Search Results
23994 results found with an empty search
- PPM SELAMATKAN TIGA NELAYAN
15 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Tiga nelayan berhadapan detik cemas selepas enjin bot dinaiki mengalami kerosakan di perairan Karambunai di sini. Kesemua nelayan terbabit bagaimanapun berjaya diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan rondaan operasi Op Benteng serta Op COVID-19. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu Asisten Superintendan Enturan Lageh berkata pihaknya menerima laporan awal berkenaan kerosakan bot terbabit melalui Pusat Kawalan IPD Kota Kinabalu sebelum melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR). “Bot mangsa ditemukan botronda PPM di perairan Karambunai dengan jarak 12.6 batu nautika dari pangkalan PPM kira-kira jam12.22 petang. “Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga nelayan berasal dari Kampung Lok Urai Pulau Gaya dan bot dinaiki mengalami kerosakan enjin kira-kira jam 1.30 pagi sebelumnya,” katanya. Beliau berkata pihaknya kemudian menyelamatkan kesemua nelayan terbabit dan menunda bot itu ke Lok Urai Pulau Gaya. Dalam perkembangan berasingan beliau berkata PPM berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun membabitkan kes curi di Kampung Pondo Pulau Gaya di sini. “Semasa penahanan suspek kita berjaya merampas pelbagai jenis barangan curi termasuk pam besi, enam unit peralatan komponen enjin, gunting pemotong besi, gergaji besi dan alat penimbang. “Kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai RM6,800 dan suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN BORNEO/ WARTAWAN VIVI OLIVIANA NAJURUS
- PH TIDAK BERTANDING DALAM PRK PARLIMEN BATU SAPI
15 OKTOBER 2020 KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi akan datang. Ketua PH Sabah, Datuk Christina Liew berkata keputusan itu adalah untuk menunjukkan rasa hormat kepada mendiang Datuk V.K Liew yang terakhir memegang kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah Parti Warisan Sabah. “PH Sabah (PKR, DAP dan Amanah) adalah rakan kongsi Gabungan Warisan Plus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. Liew berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi dari Mei 2018 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Oktober 2020. Christina, yang juga Ketua PKR Sabah, meminta parti atau individu lain supaya tidak ikut serta dan sekiranya berhasrat untuk bertanding pada PRK, pastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). "Dengan mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, ada keperluan yang nyata untuk memperketatkan SOP untuk menjalankan pilihan raya," katanya. Tarikh pengundian untuk PRK Batu Sapi ditetapkan pada 5 Disember ini. - Oleh Safrah Mat Salleh / Utusan Borneo
- DISTRIBUTION OF FOOD BASKETS WILL BE MONITORED: SHAHELMEY
4 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah Community Development and People’s Wellbeing Ministry will continue to monitor the process of food baskets distribution to the targeted groups affected by the Covid-19 pandemic, said its minister Shahelmey Yahya. He said, the state government has distributed a total of 12,313 food baskets to the targeted groups throughout the state to date. He added that, the federal National Disaster Management Agency (Nadma) have also distributed a total of 6,300 food baskets and will channel more. "We will be distributing the food baskets to areas under the Enhanced Movement Control Order (EMCO), Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) and Conditional Movement Control Order (CMCO)," he said in a statement here, Wednesday. According to Shahelmey, the distribution of food baskets will be carried out in stages as CMCO takes place state-wide and that quarantined families will be prioritised. He also advised Sabahans, especially those in the 11 red zones, to reduce their movement to help break the Covid-19 chain.
- ALL SPORTS AND RECREATION ACTIVITIES IN SABAH NOT ALLOWED
14 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah Youth and Sports Ministry has today announced that all form of sports, recreational, training and competition activities will be stopped immediately until further notice. Its minister Datuk Ellron Angin urged all sports activists, sport premises owners, managers or operators to comply with the Conditional Movement Control Order (CMCO) set by the National Security Council and Local Authorities. This he said is important to help break the Covid-19 transmission chain in the state. Ellron also revealed that the Malaysia League football match between Sabah and UiTM teams which was supposed to take place on October 10 at the Likas Stadium has been postponed to October 19 (Monday). "However, due to the increased of Covid-19 cases and inter-district travel bans, the Sabah Football Association (SAFA) had sent a letter to the organisers of the Malaysian Football League (MFL) to change the venue from Likas Stadium to UiTM Shah Alam Stadium on October 19. "Even so, the match cannot be held, and the association has contacted MFL chief executive officer to postpone the match again. “MFL has decided to postpone the match to October 31 which will be held at the UiTM Shah Alam Stadium, Selangor," he said in a statement, here, today. Ellron hoped the explanation will resolve the confusion of all sports activists and football fans in the state.
- COVID-19: ACTIVE CASES RISE TO 3,242
14 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: A total of 3,242 Covid-19 patients in Sabah are still being treated to date while 2,208 patients have recovered, said Minister of Local Government and Housing Datuk Masidi Manjun. He said, the state has recorded a total of 5,493 cases since the beginning of the movement control order (MCO) in March 18. “Based on the report by the State Health Department, a total of 429 new Covid-19 cases were recorded in Sabah today. Four death cases were also reported,” he said in a statement here, Wednesday. He also reminded the public, including those allowed to operate, to comply with the set Standard Operating Procedures (SOP) throughout the period of Conditional Movement Control Order (CMCO). Meanwhile, he stated that a total of 19,587 food baskets have been distributed to targeted groups to date. “The food basket aid distribution was monitored by the Ministry of Community Development and People’s Welfare,” said Masidi who is also the Minister of Finance ll. He also reiterated that entertainment outlets like night clubs, pubs, cinemas and gambling activities are strictly prohibited. Ends
- COVID-19: FOUR DEATHS, 108 STILL BEING TREATED IN THE ICU
14 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah recorded four more Covid-19 deaths today bringing the cumulative number of death cases in Malaysia to 167 cases. Health Director-General Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said of the four victims, three were Malaysian aged between 73 to 80 years old, who died at Lahad Datu Hospital and Queen Elizabeth Hospital and Duchess of Kent Hospital Sandakan. “Meanwhile, a 47-year-old foreign national also died at Duchess of Kent Hospital. All patients had existing medical conditions," he stated. Noor Hisham added that, to date, there are 108 positive cases of Covid-19 being treated at the Intensive Care Unit (ICU), of which 35 cases require respiratory assistance.
- COVID-19: SABAH STILL TOPS MOST NEW DAILY CASES
14 OCTOBER 2020 KOTA KINABALU: Sabah continues to top the most new daily Covid-19 cases among the country, where 429 cases or 65 per cent out of the total 660 new nationwide cases reported today were recorded in the state. Health Director-General Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said, the latest addition brings the total of Covid-19 infections in Sabah to 17,540. “If we look at the main fraction of the cases reported today, Sabah still recorded the highest number of cases at 429. “More screening activities are being carried out and we have gotten more test results,” he said in a virtual press conference, Wednesday. According to Noor Hisham, of the total number of positive cases today, 197 tested positive from a close contact screening, while 78 cases were from existing clusters and 54 cases from other Covid-19 screening activities. He added that a total of 233 patients have recovered from the virus today, bring the total number of nationwide recoveries to 11,605, which also translates to 66.2 per cent recovery rate. The number of active cases in the country as of Wednesday stands at 5,768.
- PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN AKAN DIPANTAU: SHAHELMEY
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akan terus memantau proses pengagihan bakul makanan kepada kumpulan sasar. Menterinya Ir Shahelmey Yahya berkata, setakat ini kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak 12,313 bakul makanan kepada kumpulan sasar di negeri ini. Beliau berkata, selain bantuan kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di peringkat Persekutuan turut menyalurkan bantuan dan setakat ini 6,300 bakul makanan diagihkan kepada kumpulan sasar. “Pengagihan bantuan makanan ini melibatkan kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersyarat (PKPDB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Shahelmey berkata, oleh kerana PKPB telah dikuatkuasakan di seluruh Sabah, maka agihan bakul makanan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat, keutamaan diberikan kepada keluarga yang dikuarantin. Beliau turut menasihatkan rakyat Sabah terutamanya di 11 zon merah supaya mengurangkan pergerakan, bagi memutuskan rangkaian Covid-19.
- COVID-19: EMPAT KEMATIAN, 108 KES MASIH DIRAWAT DI ICU
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan empat lagi kes kematian akibat Covid-19, pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 167 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat mangsa berumur 47 hingga 80 tahun iaitu tiga wanita dan seorang lelaki, masing-masing satu kes di Hospital Lahad Datu dan Hospital Queen Elizabeth serta dua kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan. “Kesemua pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, gout dan kencing manis,” katanya. Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 108 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.
- PENUTUPAN SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DI SABAH
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengumumkan bahawa semua aktiviti sukan, rekreasi, latihan serta penganjuran pertandingan akan ditutup serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Oleh itu, Menterinya, Datuk Ellron Angin berharap semua pengiat sukan, pemilik premis, pengurus atau operator dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau berkata, ini penting dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini. Mengenai jadual perlawanan bola sepak Liga Malaysia melibatkan pasukan Sabah menentang pasukan UiTM yang sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober lepas di Stadium Likas, Ellron berkata, ia telah ditunda pada 19 Oktober (Isnin) depan. “Namum atas risiko peningkatan kes Covid-19 serta larangan rentas daerah dan negeri oleh MKN, maka pihak Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA) telah menghantar surat kepada pihak penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan PBT untuk memindah tempat perlawanan dari Stadium Likas ke Stadium UiTM Shah Alam pada 19 Oktober tetapi perlawanan ini juga masih tidak boleh dijalankan. “Sebagai makluman, Sabah FA telah berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif MFL untuk menunda perlawanan itu sekali lagi dan pihak MFL memutuskan untuk menunda perlawanan ini pada 31 Oktober di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Ellron berharap penjelasan itu dapat menyelesaikan kekeliruan dan tanda tanya semua pengiat sukan dan peminat bola sepak di negeri ini.
- 3,242 PESAKIT DI SABAH MASIH DIRAWAT
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Seramai 3,242 pesakit Covid-19 di negeri ini sedang menerima rawatan dan 2,208 pesakit dilaporkan sembuh, sehingga hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga Menteri Kewangan II berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 5,493 kes. “Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah 429 kes. Bilangan kematian adalah empat orang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Sehubungan itu Masidi mengingatkan semua rakyat negeri ini termasuk para peniaga yang dibenarkan beroperasi agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dari segi pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar, beliau berkata ia berjalan lancar dan sehingga hari ini sebanyak 19,587 bakul makanan telah diagihkan. “Pengagihan bantuan bakul makanan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,” katanya. Masidi turut mengulangi bahawa, aktiviti dan pusat-pusat hiburan, kelab-kelab hiburan termasuk kelab malam, pub, panggung wayang dan aktiviti perjudian tidak dibenarkan beroperasi.
- COVID-19: SABAH TERUS CATAT JUMLAH KES TERTINGGI
14 OKTOBER 2020 OLEH WARTAWAN NABALU NEWS KOTA KINABALU: Sebanyak 660 kes baharu dilaporkan hari ini (14 Oktober), daripada jumlah itu 429 kes atau 65 peratus adalah di Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 17,540 kes. Oleh itu katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 5,768 kes. “Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes. "Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan sedang giat dijalankan dan lebih banyak keputusan ujian sampel mendapat keputusan," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif di Sabah pada hari ini, 197 kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19, sebanyak 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Katanya lagi, terdapat 233 kes telah pulih Covid-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 11,605 kes (66.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).












