Search Results
24093 results found with an empty search
- PENUTUPAN SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DI SABAH
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengumumkan bahawa semua aktiviti sukan, rekreasi, latihan serta penganjuran pertandingan akan ditutup serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Oleh itu, Menterinya, Datuk Ellron Angin berharap semua pengiat sukan, pemilik premis, pengurus atau operator dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau berkata, ini penting dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini. Mengenai jadual perlawanan bola sepak Liga Malaysia melibatkan pasukan Sabah menentang pasukan UiTM yang sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober lepas di Stadium Likas, Ellron berkata, ia telah ditunda pada 19 Oktober (Isnin) depan. “Namum atas risiko peningkatan kes Covid-19 serta larangan rentas daerah dan negeri oleh MKN, maka pihak Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA) telah menghantar surat kepada pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan PBT untuk memindah tempat perlawanan dari Stadium Likas ke Stadium UiTM Shah Alam pada 19 Oktober tetapi perlawanan ini juga masih tidak boleh dijalankan. “Sebagai makluman, Sabah FA telah berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif MFL untuk menunda perlawanan itu sekali lagi dan pihak MFL memutuskan untuk menunda perlawanan ini pada 31 Oktober di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Ellron berharap penjelasan itu dapat menyelesaikan kekeliruan dan tanda tanya semua pengiat sukan dan peminat bola sepak di negeri ini.
- 3,242 PESAKIT DI SABAH MASIH DIRAWAT
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Seramai 3,242 pesakit Covid-19 di negeri ini sedang menerima rawatan dan 2,208 pesakit dilaporkan sembuh, sehingga hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga Menteri Kewangan II berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 5,493 kes. “Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah 429 kes. Bilangan kematian adalah empat orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Sehubungan itu Masidi mengingatkan semua rakyat negeri ini termasuk para peniaga yang dibenarkan beroperasi agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dari segi pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar, beliau berkata ia berjalan lancar dan sehingga hari ini sebanyak 19,587 bakul makanan telah diagihkan. “Pengagihan bantuan bakul makanan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,” katanya. Masidi turut mengulangi bahawa, aktiviti dan pusat-pusat hiburan, kelab-kelab hiburan termasuk kelab malam, pub, panggung wayang dan aktiviti perjudian tidak dibenarkan beroperasi.
- COVID-19: SABAH TERUS CATAT JUMLAH KES TERTINGGI
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Sebanyak 660 kes baharu dilaporkan hari ini (14 Oktober), daripada jumlah itu 429 kes atau 65 peratus adalah di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 17,540 kes. Oleh itu katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 5,768 kes. “Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes. "Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan sedang giat dijalankan dan lebih banyak keputusan ujian sampel mendapat keputusan," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif di Sabah pada hari ini, 197 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19, sebanyak 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Katanya lagi, terdapat 233 kes telah pulih Covid-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 11,605 kes (66.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
- 12,877 PATI DI SABAH BERJAYA DITAHAN SEJAK JAN
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Seramai 12,877 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah berjaya ditahan sejak Januari hingga Oktober tahun ini. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 4,456 PATI dari Filipina, 618 Indonesia dan lain-lain seramai 130 orang. “Sehingga kini, seramai 7,673 PATI telah dihantar pulang dan 5,204 masih di pusat tahanan,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini. Ismail Sabri berkata, Ops Benteng di Sabah melibatkan 3,493 anggota, 10 buah kapal serta 54 bot pemintas berkawal dalam satu-satu masa. "Ia juga turut melibatkan 68 Sekatan Jalan Raya merangkumi 11 ATM dan 57 PDRM. "Orang ramai diminta menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan," katanya.
- GAGAL PATUHI SOP PKPB, 24 KOMPAUN DIKELUARKAN
14 OKTOBER 2020 PENAMPANG: Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan terhadap 24 orang yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah itu. Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Haris Ibrahim berkata, sejak 7 Oktober lalu, seramai 22 lelaki dan dua wanita dikenakan kompaun di Penampang dan Putatan kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kompaun ini akan diteruskan untuk memperlihatkan ketegasan PDRM dalam melaksanakan tugas menguatkuasakan PKPB di daerah tersebut. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Operasi Bersepadu bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Penampang di Pasar Tani dan Pasar Borong, Penampang, hari ini. Mengenai operasi itu, Haris berkata, operasi yang dilakukan itu adalah bagi menguatkuasakan pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pembeli yang berkunjung ke pasar tersebut. “Hasil pemantauan sebahagian besar gerai borong yang ada di sini didapati mematuhi SOP ditetapkan KKM iaitu memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial. “Malah, ada inisiatif pihak pasar tani untuk meletakkan papan tanda di beberapa lokasi di bangunan pasar borong ini bagi mengingatkan pelanggan dan peniaga tentang SOP yang perlu dipatuhi. “Kita juga mendapati kesedaran masyarakat sangat tinggi. Bagaimanapun, kita berharap masyarakat Penampang boleh datang ke Pasar Tani ini untuk mendapatkan bekalan makanan dengan mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. Operasi berkenaan turut disertai oleh Penolong Pegawai Daerah Stanley Sikolis, kakitangan KKM, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Penampang. Menurutnya, selain operasi di Pasar Tani itu, mereka turut melakukan pemantauan di Pekan Donggongon, Penampang Baru dan kawasan-kawasan tumpuan awam. Haris berkata, pasukan pemantau menitikberatkan pemeriksaan premis yang beroperasi dan tidak mengikut peraturan seperti tidak meletakkan buku catatan nama pelanggan, tidak meletakkan alat perakam suhu dan premis-premis yang tidak dibenarkan beroperasi. Setakat ini, IPD Penampang hanya membuka satu sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Penampang-Papar bagi memeriksaan kenderaan yang melakukan rentas daerah. “Setakat ini, kita dapati semua kenderaan yang lalu di situ adalah bagi perkhidmatan perlu dan pekerja yang dibenarkan dengan syarat, mereka mempunyai surat daripada majikan,” jelasnya. SUMBER: Borneo Today Ditulis oleh: Suraidah Roslan
- PASAR RAYA TONG HING DITUTUP , PEKERJA DIJANGKITI COVID-19
14 OKTOBER 2020. KOTA KINABALU: Pasar raya Tong Hing di Jalan Gaya di sini ditutup bagi membolehkan kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan dilakukan berikutan terdapat seorang pekerja disahkan positif Covid-19. Pihak pengurusan pasar raya itu berkata, selepas mendapati perkara tersebut, mereka memutuskan untuk menghentikan operasi meskipun tidak ada arahan daripada Kementerian Kesihatan, namun pihaknya bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. “Pekerja tersebut mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 dan beliau menjalani ujian sebagai langkah pencegahan. “Malangnya, beliau disahkan positif dan dikuarantin sejak itu. Pada saat yang sukar ini, pihak kami akan memberi sokongan dan bimbingan kepada semua pekerja,”katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, pengurusan pasar raya itu berkata, semua proses nyahkuman dan pembersihan yang dilakukan adalah berlandaskan garis panduan Kementerian Kesihatan. “Sementara menunggu maklum balas daripada pihak kementerian, pihak kami telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar semua pekerja kami supaya menjalankan ujian saringan,”katanya. Selain itu, pihak pengurusan turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka hanya akan membuka semula kedai mereka apabila mereka telah melakukan setiap prosedur untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kedai untuk pelanggan. Katanya, semua berita dan situasi mengenai pasar raya itu akan dimaklumkan melalui platform media sosial mereka. – Borneo Today
- RASUAH: BEKAS SETIAUSAHA POLITIK BEKAS MENTERI DIDAKWA ESOK
14 OKTOBER 2020 PUTRAJAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian. Lelaki dalam 40-an itu dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian dan menerima suapan daripada beberapa individu, menerusi beberapa transaksi. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, lelaki itu dikatakan bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. Dia juga dijangka didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 23 Okt atas kesalahan sama dengan beberapa pertuduhan lagi, kata sumber itu lagi. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi. Menurut Norazlan, tiga pegawai kanan kementerian berkenaan yang turut disiasat berkaitan kes yang sama, dijangka didakwa dalam masa terdekat. - Bernama
- PKPB: PENGGUNA DIGALAK BUAT PEMBELIAN DALAM TALIAN
14 OKTOBER 2020 PUTRAJAYA: Pengguna di Kuala Lumpur, Putrajaya Selangor dan Sabah digalakkan membuat pembelian secara dalam talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan masing-masing. “Pembelian secara dalam talian secara tidak langsung dapat membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang menyatakan langkah itu dapat mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan. Dalam satu kenyataan hari ini, Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapat maklumat dari lapangan bahawa berlaku pembelian panik di beberapa tempat selepas pengumuman PKPB oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin. Rakyat Malaysia dinasihatkan bertenang dan tidak membuat pembelian panik kerana perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku di negara kita,” kata Nanta yang menegaskan bekalan barang terutama barang makanan dan barang keperluan utama dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah. Beliau berkata KPDNHEP mempunyai 2,269 anggota penguat kuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barang stabil tanpa kenaikan mendadak. KPDNHEP, katanya juga telah membuktikan melalui tindakan yang diambil dapat memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dahulu. Nanta dalam pada itu berkata pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan supaya memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi. Jika pengguna mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang, mereka boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, menghubungi call centre di talian 1800 886 800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnhep.gov.my, katanya. Aduan juga boleh disalurkan melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, dengan menghubungi enforcement command centre (ECC) di talian telefon 03-8882 6245 / 6088 atau talian telefon Malaysia Government Call Centre (MYGCC) di nombor 03-8000 8000 atau Whatsapp ke 019- 279 4317. PKPB dilaksanakan di Sabah bermula 13 hingga 26 Oktober, manakala di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor PKPB bermula hari ini hingga 27 Okt. - Bernama
- CONTINUE ROLE TO BREAK COVID-19 CHAIN, EWON REMINDS SABAHANS
14 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Kadamaian State Assemblyman Datuk Ewon Benedick has called upon the Sabahans to continue complying with the Conditional Movement Control Order (CMCO) directives in order to break the Covid-19 infection chain in the state. He said while the nation’s frontliners are coming up with various approaches and strategies to curb the spread of the virus, the public should also play a role in complying with the SOP set by the Ministry of Health. “I believe the co-operation of all parties to comply with the set CMCO instructions and SOP will be able to reduce infection cases, thus breaking the chain of the infection. “Let us all remind ourselves to always practice new norms and exercise better self-control at all times to stay safe,” Ewon said, commenting on the implementation of the 14-day CMCO throughout Sabah which began on October 13, Tuesday. “Wear face mask in public places, observe social distance, and wash hands with soap or use hand sanitiser frequently,” he reminded. Senior Defence Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob was quoted as saying that CMCO was imposed due to the increase of positive cases in Sabah. Prior to this, several districts in the state have been placed under the CMCO which include Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna, Kota Kinabalu, Penampang and Putatan, with several localities under Enhanced Movement Control Order (EMCO). Apart from that, inter-district travel ban across Sabah has also been imposed since October 3. Civil servants are however exempted from the ban.
- DBKK WAIVES PARKING FEE UNTIL CMCO ENDS
14 OCTOBER 2020 BY WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: The Kota Kinabalu City Hall (DBKK) has temporarily suspended parking operations in the city area during throughout the Conditional Movement Control Order (CMCO) period. Mayor Datuk Nordin Siman said, the suspension has begun since October 9 and will go on until October 26. “This means that no parking charges will be imposed throughout the CMCO period. This is in line with the Kota Kinabalu City (Provisions of Parking Places) (Coupon Parking) By-Laws 2014,” he said in a statement here, Wednesday. Nordin however said that law enforcement is still ongoing for parking offences like parking on the shoulder of the road, parking in non-designated areas and parking in a manner that obstruct traffic or double parking. He added that the enforcement is to ensure that vehicles and traffic flow in the city area continue to run smoothly. “Previous parking offences compound can still be paid through the DBKK e-Services,” he said. Ends
- CMCO: CONSUMERS ENCOURAGED TO SHOP ONLINE
14 OKTOBER 2020 PUTRAJAYA: Consumers in Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor and Sabah that have been placed under the Conditional Movement Control Order (CMCO) are encouraged to shop online to help break the chain of COVID-19 infections. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Alexander Nanta Linggi in a statement today said the move can also help limit crowds and the movement of individuals in places such as business premises. He said the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry had received information that there was panic buying in some places after the announcement on the implementation of CMCO by Senior Minister (Security) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob was made on Monday. “Malaysians are advised to remain calm and not engage in panic buying as there is sufficient supply of food items and basic necessities in the market,” he said. Nanta said the ministry would conduct constant monitoring and frequent checks to ensure that supplies are sufficient and traders do not increase their prices indiscriminately. He also reminded manufacturers, wholesalers and retailers to monitor their stock to ensure sufficient daily supply of the items. Consumers can lodge complaints against errant traders to the ministry by contacting the call centre at 1800 886 8000; the Enforcement Command Centre at 03-8882 6245 / 6088; Malaysia Government Call Centre (MYGCC) at 03-8000 8000 or sending Whatsapp texts to 019- 279 4317. Complaints can also be lodged by channelling information to e-aduan@kpdnhep.gov.my portal, or sending email to e-aduan@kpdnhep.gov.my or through the Ez ADU smart phone application. The CMCO in Sabah takes effect on Oct 13 until 26, while in Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur from Oct 14 to 27. - Bernama
- SEMUA PIHAK BERPERANAN BENDUNG PENULARAN COVID-19: EWON
14 OKTOBER 2020 WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Sabah supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPK) bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Beliau berkata, ketika barisan hadapan negara memikirkan pelbagai kaedah dan strategi bagi membendung penularan wabak Covid-19, orang ramai juga perlu memainkan peranan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, “Saya percaya dengan adanya kerjasama semua pihak mematuhi arahan PKPB dan SOP yang ditetapkan dapat mengurangkan kes-kes jangkitan seterusnya memutuskan rangkaian Covid-19. “Sama-sama kita mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa mengamalkan norma baharu dan kawalan kendiri setiap masa untuk kekal selamat, seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah berkuatkuasa kelmarin hingga 26 Oktober ini. Pelaksanaan PKPB itu susulan peningkatan kes-kes positif di Sabah. Sebelum ini beberapa daerah di Sabah telahpun dilaksanakan PKPB iaitu di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan serta beberapa lokaliti lagi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Selain itu, Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah juga dikuatkuasakan sejak 3 Oktober lalu. Rentas daerah dibenarkan kepada kakitangan kerajaan.












