Search Results
23994 results found with an empty search
- IPG Diaktifkan untuk Pekebun Kecil Getah di Sabah dan Sarawak bagi Pengeluaran Mac 2026
Oleh: Romie Stanley DGuns 2 April 2026 KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak untuk bulan Mac 2026 berikutan harga purata ladang getah sekerap di kedua-dua negeri itu berada di bawah paras ambang RM3.00 sekilogram. Bagi tempoh pengeluaran Mac 2026, kadar IPG getah sekerap di Sabah ditetapkan pada 5 sen sekilogram bagi kandungan getah kering (KGK) 50 peratus dan 10 sen sekilogram bagi KGK 100 peratus. Di Sarawak, kadar masing-masing ialah 15 sen dan 30 sen sekilogram. Insentif bagi lateks pula ditetapkan pada kadar 90 sen sekilogram (KGK 100 peratus) yang akan diaktifkan serentak. Menurut LGM, harga purata ladang getah sekerap pada Mac 2026 ialah RM2.95 sekilogram di Sabah dan RM2.85 sekilogram di Sarawak, iaitu di bawah paras ambang RM3.00 sekilogram yang memerlukan pengaktifan insentif. Sebaliknya, IPG tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia berikutan harga purata yang lebih tinggi iaitu RM3.30 sekilogram. Pekebun kecil yang layak di Sabah dan Sarawak akan menerima bayaran IPG bagi tempoh 1 hingga 30 April 2026 berdasarkan pengeluaran getah bagi Mac 2026.
- KPM nafi kenyataan palsu keputusan SPM 2025 mengikut kaum
Oleh: Romie Stanley DGuns 2 April 2026 PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tegas menafikan sebarang kenyataan yang tular di media sosial berhubung keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mengikut pecahan kaum. Kementerian mengesahkan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh mana-mana saluran rasmi KPM. KPM telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penyebaran maklumat tidak benar itu. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti sistem pendidikan negara. Menurut KPM, sebarang pengumuman rasmi berkenaan keputusan SPM hanya akan dikeluarkan melalui saluran komunikasi rasmi kementerian, termasuk laman web, media sosial rasmi, dan sidang media yang diiktiraf. Masyarakat dinasihati supaya tidak berkongsi maklumat daripada sumber yang tidak sahih. KPM turut menegaskan bahawa institusi pendidikan negara sentiasa berpaksikan nilai kesaksamaan, pembangunan potensi pelajar secara menyeluruh, serta peluang pendidikan yang adil untuk semua tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau sosial.
- Lelaki Ditahan Curi Cincin Emas Adik Kandung Sendiri
Oleh: Romie Stanley DGuns 2 April 2026 TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri cincin emas milik adik kandungnya sendiri dalam kejadian curi dalam bangunan di Batu 5, Jalan Apas, Tawau, baru-baru ini. Suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada pagi Selasa di tepi Jalan Kampung Hidayat, kira-kira jam 10.15 pagi, oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin berkata, penahanan itu dibuat selepas mangsa yang juga adik suspek membuat laporan polis pada Sabtu lalu, jam 6.43 petang, apabila mendapati cincin emasnya hilang dari kediaman mereka sehari sebelumnya. “Bertindak atas maklumat dan risikan, polis berjaya mengesan serta menahan suspek yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan media semalam. Menurut beliau, siasatan lanjut membawa pihak polis ke sebuah kedai emas di Jalan Chester, Tawau, pada jam 12.30 tengah hari yang sama, sekaligus merampas sebentuk cincin dipercayai milik mangsa serta sekeping resit jualan atas nama suspek. Suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. ACP Jasmin menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan jenayah, meskipun membabitkan ahli keluarga sendiri. “Tiada kompromi dalam undang-undang. Semua kes curi akan disiasat sepenuhnya dan mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” tegasnya. Beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan harta benda masing-masing, termasuk dalam kalangan ahli keluarga sendiri. “Kes ini menjadi peringatan bahawa jenayah tidak mengenal hubungan kekeluargaan. Sekiranya berlaku kehilangan atau kejadian mencurigakan, laporkan segera kepada pihak polis,” ujarnya.
- Firm Enforcement Urged Over Inflated Tourist Transport Fares
1 April 2026 KOTA KINABALU: The Malaysian Consumers Foundation (YPNM) Sabah Branch welcomes the firm stance taken by the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) in addressing the issue of excessive and unreasonable tourist transport fares. David Chan YPNM Chairman said they have received an increase in complaints from both local consumers and tourists regarding inconsistent and inflated charges, particularly involving transport services from airports, tour packages, and e-hailing services. If this issue is not addressed promptly, it has the potential to affect Malaysia’s image as a fair, transparent and tourist-friendly destination, he stated. According to him, YPNM fully supports KPDN’s commitment to intensifying monitoring and enforcement against any form of price manipulation or profiteering. All service providers are urged to adhere to fair pricing principles and ensure that charge information is clearly displayed to consumers before services are rendered. In this regard, YPNM calls for stronger and more consistent enforcement to curb the practice of excessive charges. They also called for clear and transparent price displays for all tourist transport services as well as close collaboration between KPDN, tourism authorities and local authorities to ensure compliance. They urged immediate action against offenders, including stricter penalties as a deterrent. YPNM also encourages consumers and tourists to remain vigilant and to lodge complaints through KPDN’s official channels should any element of fraud or unreasonable charges occur. As Malaysia continues to strengthen its tourism sector, it is crucial to ensure that transparency, integrity and fairness within the industry are upheld, Chan said. Consumer protection will enhance tourist confidence and strengthen the country’s competitiveness at the international level. YPNM remains committed to championing consumer rights and working with relevant parties to ensure a fair and transparent market for all, he reiterated.
- Serbuan Mengejut OPS Tiris 4.0: Cubaan Penyelewengan Diesel Dipatahkan
1 April 2026 BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya merampas 200 liter minyak diesel yang ciba diseleweng dalam serbuan mengejut Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di sini, semalam. Dalam operasi berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero turut dirampas selepas didapati diubah suai menggunakan tangki tambahan. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Beaufort, Julie Julhani berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat serta pemerhatian pasukan penguat kuasa selepas mengesan aktiviti mencurigakan di stesen berkenaan. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan telah diubah suai dengan tangki tambahan yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter minyak diesel. “Susulan itu, pihak KPDN telah menyita kenderaan berkenaan dan semua minyak diesel serta dokumen berkaitan dirampas bagi tujuan siasatan lanjut. “Pemandu kenderaan turut dirakam percakapan dan dilepaskan dengan jaminan polis, manakala, nozel pam stesen minyak yang terlibat turut diambil tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, dua laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, melibatkan tindakan terhadap pemandu kenderaan serta pihak stesen minyak. Sehubungan itu, Julie menegaskan pelaksanaan Ops Tiris 4.0 merupakan komitmen berterusan KPDN dalam membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya melibatkan bahan api bersubsidi. “KPDN menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan,” katanya.
- GPS SMK Kunak meningkat
1 April 2026 KUNAK: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak merekodkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan pada Selasa. Pengetuanya, Selamat Yusuf berkata, GPS sekolah itu adalah 4.64 (tahun 2025) berbanding 4.81 pada tahun 2024. “ Berdasarkan data tersebut, Gred Purata Sekolah bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkat 0.17”, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SPM di Dewan Seri Bestari SMK Kunak, di sini. Seramai 224 calon layak mendapat sijil daripada 234 calon berdaftar dalam SPM 2025. Peratus lulus SPM tahun lepas merekodkan 96.55 peratus layak mendapat sijil meningkat 1.88 peratus, berbanding 94.67 peratus pada tahun 2024. SMK Kunak merekodkan empat calon mendapat keputusan 9A, enam orang memperolehi 8A, sepuluh calon mendapat 7A, dan sembilan calon mendapat 6A. Antara pelajar cemerlang SPM 2025 yang memperoleh 9A ialah Putera Ahmad Najib Nordin, Alin Amrah Sanuddin, Nurul Aleeyza Amirullah dan Nurul Aqilah Jamaludin. Enam pelajar memperolehi 8A termasuk Nurhafizah Mohammad Nor, Muhammad Nazwan Jan, Putra Farish Iskandar Mohammad Sofian, Nurul Shuhada Qaisara, Elysia Talling dan Innocentia Laimin @ Valentine. “Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga pendidik SMK Kunak khususnya guru-guru akademik tingkatan 4 dan 5 atas pencapaian SPM 2025 yang cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi berganda untuk meneruskan khidmat kita memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM tahun ini”. “Kejayaan yang dicapai dalam keputusan peperiksaan SPM ini juga adalah hasil kerjasama dan usaha semua pendidik, pelajar dan juga komitmen ibubapa bagi memastikan pencapaian akademik pelajar terus diperkasa dan dipertingkat”, katanya.
- PM jumpa Menteri Besar, Ketua Menteri esok bincang isu tenaga global
1 April 2026 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri esok bagi membincangkan krisis tenaga global serta kesannya terhadap ekonomi Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu akan meneliti beberapa perkara termasuk ikhtiar serta langkah yang boleh diambil secara bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mendepani situasi semasa. Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini hari ini. Sehubungan itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijangka mengadakan sidang media petang esok, selain kemungkinan kenyataan susulan daripada Perdana Menteri. Beliau berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang dijadualkan minggu depan juga akan terus meneliti perkembangan semasa sebelum sebarang kenyataan lanjut dikeluarkan. Pada 27 Mac lepas, Anwar berkata, beliau akan memanggil menteri besar, ketua menteri dan pemimpin utama parti politik untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan konflik di Asia Barat. Beliau berkata, hasil taklimat yang disampaikan Majlis Keselamatan Negara dan MTEN itu akan menentukan keperluan sama ada wajar sidang Parlimen dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya. – Bernama
- Krisis tenaga global: Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi
1 April 2026 KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pusat Arahan Komunikasi bagi menyelaras maklum balas terhadap krisis tenaga global dan perkembangan geopolitik semasa. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan beroperasi di bawah kerangka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Menurutnya, pusat arahan itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan, untuk permulaan, sidang media akan diadakan setiap hari bermula esok. “Pada peringkat awal, taklimat dijangka diadakan setiap hari bermula jam 4 petang bagi menyelaras komunikasi kerajaan, khususnya berkaitan langkah dan respons terhadap krisis tenaga global serta situasi konflik di rantau ini,” katanya pada sidang media mingguan, hari ini. Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan penubuhan pusat berkenaan bertujuan menyelaras aspek komunikasi berhubung langkah yang diambil kerajaan dan agensi terlibat dalam mendepani krisis tenaga dan konflik serantau. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan agar Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bertemu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Kewangan dan Ekonomi dalam masa terdekat. Katanya, pertemuan itu bertujuan membentangkan pandangan serta langkah yang telah dirangka kerajaan setakat ini bagi menangani kesan perkembangan di Asia Barat dan krisis tenaga global terhadap ekonomi negara.
- PERKESO sedia laksana Akta Pekerja Gig, fokus integrasi bersama penyedia platform
1 April 2026 KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersedia sepenuhnya melaksanakan perlindungan sosial untuk pekerja gig menerusi Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872), termasuk melalui integrasi sistem berasaskan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) bersama penyedia platform. PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan, integrasi itu bertujuan membolehkan potongan caruman dilaksanakan secara automatik setiap kali transaksi pembayaran dibuat kepada pekerja gig, sekali gus meningkatkan kecekapan, ketelusan dan pematuhan. Sehubungan itu, PERKESO menggesa semua penyedia platform gig untuk turut bersedia dari segi sistem masing-masing agar proses penyepaduan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan pantas. “Langkah ini selari dengan pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) yang menetapkan kewajipan kepada semua penyedia platform untuk mendaftarkan pekerja gig di bawah mereka dengan PERKESO. “Selain itu, penyedia platform yang belum berdaftar juga tetap tertakluk kepada tanggungjawab mendaftar dan memotong caruman bagi memastikan pekerja gig terus dilindungi,” menurut kenyataan itu. Di bawah mekanisme baharu itu, caruman pada kadar 1.25 peratus akan dilaksanakan secara automatik ke atas setiap transaksi pembayaran pendapatan sebaik sahaja sesuatu tugasan diselesaikan. Menurut PERKESO, pendekatan tersebut bukan sahaja memperluaskan liputan keselamatan sosial, malah memastikan pekerja gig mendapat perlindungan sewajarnya tanpa menjejaskan fleksibiliti pekerjaan mereka. Dalam perkembangan berkaitan, statistik PERKESO menunjukkan jumlah kemalangan dilaporkan di bawah skim LINDUNG Kendiri meningkat daripada 4,021 kes pada 2023 kepada 4,839 kes pada 2024 dan seterusnya 5,496 kes pada 2025. Dalam tempoh sama, jumlah penerima faedah turut meningkat daripada 6,294 orang pada 2023, kepada 6,725 orang pada tahun berikutnya, sebelum mencecah 7,893 orang pada 2025. “Statistik ini memberi isyarat bahawa sudah tiba masanya aspek perlindungan sosial terhadap golongan ini diberikan perhatian yang lebih serius dan menyeluruh, selari dengan perubahan landskap pekerjaan masa kini yang semakin dinamik dan fleksibel. “Usaha memperkukuh perlindungan bukan sahaja penting untuk menjamin kebajikan pekerja gig ketika berdepan risiko, malah memastikan nasib waris mereka terus terbela sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” menurut kenyataan itu. Pelaksanaan Akta 872 yang berkuat kuasa semalam menjadikan Malaysia sebagai antara negara terawal di rantau ini yang memperkenalkan kerangka perundangan khusus bagi sektor gig secara komprehensif. PERKESO menegaskan komitmennya untuk terus memperluaskan capaian perlindungan sosial kepada lebih ramai pekerja, termasuk golongan bekerja sendiri, selaras dengan aspirasi untuk memastikan tiada individu tercicir daripada jaringan keselamatan sosial negara.
- Court of Appeal reserves decision on Putrajaya’s bid to stay 40% revenue review order
1 April 2026 KOTA KINABALU: The Court of Appeal yesterday reserved its decision on the Federal Government’s application to stay a High Court order concerning the review of Sabah’s constitutional entitlement to 40 per cent of net revenue derived from the state. Appointed assemblyman Datuk Roger Chin said the proceedings clarified that the dispute before the court was not over Sabah’s entitlement itself, but rather the timeline and mechanism for implementing the review process. “The issue of Sabah’s right to the 40 per cent is not being challenged. The real contention is how and when the review should be carried out,” he said in a Facebook post, summarising the hearing. According to him, the Federal Government, as the appellant, is seeking a stay of the High Court’s order, arguing that the timeline imposed is too restrictive given the scale of financial records involved. He said Putrajaya also maintained that the review must adhere strictly to constitutional provisions, including considerations of federal finances and prescribed procedures. “The Federal Government further argued that if compelled to comply immediately, particularly if payments are involved, its appeal could be rendered nugatory,” he added. However, the Sabah Law Society, acting as the first respondent, opposed the application, contending that the Federal Government had filed it in the wrong court. Chin said the body argued that Putrajaya should have first applied to the High Court, instead of going directly to the Court of Appeal and that the issue at hand was essentially a request for more time rather than a justification for a stay. “The Sabah Law Society stressed that granting a stay would halt the review process, which the Federal Government has already commenced and agreed to undertake. “They also made it clear that the issue isn’t the 40 per cent itself, but ensuring the review proceeds as ordered,” he said. The Sabah State Government, as the second respondent, largely aligned with the Sabah Law Society’s position, he added. Among others, the state maintained that there was no real risk of the appeal being rendered nugatory, and that parties were already working towards reaching an agreement. Chin said the state government also took the view that the High Court order does not necessarily mandate payment within 180 days, but instead requires that an agreement be reached first. According to Roger, the court repeatedly questioned the necessity of the stay application, particularly if the dispute centred on the timeline. “The court queried why an extension of time was not sought, why the application was not made earlier, and whether the Federal Government was challenging only the timeline or the entire review mechanism,” he said. He added that the court also raised concerns on whether granting a stay would effectively suspend the very review process that all parties agree must proceed. The appellate court did not deliver an immediate ruling and indicated that a decision would be made next week.
- Sektor pelancongan Malaysia kekal berdaya tahan meski berdepan konflik Asia Barat
1 April 2026 PUTRAJAYA: Sektor pelancongan Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan konflik di Asia Barat, dengan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa meningkat 2.4 peratus pada bulan lalu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, bagi tempoh 1 hingga 26 Mac 2026, Malaysia merekodkan 2,835,724 ketibaan pelancong antarabangsa, meningkat daripada 2,769,305 dalam tempoh sama tahun lalu. Menurut beliau, pencapaian itu mencerminkan kekuatan asas sektor pelancongan negara yang terus disokong oleh pasaran utama serantau dan antarabangsa. “Rantau ASEAN kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 2,093,096 ketibaan, meningkat 0.6 peratus tahun ke tahun. “Asia Timur merekodkan 407,171 ketibaan, meningkat 12.8 peratus, dengan China mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 22.7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan. Selain itu, Asia Tengah mencatat 6,569 ketibaan, meningkat 21 peratus berbanding Mac tahun lalu, diikuti Oceania dengan 33,127 ketibaan (20.2 peratus), manakala Eropah mencatat 124,824 ketibaan, meningkat 5.2 peratus. Bagaimanapun, Tiong mengakui ketibaan pelancong dari Timur Tengah menurun sebanyak 40.3 peratus kepada 4,398 pelawat susulan ketegangan geopolitik semasa. Sementara itu, pasaran Afrika dan Asia Selatan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 7.5 peratus dan 0.4 peratus. “Walaupun terdapat penurunan dalam beberapa pasaran, sektor pelancongan negara kekal stabil dengan sokongan pertumbuhan kukuh dari Asia dan ASEAN,” katanya. Sehubungan itu, Tiong berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperkukuh strategi dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang dikenal pasti berprestasi tinggi dan stabil. Jelasnya, antara pasaran keutamaan termasuk China, Indonesia, Thailand, Jepun, Republik Korea, India, Bangladesh dan Vietnam, selain pasaran jarak jauh seperti Kazakhstan, Rusia, Perancis, Jerman dan Australia. “Pada masa sama, Tourism Malaysia akan menyediakan laporan harian ketibaan pelancong serta trend pasaran bagi menyokong keputusan strategik secara masa nyata. “Kementerian kini memantau rapi faktor tambang udara, kekerapan penerbangan dan tahap ketersambungan secara menyeluruh bagi memastikan industri kekal kompetitif,” katanya. Tambah beliau, penekanan turut diberikan kepada pelancongan premium dan mesra Muslim, dengan fokus kepada peningkatan kualiti pengalaman pelancong serta sumbangan ekonomi yang lebih tinggi. Dalam pada itu, katanya MOTAC juga akan terus bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi menangani cabaran semasa termasuk tekanan kos operasi, di samping menggalakkan perkongsian data bagi menyokong penggubalan dasar yang lebih berkesan. Tiong turut menegaskan kepentingan semua pihak memainkan peranan dalam memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara dan tidak terjejas oleh spekulasi atau sentimen yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur. “Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan sektor pelancongan negara kekal berdaya tahan, mampan dan terus berkembang dalam persekitaran global yang mencabar,” katanya.
- Guru Penyayang, Murid Cemerlang: SMK Narinang Lancar Kurikulum Holistik 2026
Oleh : Romie Stanley DGuns 1 April 2026 KOTA BELUD: Majlis Pelancaran Kurikulum sesi 2026 dan Amalan Guru Penyayang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang telah dilancarkan pagi tadi di Dewan SMK Narinang yang telah dirasmikan oleh Carlye Lajimin, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick. Pengetua sekolah, Soo Yong Huat berkata, pelancaran itu merangkumi Kurikulum Tingkatan 1 hingga 4, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Amalan Guru Penyayang. Menurutnya, kurikulum tersebut dirancang sebagai panduan komprehensif kepada guru bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran akademik sekolah. “Kurikulum ini menjadi garis panduan kepada guru dalam melaksanakan program kecemerlangan akademik, selain menetapkan target akademik yang jelas iaitu lima orang pelajar memperoleh keputusan Straight A SPM dan lima orang pelajar Straight 4.0 STPM,” katanya. Beliau turut menekankan fokus terhadap pembentukan pelajar berakhlak mulia, hormat-menghormati, serta penguasaan kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Sebanyak 18 program kurikulum telah dirancang bagi tahun 2026 antaranya MONOTOS 7.0 SPM dan STPM, kelas malam asrama, pemberian hadiah galakan terbaik, program 4.00 STPM dan Straight A, serta pelbagai bengkel dan bimbingan berfokus. Sementara itu, empat aktiviti utama dalam Amalan Guru Penyayang 2026 turut diperkenalkan iaitu mengalu-alukan kehadiran murid, program mentor mentee, memberi penghargaan kepada murid, dan program ziarah cakna bagi memperkukuh hubungan erat antara guru dan murid serta mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni dan prihatin. Turut hadir dalam majlis itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Melon Yaming, serta wakil-wakil pemimpin, ibu bapa dan para pendidik.












