top of page

Search Results

23991 results found with an empty search

  • LIGA SUPER: Alto Linus Seru Pemain Kekal Fokus, Sedia Hadapi Kelantan The Real Warriors FC di Likas

    22 Ogos 2025 KOTA KINABALU: Jurulatih Sabah FC, Alto Linus, menyeru anak-anak buahnya agar mengekalkan fokus dan konsistensi menjelang aksi Liga Super menentang Kelantan The Real Warriors FC yang akan berlangsung di Stadium Likas, malam esok. Menurutnya, selepas mencatat keputusan positif dalam dua aksi di tempat lawan sebelum ini, skuad The Rhinos kini kembali ke laman sendiri dengan semangat yang tinggi, namun perlu berhati-hati agar tidak terlalu selesa dengan pencapaian lalu. “Dua perlawanan terakhir memang banyak bantu tingkatkan keyakinan pasukan, tapi kita tak boleh cepat puas hati. “Setiap perlawanan itu penting dan bila bermain di deepan penyokong sendiri di Likas, kita kena kekal fokus dan main dengan penuh disiplin,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sabah FC bagaimanapun berdepan sedikit cabaran dalam persiapan perlawanan apabila beberapa pemain utama masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. “Ada beberapa pemain yang belum cergas sepenuhnya. Tapi saya yakin siapa saja yang diberi peluang akan beri yang terbaik untuk pasukan. Semua pemain tahu apa yang perlu dibuat bila turun ke padang,” tambahnya. Mengulas mengenai lawan, Alto mengakui kehadiran ketua jurulatih baharu Kelantan The Real Warriors, E. Elavarasan telah membawa impak positif kepada pasukan tersebut menjadikan mereka sebagai pencabar yang perlu diberi perhatian. “Kelantan The Real Warriors bukan lawan yang mudah. Mereka baru sahaja menewaskan KL City FC 3-1 dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV. Itu sudah cukup menunjukkan mereka sedang berada di landasan yang baik,” jelasnya. Beliau turut mengingatkan bahawa Sabah FC juga tampil cemerlang dalam pusingan pertama Piala FA apabila mencatat kemenangan 6-0 ke atas Bunga Raya FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. “Apabila kita bermain di tempat sendiri, sudah tentu kita mahu pastikan tiga mata kekal di Likas,” katanya. Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kelantan The Real Warriors FC akan berlangsung malam esok, 23 Ogos 2025 di Stadium Likas dengan sepak mula dijadualkan pada pukul 8:15 malam.

  • Kota Marudu Tuan Rumah Karnival Bolasepak 9 Sebelah UPKO Zon A

    22 Ogos 2025 KOTA MARUDU: Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Marudu akan menganjurkan Karnival Bolasepak 9 Sebelah pada 23 hingga 24 Ogos ini. Kejohanan berkenaan merupakan anjuran EXCO Pemuda UPKO Pusat dan bagi edisi tahun ini, Kota Marudu diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi Zon A yang merangkumi Bahagian Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. Pertandingan akan berlangsung di dua lokasi, iaitu Padang Kampung Tagaroh dan Padang Kampung Pinatau. Ketua Pemuda UPKO Kota Marudu Pillexson James, dalam kenyataannya berkata, kejohanan itu bukan hanya tertumpu kepada aspek sukan semata-mata, malah membawa agenda yang lebih luas dalam pembangunan belia. “Melalui kejohanan ini, kami bukan sekadar menggalakkan aktiviti kesukanan, tetapi turut membuka ruang untuk mengenal pasti bakat belia berpotensi, khususnya dalam bidang keusahawanan dan agroprenuer muda. “Pada masa yang sama, ia menjadi medan untuk memperkukuh jaringan sosial dan peluang perniagaan dalam kalangan belia,” katanya. Kejohanan yang diberi nama Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah UPKO Zon A: Pemangkin Agroprenuer Muda Dan Usahawan Belia itu diharap dapat menjadi platform strategik dalam melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing. Menurut Pillexson, penganjuran ini berperanan sebagai wahana untuk mempertemukan belia daripada pelbagai latar belakang bagi berkongsi idea, pengalaman, serta peluang dalam sektor ekonomi. Justeru katanya, acara itu bukan sahaja membina kekuatan pasukan di padang, tetapi turut membina landasan masa depan belia melalui aspek ekonomi dan keusahawanan. “Dengan penglibatan pasukan-pasukan dari Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud, kejohanan ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan serta membuka ruang kepada pencarian bakat bola sepak di peringkat akar umbi. “Pada masa yang sama, ia diharap menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai belia progresif yang seimbang dalam bidang sukan dan keusahawanan. “Melalui pendekatan yang holistik ini, Kota Marudu sekali lagi membuktikan komitmennya dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja aktif dalam bidang sukan, tetapi turut berdaya maju dalam pembangunan sosioekonomi setempat,” tegasnya.

  • Piawaian baharu kawalan kualiti sungai akan diwujudkan - Fadillah

    22 Ogos 2025 KUALA LUMPUR: Piawaian baharu pelepasan efluen air sisa bandar dan luar bandar akan diwujudkan berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM), antara lain bertujuan untuk memulihkan kualiti air sungai negara. Keputusan tersebut dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bil. 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di sini, pada Khamis. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, piawaian yang akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa negeri itu merangkumi 11 parameter utama termasuk pH, BOD, COD, pepejal terampai, minyak dan gris, nitrogen, merkuri, warna dan sisa pepejal. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, beliau berkata kementeriannya akan menyelaras bengkel bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta kerajaan negeri bagi memperincikan piawaian pelepasan air dari sistem perparitan sebelum dilepaskan ke jajaran sungai. “Kerajaan negeri juga disaran untuk mengaplikasikan teknologi tempatan NAHRIM, termasuk pengekstrak beban terampai, perangkap minyak dan gris berasaskan Internet of Things (IoT), serta sistem Intriguard untuk menanda rizab sungai dan mencegah pencemaran luar. “Saya yakin langkah strategik ini akan memulihkan kualiti air sungai, memastikan kelestarian alam sekitar, menjaga kesihatan rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim serta pencemaran global,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Dalam pada itu, katanya mesyuarat berkenaan turut memberi tumpuan kepada Laporan Status Kualiti Air Sungai 2024 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Menurutnya, daripada 672 sungai utama dipantau, sebanyak 475 sungai iaitu 71 peratus berada dalam kategori bersih,170 sungai (25 peratus) sederhana tercemar, manakala 27 sungai (4 peratus) dikategorikan sebagai tercemar. Jelasnya, antara parameter utama pencemar dikenal pasti ialah Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD), Nitrogen Ammonia (AN), Jumlah Pepejal Terampai (TSS) dan Oksigen Terlarut (DO).

  • JIM Tahan 23 PATI

    22 Ogos 2025 TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam empat operasi berasingan yang diadakan di sekitar daerah ini, semalam. Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM Sabah berkata, sepanjang operasi berkenaan, seramai 58 individu ditahan untuk pemeriksaan. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati 19 lelaki dan empat wanita warga asing ditahan selepas dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah. “Semua mereka yang ditahan terdiri daripada warga Pakistan, Indonesia dan Filipina, untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. “Operasi ini membabitkan 10 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Tawau dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melindungi atau menggaji PATI,” katanya. Sehubungan itu, JIM Sabah menyeru kerjasama masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat mengenai kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi memudahkan tindakan lanjut diambil.

  • 415 penduduk terima Geran Tanah

    Flovia menyampaikan Geran Tanah kepada salah seorang penerima. 21 Ogos 2025 SOOK: Seramai 415 penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri Negeri (DUN) Tulid menerima Geran Tanah dengan keluasan keseluruhan 839 hektar menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS). Daripada jumlah itu, 140 penerima menerima Geran Pantas melibatkan 207 hektar tanah, manakala 237 penerima mendapat Geran Deraf Biasa meliputi 86 hektar. Manakala, seramai 36 penduduk lagi adalah penerima Geran Deraf Pantas dengan keluasan 544 hektar. Flovia (kelima dari kanan) bersama pemimpin masyarakat dan pegawai berkaitan merakamkan gambar kenangan dengan penerima geran tanah. Penyampaian geran disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid Datuk Flovia Ng di Dewan Kampung Magatang pada Khamis. Bercakap kepada media pada majlis itu, Flovia yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat menegaskan pemilikan tanah adalah warisan generasi akan datang. Justeru katanya, penerima diingatkan agar tidak menjual tanah tersebut sebaliknya memanfaatkannya untuk projek pertanian serta meningkatkan pendapatan keluarga. "Jangan jual tanah sewenang-wenangnya sebab ini adalah hak yang boleh diturunkan kepada anak cucu generasi seterusnya" tegasnya lagi. Beliau juga menyeru kepada penduduk yang menerima geran ini agar terus mengusahakan tanah meningkatkan ekonomi dan taraf hidup keluarga. Pada masa sama Flovia turut menekankan komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah melalui Program Pantas yang mempercepatkan proses pengukuran dan pemilikan tanah, sekali gus membuktikan kerajaan serius membawa pembangunan ke pedalaman. Sementara itu, para penerima menyatakan kesyukuran kerana penantian mereka selama berpuluh tahun akhirnya berbalas, sekali gus memberi peluang baharu untuk meningkatkan taraf hidup serta menjamin masa depan keluarga.

  • 13 pelajar KVLD didapati bersalah membunuh rakan

    Pelajar KVLD dibawa masuk ke lokap Mahkamah Tawau sebelum menjalani prosiding di Mahkamah Tinggi, pagi tadi. 22 Ogos 2025 TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau di sini, hari ini mendapati kesemua 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), bersalah atas tuduhan membunuh rakan mereka, Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Kesemua mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Bagaimanapun, keputusan hukuman akan dibacakan pada 28 Ogos 2025 ini, sementara menunggu laporan akhlak setiap 13 tertuduh daripada pegawai kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Lahad Datu. Perkara itu adalah selaras dikehendaki Seksyen 90 (12) Akta Kanak-Kanak 2001. Kesemua 13 tertuduh berusia antara 16 hingga 19 tahun itu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di KVLD di antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abd Latif, TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri. Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal. Sementara itu, lori polis yang membawa kesemua pelajar tersebut tiba di perkarangan Mahkamah Tawau bersama tahanan lain sekitar jam 8.25 pagi.

  • Sumbangan Touch Point Takziah kepada Keluarga Mendiang di Kampung Dimala Piasau

    22 Ogos 2025 KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan Touch Point Takziah kepada keluarga mendiang Boyogo bin Simbuna di Kampung Dimala Piasau, di sini. Turut mengiringi Saikom dalam kunjungan tersebut ialah beberapa orang staf dari Pejabat PPM dan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat dalam menzahirkan keprihatinan terhadap komuniti setempat yang berhadapan dengan kehilangan insan tersayang. Menurut Saikom, program penyerahan sumbangan takziah ini merupakan antara inisiatif berterusan yang dilaksanakan oleh Pejabat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian bagi memastikan setiap lapisan masyarakat terus mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya, khususnya dalam waktu sukar. Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus mendekati masyarakat di peringkat akar umbi serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, sejajar dengan amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh Datuk Ewon Benedick di peringkat negeri dan persekutuan.

  • Resumption of Sungai Liawan Bridge Project Brings Relief to Daily Commuters in Keningau

    22 August 2025 KENINGAU: The arrival of construction materials at the Sungai Liawan bridge site in Kampung Samalang yesterday marks the long-awaited resumption of a key infrastructure project, bringing significant relief to the local community. The bridge, a vital alternative route linking surrounding villages to the town of Keningau, is heavily relied upon by students, government employees, and private sector workers. The construction of a new structure replaces the previous low-level crossing, which become impassable during periods of flooding, severely disrupting mobility and daily activities. Key construction materials delivered to the site include three lorry loads of UBG1500 components and 26 Dura parapet wall panels. This development has renewed public optimism that the route will soon be fully restored to operational status. The delay in the project had prompted firm intervention by the Liawan State Assemblyman, Datuk Annuar Ayub Aman, who raised the matter in the State Legislative Assembly. He subsequently held discussions with the appointed contractor and the Keningau Public Works Department (JKR) to ensure that construction progresses according to a revised and closely monitored schedule. In a further show of federal commitment, Deputy Minister of Works, Datuk Seri Ahmad Maslan, conducted an official site visit to the previously stalled project. His presence provided reassurance to residents that the project is a priority and will be expedited towards completion. “With continued monitoring, a structured work plan, and strong inter-agency coordination, we are confident this project will be completed within the near future,” said a spokesperson from the Liawan constituency office. “Its completion will alleviate congestion, especially during the monsoon season, and restore seamless daily travel for the community.” “We are very relieved and grateful. Annuar’s presence among the people gives us confidence that our needs are being taken seriously,” said local resident Victor Micheal of Taman Perumahan Muhibbah. The Sungai Liawan bridge is expected to be completed in the coming months, restoring a vital link for the community and contributing to greater resilience in the region’s transport infrastructure.

  • Wanita Lemas Ditemui Terapung Di Sungai

    21 Ogos 2025 PITAS: Seorang wanita ditemui terapung dipercayai lemas dalam kejadian di Sungai Kampung Nibang, di sini, awal pagi tadi. Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 7 pagi oleh orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mangsa daripada Balai Polis Pitas pada jam 7.21 pagi. Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 34 kilometer dari BBP Pitas untuk membantu. “Bilik kawalan BBP Pitas terima panggilan daripada pihak polis untuk memohon bantuan mengambil mangsa yang terapung di Sungai Kampung Nibang, di sini. “Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak membawa naik mangsa menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, sebaik disahkan meninggal dunia, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Katanya, setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan pada jam 9.19 pagi.

  • Pendedahan Golongan Muda Kepada Sejarah Lahirkan Generasi Patriotisme

    21 Ogos 2025 KOTA MARUDU: Usaha mendedahkan golongan muda kepada sejarah mampu melahirkan generasi cintakan negara. Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Hendrus Anding berkata kurangnya pengetahuan golongan muda terhadap sejarah negara mengikis semangat patriotisme dalam jiwa mereka. "Walaupun bermacam usaha kerajaan telah dilakukan untuk menambah dan menyuntik semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia khususnya pelajar ini tetapi kita dapati bahawa masih ada golongan belia khususnya remaja yang tidak tahu menghargai semangat patriotisme. "Mereka masih tidak mempunyai semangat patriotisme yang mendalam dan rasa cinta yang mendalam kepada negara kerana mereka mungkin tidak tahu atau kurang tahu mengenai sejarah negara ini mahupun perjuangan pemimpin kita yang terdahulu. "Jadi usaha-usaha yang ada sekarang ini dengan mendedahkan generasi kepada sejarah perlu terus digiatkan lagi supaya ianya dapat mencakup dan menakluk pemikiran golongan muda supaya mereka merasa bangga dan tahu betapa istimewanya berada di dalam negara Malaysia," ujarnya ketika ditemui media dalam majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Dewan Perdana SMK Tandek, pada Rabu. Ketibaan Konvoi KMJG di SMK Tandek disambut dengan persembahan koir pelajar-pelajar tingkatan enam membawakan lagu patriotik "Setia" dan "Sabah Id Ginawoku". Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor memaklumkan konvoi KMJG akan terus menyemarakkan semangat sambutan bulan Kebangsaan ke seluruh pelusuk negeri Sabah. "Dengan jarak 2,222 KM kami sampai di daerah Pitas dan Kota Marudu menyantuni masyarakat dan pelajar pelajar sekolah. "KMJG akan terus menjelajah untuk sama-sama mengajak seluruh rakyat di negeri Sabah untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan juga hari Sabah. "Kita juga meneruskan seruan untuk menyebarkan kempen satu rumah satu Jalur Gemilang dan satu bendera Sabah memandangkan tahun ini juga selain daripada hari kebangsaan, kita juga akan menyambut hari sabah pada tarikh yang sama pada 31 Ogos, "ujarnya. Turut hadir, Pengetua SMK Tandek, Pandir Loda dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sabah, Izmat Razwan Mamat.

  • Kedai Makan Musnah Terbakar di Pekan Merotai

    21 Ogos 2025 TAWAU: Sebuah kedai makan di Pekan Merotai, Tawau musnah sepenuhnya dalam kebakaran lewat malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 11.14 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai dikerahkan ke lokasi kejadian. “Komander Operasi lapor kebakaran melibatkan sebuah kedai makan jenis separuh kekal berkeluasan 40x60 kaki terbakar 100 peratus,” jelas kenyataan itu. Operasi pemadaman diketuai oleh PBK I Jehrey Bin Ibno dengan kekuatan 14 anggota BBP Tawau serta empat anggota PBS Merotai. Turut membantu ialah enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki, pancutan menggunakan kaedah ‘offensive’ dan sumber air dari jentera bomba dan pili bomba manakala pemadaman yang dilakukan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan sumber air dari pili bomba,” menurut kenyataan itu lagi. Pasukan bomba berjaya mengawal api pada jam 12.22 tengah malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.32 pagi. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

  • Silent Teddies a Model Social Enterprise for the Nation – Ewon

    21 August 2025 KUALA LUMPUR: Silent Teddies, a social enterprise dedicated to empowering the deaf community through its bakery and café operations, has been recognised as a leading model of social enterprise in Malaysia. Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDC), Datuk Ewon Benedick, commended the initiative for its impactful work in providing employment, skills training, and economic inclusion for persons with hearing impairments. He stated that Silent Teddies’ initiative not only offers employment and skills training to individuals with hearing impairments, but also actively involves them in the nation’s economic activities. “I am proud to see the efforts and initiatives of a social enterprise that focuses on targeted groups like this, fostering a sense of belonging and making them part of the country’s economic ecosystem,” he said. Ewon made the remarks during his visit to the Silent Teddies Deaf Community Service Centre here today. Silent Teddies, which has been officially recognised as a Social Enterprise (SE) by MEDC, currently supports 15 young deaf entrepreneurs under its Teenager Entrepreneurial Development (TED) programme. “Silent Teddies, which holds Halal certification, produces a range of bakery products including cookies and pineapple tarts,” he noted. To date, more than 100 individuals from the OKU (persons with disabilities) and B40 (low-income) communities have received vocational training at the centre. He added that social enterprise development will remain a key focus of the government under the 13th Malaysia Plan (RMK-13). “KUSKOP is committed to providing incentives, market access, training programmes, and strategic partnerships between the public and private sectors,” he said. Ewon also announced that the 8th ASEAN Inclusive Business Forum (ASEAN IB Forum 2025) will take place from 11 to 12 September at Sunway Resort Hotel, while the ASEAN Inclusive Business and Social Enterprise Showcase 2025 will be held from 11 to 14 September at Sunway Pyramid. Silent Teddies has been selected as one of the participating social enterprises in the exhibition. “I hope Silent Teddies continues to thrive in empowering the hearing-impaired community by providing skills training, generating income, and creating more employment opportunities,” he said. Also present at the event were Chief Executive Officer of SME Corp. Malaysia, Rizal Dato’ Nainy, Chief Executive Officer of the National Entrepreneurship Institute (INSKEN), Viviantie Sarjuni, and Founder of Silent Teddies, Cindy Leong.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page