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan. “Bagaimanapun, pergerakan keluar masuk merentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan pekerja yang mempunyai pas pekerja,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan. Mengulas lanjut, beliau berkata memandangkan Labuan merupakan kawasan aktiviti perairan, perkhidmatan pengangkutan air seperti feri Ro-Ro, feri ekspres dan bot laju dibenarkan beroperasi sehingga 6 petang dengan kapasiti terhad selain mematuhi SOP yang ditetapkan. Selain itu, beliau berkata aktiviti lain yang dibenarkan ialah perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang bermula 6 pagi hingga 6 petang serta proses ‘sign on’ dan ‘sign off’ industri perkapalan serta minyak dan gas mengikut peraturan SOP yang sedang berkuat kuasa. “SOP bagi pergerakan keluar masuk anak kapal kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Namun bagi anak kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, mereka yang melakukan ‘sign off’ perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” katanya. Mengenai aktiviti ekonomi di kawasan PKPB tersebut, Ismail Sabri berkata aktiviti berkenaan dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi SOP serta waktu operasi yang ditetapkan. Beliau berkata waktu operasi bagi restoran, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, medan selera, kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka adalah dari 6 pagi hingga 10 malam. “Pembelian makanan secara pandu lalu, penghantaran serta pembungkusan adalah digalakkan. Pengusaha atau operator premis perlu memastikan pekerja, pembekal dan pelanggan merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual,” katanya. Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mempersembahkan cadangan jumlah jemaah bagi solat lima waktu dan solat Jumaat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan. “Bagi mengimarahkan masjid, mesyuarat bersetuju membenarkan azan, mendirikan solat jemaah lima waktu dan solat Jumaat. Untuk menentukan jumlah jemaah, JAWI akan persembahkan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil menambah hanya enam orang dibenarkan bagi aktiviti dalam rumah ibadat bukan Islam. - Bernama
- HOSPITAL MEDAN TAWAU DIJADUAL OPERASI 20 OKT
15 OKTOBER 2020 TAWAU: Hospital Medan di Tawau yang diaktifkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijadual beroperasi pada 20 Okt ini. Komander Hospital Medan Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad berkata seramai 36 petugas kesihatan ATM terdiri daripada empat pegawai serta 32 anggota lain-lain pangkat tiba di Tawau pada 3 petang tadi menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400. "Hospital Medan menerima ketibaan pertama pasukan perubatan daripada Batalion Pertama Perubatan yang berpangkalan di Kuching dan Kota Kinabalu serta elemen sokongan perubatan dari Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu. "Kehadiran petugas kesihatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) dari Kuching dan Kota Kinabalu ini adalah bagi membantu Hospital Tawau dalam menangani pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini. Dalam pada itu, Dr Shamsul Bahary berkata Hospital Medan itu akan menempatkan kompleks rawatan pesakit dalaman dengan kapasiti 100 katil. "Hospital ini mampu menyokong Hospital Tawau bagi merawat kes-kes bukan COVID 19 dan mempunyai kapasiti wad pesakit dalam berbagai disiplin seperti pembedahan, ortopedik, perubatan, kanak-kanak dan wanita," katanya lagi. Menurut beliau, keupayaan hospital itu juga boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa termasuk dewan bedah dan unit rawatan separa rapi (HDU). Dr Shamsul Bahary yang mewakili Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) mengucapkan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang menyokong perlaksanaan pengoperasian Hospital Medan berkenaan. – Bernama
- RANAU CHURCHES TEMPORARILY HALT ACTIVITIES, GATHERINGS
14 OCTOBER 2020 BY WARTAWAN NABALU NEWS RANAU: All religious activities and gatherings, including worship services and holy masses at all outstation churches of St Peter Claver Ranau (SPCR) Parish will be temporarily halted. SPCR Rector Rev Fr Nicholas Stephen said, all activities will be postponed until the Covid-19 situation in Sabah subsides. All parishioners are however advised to stream the online weekend mass held at 9am via Cahaya Kinabalu Facebook account and YouTube channel. "We must obey the directives by the Ministry of Health (MOH) because it seems that our current situation is very worrying. "In Ranau, many are being treated and quarantined at home at the moment... Given this situation, I ask for cooperation from all of us to continue to comply with the Standard Operating Procedures (SOP)," he said. Nicholas also reminded the public to not go out to the town if there is no urgent need. On another note, he urged the public to not simply believe unverified news or information. "Do not be too quick to believe any information we see on Whatsapp or Facebook. "There are also those who disguise themselves by contacting people by phone, claiming that they are MOH staff. They are actually robbers. "Also remind everyone around us to stay at home and practice good personal hygiene, use face masks and observe social distancing,” he said. He also reminded all Catholics to continue praying the Rosary.
- 1800 PERSONNEL DEPLOYED TO ENSURE COMPLIANCE TO COVID-19 SOP - SABAH POLICE
15 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: A total of 248 teams comprising 1,800 personnel from various agencies have been assigned to ensure compliance to the standard operating procedure (SOP) to contain the COVID-19 pandemic throughout the state, said Sabah police commissioner Datuk Hazani Ghazali. He said among the agencies involved are the Malaysian Armed Forces, People’s Volunteer Corps (RELA), Health Ministry (MOH), Civil Defence Force, Immigration Department, and local authorities. He said to date, more than 1,800 arrests have been made and 1,454 compounds issued against violators of SOP to curb COVID-19, among them for not wearing face mask, holding large gathering, and not practising physical distancing. We will not compromise in making arrests and issuing compounds against those who defy the SOP,” he told a media conference at Sabah police contingent headquarters here today. Yesterday, Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said there were 660 new COVID-19 cases reported with Sabah still having the highest cases involving 429 people. Meanwhile, Hazani said police are investigating the dissemination of an offensive voice message on social media two days ago which accused Sabahans as the source of spreading COVID-19 in Johor following the Sabah state election recently. He said the individual from Johor accused Sabah residents who returned to the state after voting in the election for spreading COVID-19 and therefore Hazani called the people not to be influenced by the voice message. “The message is very crude which does not reflect our culture as Malaysians. No police reports have been made but we will still investigate,” he said. – Bernama
- KERJA-KERJA PENGWUJUDAN HOSPITAL MEDAN TAWAU GIAT DIJALANKAN
15 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS TAWAU: Kerajaan mewujudkan Hospital Medan Tawau di Kompleks Sukan Tawau untuk merawat para pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial Facebook dipetik sebagai berkata, hospital medan itu akan merawat pesakit bukan Covid-19 khususnya untuk perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics, Orthopaedic dan Pembedahan Am. “Kerja-kerja pengwujudkan hospital medan ini, sedang giat dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hospital medan terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Hospital Tawau,” katanya. Noor Hisham turut berkongsi beberapa keping gambar kerja-kerja pengwujudan hospital medan itu melalui Facebook beliau. Kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM membantu menjayakan Hospital Medan ini, katanya. Katanya lagi, ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 – 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna. Manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).












