top of page

Search Results

23994 results found with an empty search

  • Jalan Simpang Beluran–Pekan Beluran perlu dinaik taraf segera – ADUN Labuk

    3 April 2026 BELURAN: Kementerian Kerja Raya negeri dan Persekutuan digesa supaya menyegerakan usaha menaik taraf jalan dari simpang Beluran ke Pekan Beluran bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada masyarakat berhubung keadaan jalan tersebut yang kini tidak selesa dilalui dan berisiko kepada pengguna. “Jalan ke Pekan Beluran merupakan antara laluan utama ketika ini, namun keadaannya sangat tidak selesa untuk dilalui dan sering menjadi keluhan pengguna. “Sudah tiba masanya Kementerian Kerja Raya, sama ada melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah atau Jabatan Kerja Raya Persekutuan, mengambil perhatian serius terhadap keperluan ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Rabu. Menurut Samad, sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan, beliau turut terkesan dengan keadaan jalan yang disifatkan sebagai kritikal dan memerlukan tindakan segera. “Keadaan jalan ini sangat kritikal dan memerlukan sama ada pembaikan atau penaiktarafan kerana telah mengalami kerosakan teruk. "Jadi, saya melihat perlu diambil tindakan yang secepatnya kerana kita mengambil kira tentang keselesaan pengguna," ujarnya. Jalan sepanjang 27.22 kilometer itu merupakan jalan negeri yang menghubungkan Lebuhraya Pan Borneo ke Pekan Beluran, namun kini berada dalam keadaan rosak teruk sehingga memerlukan pemandu sangat berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

  • Tun Musa terima kunjungan Panglima 5 Briged baharu

    3 April 2026 KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Panglima Briged Kelima (5 Briged) Infantri Malaysia ke-37 yang baharu, Brigedier Jeneral Abdul Razak Haron di Istana Seri Kinabalu, semalam. Abdul Razak berkata, kunjungan berkenaan bertujuan memaklumkan Tun Musa mengenai penempatan beliau sebagai Panglima Briged Kelima Infantri di Kem Paradise, Kota Belud, berkuat kuasa mulai 3 April 2026. Beliau menegaskan komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan negeri, selain memperkukuh kerjasama serta hubungan baik antara Tentera Darat Malaysia dan kerajaan Sabah. "Saya dan seluruh kepimpinan Tentera Darat di 5 Briged akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan negeri dan memastikan kerjasama serta hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama terus diperkukuh pada masa akan datang. "Selain itu, saya menzahirkan kesediaan dan taat setia untuk berbakti kepada rakyat dan negeri Sabah. Ia satu rahmat untuk bertugas di negeri ini buat kali kedua," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan tersebut. Menurut beliau, kunjungan itu juga menjadi platform bertukar pandangan dan membincangkan mengenai isu keselamatan negeri serta perancangan baharu berkaitan penyediaan aspek keselamatan oleh pihak tentera di negeri ini. Abdul Razak menggantikan Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia ke-36, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah yang akan bertugas sebagai Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan di Bahagian Operasi Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia. Hadir sama, Pegawai Staf 2 Tadbir/Logistik Markas 5 Briged, Mejar Syamsul Anwar Ahmad; Pegawai Staf 3 Logistik Markas 5 Briged, Kapten Fakrur Radzi Zulkifli; Atur Turus Markas 5 Briged, Kapten Muhammad Hazimin Helmi dan Pegawai Staf 3 Gerak Markas 5 Briged, Kapten Datu Mohd Hazlin Datu Ali Nafiah.

  • Gotong-royong dan Kebaktian Paskah Perkukuh Iman Komuniti SIB Lobong-Lobong

    Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd 3 April 2026 KOTA BELUD: Dalam kalangan penganut Kristian, Jumaat Agung merupakan hari suci yang memperingati penyaliban Yesus Kristus, yang melambangkan pengorbanan, penebusan dosa serta kasih Tuhan terhadap umat manusia. Penghayatan hari ini lazimnya dizahirkan melalui ibadah, refleksi rohani dan amalan kebersamaan dalam komuniti gereja. Seawal jam 6.30 pagi, penduduk Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud telah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kristian sebagai tanda penghormatan serta persediaan menyambut Paskah. Aktiviti tersebut menyaksikan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang berganding bahu memastikan kawasan itu berada dalam keadaan bersih, teratur dan terpelihara. Pada jam 9.30 pagi, Kebaktian Kebangunan Rohani sempena Paskah Pertama telah berlangsung di Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Lobong-Lobong dengan tema “Penolakan”. Kebaktian ini memberi penekanan kepada renungan mendalam terhadap cabaran iman serta panggilan untuk kembali menghayati ajaran Kristus dalam kehidupan seharian. Dalam perkembangan berkaitan, pihak gereja turut merakamkan penghargaan kepada Ewon Benedick atas sumbangan sempena Paskah yang telah disalurkan pada 29 Mac 2026 lalu, melibatkan kira-kira 150 gereja di kawasan Kadamaian. Sumbangan tersebut disifatkan sebagai satu usaha murni dalam memperkukuh perpaduan serta kebajikan komuniti Kristian di daerah ini.

  • Oracle Supports Malaysia’s Digital Future with Training for 300,000 in AI and Cloud Technologies

    (L-R) Chin Ying Loong, SVP and Regional Managing Director, Oracle ASEAN & SAGE; Ir. Wan Murdani Wan Mohamad, VP, Digital Adoption, Malaysia Digital Economy Corporation; Royce Teoh, Managing Director, Oracle Malaysia; Gobind Singh Deo, Minister of Digital, Malaysia; Ma Sivanesan, Deputy Secretary General, Ministry of Digital; Chris Chelliah, SVP, Technology, Oracle Japan & Asia Pacific; Adrian Marcellus, CEO, MYDIGITAL Corporation 3 April 2026 KUALA LUMPUR: Oracle has announced a partnership with MyDIGITAL Corporation to deliver digital skills training to 300,000 students and professionals across Malaysia, supporting the country’s ambitions to lead in digital innovation. The initiative aims to bolster employability, foster innovation, and strengthen Malaysia’s digital economy by 2029. In collaboration with MyDIGITAL, a monitoring agency under the Ministry of Digital, Oracle will provide access to over 200 hours of structured learning and certification programmes in key areas such as Oracle Cloud Infrastructure (OCI), Generative AI, Data Science, Oracle APEX, DevOps, and Security. The training will be delivered free of charge via Oracle MyLearn, Oracle’s global platform for digital training and professional development. Minister of Digital, Gobind Singh Deo, highlighted that Malaysia’s strong momentum in digital investment is positioning the nation as a future AI leader in Southeast Asia. He emphasised that Oracle’s partnership with MyDIGITAL would help build a high-calibre digital workforce, accelerate innovation, and support the country’s long-term economic growth. He also called for increased lifelong learning opportunities from both public and private sectors to meet the rising demand for AI expertise and enhance Malaysia’s global competitiveness. The programme aims to empower learners with badges and professional certifications, enabling them to demonstrate their skills and improve employability. It will also integrate with the existing Rakyat Digital platform, which offers digital literacy modules, by June 2026, creating a seamless experience for users. Royce Teoh, Managing Director of Oracle Malaysia, stated that Oracle’s technology stack supports organisations in harnessing AI to transform operations and build critical digital skills. He reaffirmed Oracle’s commitment to strengthening Malaysia’s digital ecosystem and advancing its AI ambitions as the nation strives to become a regional AI hub by 2030. Oracle University, which has trained over three million professionals globally, will continue to support this initiative by providing access to world-class training resources and leading industry experts. With more than 20 million hours of content viewed worldwide, Oracle’s programmes aim to enhance Malaysia’s digital talent pipeline and foster innovation across industries.

  • BOH Shares Its Deep 'Malayan' Roots and Living through Khazanah’s Dana Warisan Initiative 

    3 April 2026 KUALA LUMPUR: BOH has been invited to participate in Khazanah Nasional’s Dana Warisan initiative at the iconic Bangunan Sultan Abdul Samad, one of Malaysia’s most significant and architecturally rich landmarks, renowned for its Moorish-inspired design. The Dana Warisan initiative forms part of the larger Warisan KL project, which aims to conserve and revitalise national heritage assets by reimagining them for adaptive reuse as inclusive, dynamic, and liveable spaces. Launched by Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Warisan KL brings together government agencies, GLCs, GLICs, private partners, and communities to transform heritage buildings into platforms that connect history with the present, foster civic pride, engage local communities and visitors, and inspire future generations. BOH’s involvement at Bangunan Sultan Abdul Samad reflects a shared history that dates back to Kuala Lumpur’s formative years. The Russell family, founders of BOH, have been part of Malaya’s development since 1890, when John Russell, affectionately known as ‘Jack’, arrived in the Straits Settlements as the Selangor Government Printer. Serving under the British Resident in Selangor, Jack played a key role in documenting Malaya’s early governance, infrastructure, and social life, at a time when the Government Offices, now known as Bangunan Sultan Abdul Samad, stood at the centre of the nation’s administrative life. From its early days, the family actively contributed to Malaya’s progress across industries including printing, engineering, construction, mining, agriculture, and commerce. This legacy continued when J.A. Russell, one of Jack’s sons, founded BOH Plantations in 1929, pioneering Malaya’s first highland tea garden in the Cameron Highlands and laying the foundation for what would become Malaysia’s most beloved tea brand. “Being part of the Warisan KL initiative at Bangunan Sultan Abdul Samad is profoundly meaningful for BOH,” said Caroline Russell, Chairman of BOH. “It allows us to celebrate not only our own heritage but also the broader narrative of Malaysia’s growth, a story shaped by people, places, and shared histories.” “Our journey in Malaya began in 1890, at a time when this very building symbolised administration, progress, and nation-building,” she added. “Sharing BOH’s story within a landmark that has witnessed Malaysia’s transformation is a powerful reminder that heritage is not static. It is an invaluable treasure that we carry forward, nurture, and pass on with purpose. We hope visitors will see how heritage lives on, not only in historic walls but in ideas, values, and everyday rituals such as sharing a cup of tea,” she reflected. Rooted in nearly a century of Malaysian heritage, BOH’s history embodies enterprise, resilience, and long-term stewardship, values that resonate strongly with Warisan KL’s commitment to sustainable nation-building. As part of this initiative, BOH is presenting curated exhibitions that recount its legacy from 1890 to the present, offering visitors an immersive journey through its heritage and contribution to Malaysia’s development. Visitors can also take home a tangible piece of this living legacy through BOH’s iconic teas, available for purchase at its onsite retail outlet. “It is our hope that BOH’s story will inspire Malaysians to reconnect with the past while looking confidently towards the future,” added Caroline. As BOH approaches a century of tea-making excellence, its participation in this revitalisation project reaffirms a longstanding commitment to heritage, sustainability, and community.

  • 65 Pemain Badminton Sabah Terima Tajaan Menjelang Junior Elite Tour 2nd Leg Di Terengganu

    3 April 2026 KOTA KINABALU: Seramai 65 pemain badminton negeri Sabah menerima peralatan sukan sebagai persiapan menghadapi kejohanan Junior Elite Tour 2nd Leg yang akan berlangsung di Terengganu pada 7 hingga 11 April depan. Majlis penyampaian peralatan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan sukan badminton di Sabah. Usaha itu juga memberi khusus kepada pemain muda yang bakal mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Semua pemain terlibat menerima tajaan daripada YOUNG, selaku penaja rasmi Persatuan Badminton Sabah (SBA). Presiden SBA, Datuk DR Maijol Mahap berkata, tajaan ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan pemain dari segi kelengkapan sebelum menyertai kejohanan. Katanya, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penaja atas komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan badminton negeri. “Pihak persatuan amat menghargai sokongan yang diberikan oleh YOUNG. Tajaan ini bukan sahaja membantu dari segi persediaan pemain, malah menjadi pemangkin semangat untuk mereka beraksi dengan lebih yakin,” katanya. Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah turut berharap agar para pemain Sabah dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan serta mempamerkan prestasi terbaik dalam kejohanan berkenaan. “Kita berharap pemain-pemain ini akan membawa semangat juang tinggi dan seterusnya mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan,” tambah beliau. Junior Elite Tour merupakan platform penting dalam pembangunan bakat muda badminton negara, sekali gus memberi pendedahan awal kepada pemain untuk bersaing di peringkat yang lebih kompetitif. Dengan sokongan padu daripada penaja dan pelbagai pihak, SBA yakin kontinjen Sabah mampu memberikan saingan sengit serta mencapai keputusan yang membanggakan dalam kejohanan yang bakal berlangsung.

  • Sabah FC buru bekalan terbaik di Pulau Pinang

    2 April 2026 KOTA KINABALU: Sabah FC menyasarkan keputusan positif pada aksi pertama final MFL Challenge Cup 2025/2026 menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Sabtu ini. Ketua jurulatih, Juan Torres Garrido, berkata pasukannya kini berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik hasil tempoh latihan yang berjalan lancar menjelang perlawanan penting itu. Beliau berkata, persiapan rapi yang dilakukan membolehkan pasukan memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan taktikal bagi memastikan Sabah FC tampil lebih bersedia. “Kami melalui tempoh latihan yang baik dan membuat persiapan sebaik mungkin. Kami menjangkakan dapat mengawal lebih banyak aspek permainan dalam perlawanan ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurut Juan, sasaran utama pasukan adalah untuk meraih kemenangan, namun beliau mengakui final yang berlangsung secara timbal balik memerlukan pendekatan lebih strategik. “Ini adalah final dua perlawanan, jadi tidak ada keputusan muktamad selepas aksi pertama. Keputusan yang baik adalah penting, tetapi bukan penentu sepenuhnya,” katanya. Mengulas mengenai Penang FC, Juan menjangkakan lawan akan tampil dengan motivasi tinggi memandangkan kepentingan aksi final itu. “Ini adalah perlawanan akhir dan kami menjangkakan mereka akan sama bersemangat seperti kami,” katanya. Dalam pada itu, beliau berharap Sabah FC dapat mempersembahkan aksi terbaik untuk penyokong, selain menyuntik semangat menjelang aksi timbal balik di Stadium Likas 19 April ini. “Kami mahu memberikan persembahan yang baik supaya penyokong lebih bersemangat untuk hadir dan menyokong pasukan pada perlawanan kedua nanti,” katanya. Aksi pertama final MFL Challenge Cup 2025/2026 antara Penang FC dan Sabah FC dijadual berlangsung Sabtu ini jam 9 malam di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

  • Kerajaan perketat kawalan tenaga di bangunan kerajaan – Fadillah

    2 April 2026 KUALA LUMPUR: Kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius berikutan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata sehubungan dengan itu, penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyejukan berlebihan. Beliau berkata langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat. “Sebagai langkah proaktif dalam menghadapi krisis tenaga global, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah penjimatan tenaga di peringkat nasional,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global. Keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat krisis tenaga global. Fadillah berkata Malaysia berada dalam keadaan terkawal dan bersedia mengambil langkah proaktif bagi mengurus kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat yang kini menjejaskan bekalan serta harga minyak dunia. “Kita kini berada dalam satu fasa yang mencabar dalam landskap ekonomi global. Krisis tenaga global yang sedang berlaku, susulan konflik di Asia Barat telah memberi kesan langsung kepada bekalan dan harga tenaga di seluruh dunia,” katanya. Beliau berkata gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz, yang menjadi nadi kepada aliran minyak global telah meningkatkan ketidaktentuan pasaran serta menekan harga minyak ke paras yang tinggi. Fadillah berkata sebagai sebuah ekonomi terbuka Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis berkenaan. “Kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya krisis ini berlarutan,” katanya. Beliau berkata kerajaan memahami kebimbangan rakyat terhadap impak krisis itu, justeru pendekatan yang diambil adalah jelas, tersusun serta berfokus kepada keutamaan tertentu.-Bernama

  • JKNS laksana pelan transformasi tingkat kualiti perkhidmatan di HQE

    2 April 2026 KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan pelan transformasi menyeluruh bagi menambah baik kualiti perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), yang berperanan sebagai pusat rujukan utama bagi 23 hospital di negeri ini. JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, pelan transformasi itu merangkumi penambahbaikan infrastruktur dan aset, penyelesaian isu logistik dan tempat letak kereta awam, serta pengukuhan modal insan dan kebajikan petugas kesihatan. “Bagi menangani isu aset usang dan kapasiti hospital yang terhad, JKNS telah mendapat kelulusan aset radiologi baharu bagi menggantikan unit sedia ada untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik. “Selain itu, cadangan pembinaan blok tambahan kini berada di peringkat akhir bagi menambah kapasiti katil serta menyediakan fasiliti yang lebih kondusif untuk menampung kepadatan pesakit,” menurut kenyataan itu. Berhubung isu kekurangan tempat letak kenderaan, JKNS memaklumkan pihaknya memandang serius isu tersebut, justeru penambahan kemudahan parkir turut dimasukkan dalam skop pembangunan klinikal baharu. Pada masa sama, kerjasama dengan agensi pusat dan pihak berkuasa tempatan diperkukuh bagi menambah baik akses pengangkutan awam ke hospital berkenaan. “Sementara itu, bagi menangani isu pengagihan tenaga kerja khususnya doktor dan pakar, JKNS sedang melaksanakan penyelarasan semula bagi memastikan keseimbangan nisbah doktor kepada pesakit antara HQE dan hospital daerah. “Sebagai langkah mengekalkan tenaga mahir sedia ada, surat kelayakan elaun-elaun kerana bertukar dan berpindah bagi pegawai lantikan kontrak yang mendapat lantikan tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahun 2025 bertarikh 29 Januari lepas telah dikuatkuasakan bagi meringankan beban kewangan petugas barisan hadapan yang terlibat,” katanya. JKNS menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh pelan transformasi tersebut bagi memastikan sistem kesihatan awam negara kekal berkesan dan mampan, khususnya demi kesihatan rakyat Sabah.

  • PPU Gudon Stabilkan Bekalan Elektrik Di Kawasan Sepanggar dan Sekitar

    2 April 2026 KOTA KINABALU: Pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gudon yang dimulakan pada tahun 2023, siap dan beroperasi sepenuhnya sejak 18 Mac lalu. Operasi PPU berkenaan dilihat berpotensi memastikan bekalan elektrik di kawasan Sepanggar dan sekitarnya akan terus stabil. Pengurus Besar Projek Utama Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) Ts Abdul Razak Salleh berkata, projek bernilai RM42 juta itu dibangunkan untuk meningkatkan dayaharap sistem 11kV dan seterusnya menampung peningkatan tenaga di kawasan berkenaan. Katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek berkenaan adalah daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sebelum diserahkan kepada pihak Sabah Electricity. “Menerusi projek ini, indeks tempoh purata gangguan (SAIDI) Sabah juga dijangka akan dapat dikurangkan sebanyak 1.47 minit/pelanggan. “Proses akhir iaitu pengagihan beban tenaga di kawasan sekitar akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menjamin kestabilan bekalan,” katanya kepada media selepas melawat PPU berkenaan, di sini, hari ini. Abdul Razak berkata, pelaksanaan projek berkenaan adalah di bawah Pasukan Petugas Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES). “Selain PPU Gudon, beberapa projek infrastruktur bekalan elektrik di Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Tawau dijangka akan siap pada tahun ini,” tegasnya.

  • MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api

    2 April 2026 CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap lima individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel di platform media sosial Threads. MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, ketiga-tiga suspek telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Katanya, berdasarkan aduan diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua individu berkaitan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel didapati palsu, mengelirukan serta berpotensi menimbulkan kegelisahan kepada pengguna. “Hasil semakan lanjut, pihak Buletin TV3 telah mengeluarkan penafian terhadap penerbitan kandungan yang disunting menggunakan identiti visual mereka. “Susulan itu, pihak MCMC juga telah menerima aduan daripada Buletin TV3 bahawa kandungan palsu yang tular tersebut adalah bukan daripada pihak mereka dan dilakukan oleh pihak ketiga,” menurut kenyataan itu. Suruhanjaya itu berkata kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. MCMC menegaskan, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk tujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu. “Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang. "Orang ramai turut diingatkan agar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam," katanya.

  • Nico Dituduh Di Mahkamah Sesyen Khas Pati

    Oleh: Romie Stanley DGuns KOTA KINABALU: Remaja warga asing yang tular selepas ditahan di pusat beli belah One Borneo, Jalan Sulaman, di sini, 15 Mac lalu, dituduh di Mahkamah Sesyen Khas PATI, hari ini. Remaja yang dikenali sebagai Mohd Nico Ansboy, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnyaz Mahkamah menetapkan 30 April depan sebagai tarikh sebutan semula pra-perbicaraan kes selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, susulan penangkapan suspek sebelum ini, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah. Katanya, beberapa individu berkaitan turut dipanggil dan dirakam percakapan bagi membantu siasatan sebelum tindakan seterusnya. “Semakan lanjut turut dijalankan termasuk mendapatkan laporan daripada Jabatan Imigresen Malaysia serta pemeriksaan Forensik Pergigian bagi menentukan umur sebenar subjek. “Kertas siasatan kemudiannya dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Mac 2026 dan arahan tuduh telah diperolehi,” katanya dalam kenyataam media, hari ini. Sehubungan itu, Kasim berkata, Polis Daerah Kota Kinabalu akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses perundangan yang sedang berjalan. Selain itu, katanya, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page